Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBCara Bagaimana Untuk Tarik Minat Anak Mempelajari Perkara Baru
Salam Ramadan untuk semua..
Lepas habis kerja dipejabat semalam suri singgah ke kedai buku popular di Ipoh Parade. Kemudian Suri terus pergi ke beberapa bahagian buku kraftangan. Bukan apa sebab suri sudah berjanji pada anak saudara jika dia mendapat keputusan yang baik semesta yang pertama nanti suri akan menghadiahkan sebuah buku untuk dia. Cari punya cari akhirnya Suri berkenanlah pula pada sebuah buku origami ni…dalam hati berkata wah! menariknya isi dalam buku ini sebab macam-macam bentuk, rupa dan cara didalamnya yang kita boleh buat dan ikut bagi menghasilkan sebuah origami yang menarik..
Dalam asyik menyelak helaian-demi helaian muka surat buku itu suri dilanggar oleh seorang kanak-kanak..aduh, sakitlah.. hati suri berbisik sendiri. Tiba-tiba lalu seorang makcik dia segera memarahi anaknya blah…blah…kerana telah melanggar suri dan dengan segera dia meminta anak-anaknya memohon maaf pada Sdiatas perbuatannya itu. Suri pandang mereka dan terus berkata tak mengapalah kak itu perkara biasa sahaja. Terus suri menyambung kembali menyelak buku helaian yang berikutnya..
Terus makcik yang tadi tu menegur suri lagi. Katanya awak beli buku untuk anak-anak awak ke? atau untuk sendiri? Suri kata saya tidak membelinya untuk keperluan peribadi tetapi untuk dihadiahkan kepada anak saudara saya..layan punya layan maka dia bertanyakan pada suri secara sepontan dalam mukanya bekerut seribu?#2@ soalnnya macam mana ye kalau akak nak tarik minta anak-anak akak belajar sambil mempelajari perkara-perkara (ilmu) yang baru? terus Suri diam seketika dan bagi beberapa tips dan pandagan kepada makcik tersebut.

Selalunya kanak-kanak akan merasa tertekan bila dia dipaksa mempelajari sesuatu perkara yang dia tidak suka atau minta apatah lagi jika kita menggunakan kekerasan terhadap dirinya sudah pasti setiap ilmu yang dipelajarinya akan ingat, ingat lupa..atau paling tidak pun ilmu itu akan lepas begitu sahaja.
Bagi kebanyakan ibu bapa apabila melihat anak-anak itu belajar dengan tanpa disuruh atau dipaksa, sudah pasti akan membuatkan setiap hati ibubapa senang melihatnya. Bagi menjadikan hal-hal tersebut menjadi kenyataan adalah..
- Peranan ibubapa (mendidik atau memupuk) juga turut menyumbang pola pemikiran pada anak-anak.
- Pangkulah anak anda dan berikan perhatian kepada anak anda semasa proses pembelajarannya berlaku. Cara ini dapat memupuk semangar belajarnya.
- Ajaklah anak anda bermain dengan alat permainan yang mempunyai ciri-ciri penjelasan seperti contoh alat permainanyang dapat mengeluarkan bunyi cara ini dapat mebangkitkan minta anak itu sendiri untuk mengetahui sebab, mengapa, dan akibat. Hal sebegini akan dapat memancu anak untuk ingin tahu.
- Jangalah lupa berikan pujian dan penghargaan diatas hasil karyanya, maka ini akan menyuntik semangatnya untuk lebih berprestasi lagi.
- Jauhilah dari penggunaan kata-kata kesat pada anak anda, ini kerana ia akan menimbulkan rasa rendah diri pada anda itu sendri. Namun dikuhatiri anak tersebut akan membalikkan semuala bahasa kesat tersebut kepada anda.
- Sesekali berikan dia bimbingan serta kalimat atau sebarang ucapan yang bisa membuatkan hatinya senang sebagai motivasi saat belajar.
- Ungkapkan pujian Seperti contoh:- Wah! adik pandailah jawab soalan matametik hari ini. Bukan apa ini adalah cara untuk menyerlahkan lagi potensi kebolehan dia dengan lebih baik lagi pada masa akan datang.
- Bahaslah bersama anak apa yang telah dibaca. Dengan cara ini dapat membantu anak untuk mengingati semula apa yang telah dipelajarinya sebentar tadi.

Erm, bagaimana pula dengan cara anda menawan, memancing minat anak anda membaca??



















