Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Kongsi artikel ni di FB

Hari ini, masa rehat tengahari, saya mengambil peluang untuk membaca surat khabar di satu ruang rehat di pejabat. Ada beberapa rakan sekerja lain,  turut sama berada di situ. Sambil baca surat khabar, kami masing-masing  bertukar-tukar cerita. Memang begitulah rutin kami. Lepas habis makan tengahari, kalau ada lebihan waktu rehat, kami akan berkumpul di situ dan berbual-bual sambil membaca akhbar.

Hari  ini, saya  begitu tertarik dengan cerita yang dikongsikan oleh seorang yang berpangkat akak (umur 41 tahun). Saya gelarkan akak ni dengan ‘Ka- S’ saja lah. Semasa rehat tengahari hari tadi, Kak-S telah berkongsi 1 tips, yang saya kira sangat menarik untuk dikongsikan dengan anda semua.

Menurut Kak-S, cara paling berkesan (bagi dia) untuk mengurangkan tekanan hidup (stress, perasaan sedih, kecewa dan sebagainya) ialah dengan MELUAHKAN PERASAAN DI DALAM BILIK SORANG-SORANG. Kak-S kata, kalau nak lagi berkesan, semasa meluahkan segala perasaan tu, MENANGIS LA SEPUAS-PUASNYA.

Aik, biasanya orang luah perasaan pada orang lain. Cerita pada kawan baik, pada adik beradik dan sebagainya. Macammana pulak nak luahkan perasaan sorang-sorang? Kenapa tak luahkan pada orang lain saja? Bukan ker dengan bercerita masalah atau berkongsi cerita dengan orang lain  akan membantu kita meringankan ‘beban’ yang ditanggung? Ni first time saya dengar tips luah perasaan sorang-sorang ni…berkesan ker

Saya bertanya meminta penjelasan lanjut daripada Kak-S.

Memang tak dinafikan kalau luah perasaan pada orang lain mampu meringankan ‘beban perasaan’ yang ditanggung. Tapi akak dah serik. Akak pernah ‘terkena’ dengan orang yang akak ceritakan masalah akak. Akak percaya pada dia. Tup-tup, tau-tau cerita masalah akak dah tersebar pada orang-orang lain. Sedangkan akak hanya bercerita pada kawan akak tu jer. Akibatnya, akak jadi lebih stress dan bertambah sedih.”

Kak-S menjawab pertanyaan saya dengan penuh perasaan. Saya lihat, matanya agak sedikit berair. Mungkin disebabkan beliau teringat kisah pahitnya itu.

Sejak dari hari itulah akak tak pernah lagi cerita pada orang lain tentang masalah akak. Kalau akak ada masalah apa pun, kecik ker, besar ker, masalah serius sekalipun, akak tak akan cerita pada orang lain. So, cara akak tenangkan diri dan kurangkan tekanan tu semua ialah, akak akan masuk dalam bilik (biasanya sebelum tidur la), akak akan berbicara sendiri dan luahkan perasaan sorang-sorang. Akak akan kata akak ni hanyalah manusia biasa yang kerdil, akak lemah, akak bukannya perfect, ada banyak kelemahan dan kekurangan! Akak akan luahkan segala perasaan yang terbuku dihati. Akak akan menangis sepuas-puasnya.

Terang Kak-S kepada saya dengan lebih terperinci tentang cara beliau mengurangkan tekanan hidupnya.

Hmmm, memang unik cara akak tu. Biasanya saya dengar orang akan luahkan perasaan pada orang lain. Tapi akak, LUAH PERASAAN SORANG-SORANG dan MENANGIS SEPUAS-PUASNYA. Tapi memang berkesan ker ek?? Tak merasa keseorangan ker kalau luah perasaan sorang-sorang?

menangis dengan sepuasnya

Saya sengaja melontarkan persoalan itu kepada Kak-S, untuk mengorek pengalaman Kak-S dengan lebih lanjut lagi.

Haaa  kalau nak tahu berkesan ke tak tu, Syukri kena la try sendiri. Kalau selama ni Syukri suka cerita atau kongsi masalah dengan orang lain, apa kata selepas ni Syukri pendam dalam hati sekejap. Kemudian, sebelum tidur, Syukri lepaskan perasaan tu sorang-sorang dalam bilik. Semasa meluahkan perasaan tu, Syukri kena la rasa diri Syukri tu kerdilll sangat2, lemah sangat2. Cuba menangis sepuas-puasnya. Akak yakin, pasti Syukri akan merasai keberkesanan cara ini.

Dalam keasyikan kami berbual-bual tu, sedar tak sedar rupa-rupanya masa rehat telah tamat. Saya ada meeting yang diperlu dihadiri. Dan Kak-S juga ada banyak tugasan yang perlu dibereskan.

Kami pun menamatkan perbincangan kami setakat itu. Saya kata pada Kak-S, saya akan berbual-bual lagi dengan beliau tentang pelbagai perkara pada masa akan datang. Kak-S kata, dia tiada masalah langsung untuk berkongsi pengalaman hidup beliau.

Untuk hari ini, begitulah satu petua atau cara berkesan bagaimana untuk mengurangkan tekanan hidup, yang saya dapat dari Kak-S untuk panduan kita bersama. Semoga perkongsian ini memberikan sikit sebanyak manfaat kepada kita semua.

Anda bagaimana? Ada cara bagaimana anda mengurangkan ‘stress’ dalam kehidupan seharian anda?

.

Artikel lain yang best-best :