sebenarnya tugas mendidik anak ni sgt mencabar…
sabar dan bersabar…
so jgn lupa bekalkan dengan doa setiap masa buat anak2 kita…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
2
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
September 14th, 2009 at 2:38 pm
@sury_na7181, salam sury_na7181..benar jua akan kebenaran itu al-maklumlah zaman sekarang zaman yang penuh dengan cabaran..
Tapi lagi manis kiranya kita sebagai ibu selepas solat mengamalkan bacaan surah Lukman.Insyallah setiap hati anak-anak itu akan taat kepada kedua ibu bapanya..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
asslamulaikum,
Bagaimana pulak nk pujuk anak supaya mahu ke sekolah, lagi-lagi sekolah baru? Ini yg menjadi masalah saya setiap pagi bila nk hantar anak ke tadika dia mesti menangis..tak ke tadika, saya baru daftarkan dia 5hb hari tu, sebelum dia di tadika lain, oleh kerana kami akan berpindah tidak lama lagi jadi saya pindahkan dia ke tadika dan juga taska yg sekarang ini.
Setiap pagi mesti menangis, kesian pulak tengok dia. Macam-macam alas yang dia bagi, tak ada kawanlah, cikgu marahlah, tak nak makan ikanlah, tak tahu nak pakai tudunglah lepas ambil wuduk…
Tolonglah bagi pendapat dan cara2 TOLONG ye….dh buntu fikiran saya tak tahu nk buat apa. Dah macam-macam yang saya bagi tahu pada anak saya, tapi masih macam itu juga..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
October 27th, 2009 at 4:43 pm
@annzal,
Selamat petang..
Apapun suri bukanlah bijak dalam memberikan pendapat atau pandangan berkenaan hal sebegini. Ini hanyalah cadangan peribadi Suri shja ya.
Harap annzal dalam keadaan sihat hendaknya..
Alahai annzal itulah sebenarnya lumrah anak2 kecil tika membesar memag pelbagai karenah yang bakal mereka ciptakan utk disajikan kepada anda sebagai ibu, bapanya.
Ketahilah anda seharusnya bijak dalam menangani masalah ini dengan berupa nasihat atau teladan yang baik boleh anak anda fahami.
Seperti contoh jika anak anda selalu menangis diawal pagi..
Birkanlah dia mngis untuk seketika ..
Apabila dia diam anda usaplah ubun2 dikepalanya selawt 3x moga hatinya terbuka untk mendengar nasihat anda,
Peganglah dan belailah bahu anak anda perlahan2 pujuklah dia dengan senyuman kembali.
anda cubalah memujukkan dengan penggunaan bahasa yang baik. seperti:-
“adik tahu tak hati ibu sangat sedih jika adik selalu berkeadaan begini..”
(semasa anda menuturkan percakapan ini anda buatlah wajah kehampaan terhadap tingkahlakunya itu) kemudian anda selitkanlah padanya bahawa ilmu itu penting utk dituntut supaya menjadi insan yang berjaya. lihat contoh…
kalu boleh anda ceritakan pada anak anda SEDIKIT PERIHAK tentang kehebatan Dr Sheikh Muszaphar Shukor sebagai angkasawan pertama Malaysia. atau kisah2 orang yang berjaya kerana ilmu. Insyallah dengan suntikan semangat yang anda berikan kepadanya akan meyakinkan anak anda bahawa perkara yang anda katakan padanya itu adalah benar semuamya.
kesabaran dlm mendidik anak itu penting. sb bukan mudah kita sebagai ibu bapa hendak mendisiplinkan anak.
Walauapaun ia memakan masa dalam mendidiknya percayalah kelak ia akan menjadi prinsip hidupnya nnti. dlm bak kata orang dulu2 melentur buluh biarlah dari rebungnya..
semoga anda berjaya
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
annzal Reply:
October 28th, 2009 at 3:05 pm
Terima kasih suri kerana sudi mendengar masalah saya ni,dan sudi beri beberapa pendapat,
Insyaallah saya akan cuba dan practiskan nanti.
Pagi tadi hantar dia ke tadika pun masih menangis, semalam boleh control lagi tapi pagi siap main tarik2 lagi dengan cikgu, dia langsung taknak lepaskan tangan saya. Nampaknya saya kena bersabar dan kuatkan semangat. Terima Kasih sekali lagi.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
December 10th, 2009 at 4:29 pm
@annzal,
hai! annzal..
sama-sama ia cuma pandagan peribadi sahaja..sabralah ya annzal anak2 yang kian membesar memg begitu gelagatnya..
Suri harap anda teruskan usaha menawan hatinya..Insyallah doa ibu pasti akan dimakbulkan oleh Allah..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
SALAM,
Tajuk yg menarik..
Memang susah nak mendidik nihh..
sebagai kakak ,..sdikit sebanyak…memegang peranan pendidik kat umah..besa lah..lumrah..menjadi anak sulung…
kadang2 memang nek tension..melayan ragam budak2 nih..
tapi paling seronok time blaja…
sambil bermain dgn dorang.. boleh ajar siket2
tengok tv sm2 pon..didik jugak..
tapi tengok lah citer yg berilmiah..cam dokumentari ka..kan..
huhuhuh
apa yg penting kena banyak sabar..
p/s:)…..adik bongsu berumur setahun lebih..hiperaktif ..huhuh letih..layan ragam nya…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
December 10th, 2009 at 4:32 pm
@ocean,
Hai! ocean..
anak sulung ya..hurm bisalah tu sb ocean adalah tunjang segala model yang baik pada mereka..harap2 ilmu yang ocean curahkan pada mereka akan membuatkan mereka lebih faham besemangat lagi untuk belajar bersama kak longnya
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
nak tawan anak suka membaca, mak dan ayah nya dulu le kena rajin membaca… pengalaman saya, saya selalu bawa anak kekedai buku sejak mereka kecil lagi, dan belek buku sama2 mereka… walaupun buku itu untuk saya, namun efek dari situ anak2 saya kini minat buku dan minta dibelikan buku..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam..camne ye cara nk bg ank (sekarang ni dah berusia 5 tahun) pandai pegang pensil untuk menulis..dah byk cra saya guna antaranya mengutip beras (untuk motor kasar)..tp tak boleh jugak..ada tips?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam
terima kasih diatas pandangan yg diberikan diatas td sedikit sebanyak dapat membantu saya mendidik ank2 saya yg sedang membesar…
tq
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
seni mendidik anak amat kompleks.cara mendekati, memujuk,memupuk minat positif dan seumpamanya adalah berbeza antara seorang anak dengan seorang anak yang lain.oleh itu sebagai ibu kita perlu menyelami hati dan perasaan anak-anak kita agar mereka merasakan kita sentiasa hampir dan sebagai tempat berlindung serta mendapatkan kasih sayang. kadangkala kita terlupa kerana telah disibukkan dengan kerjaya dan tugas sebagai suri rumah yang sentiasa menanti.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mendidik anak adalah satu seni.ianya luwes dan mudah dilentur untuk dicorakkan dengan pelbagai bentuk mengikut acuan yang kita ingini.walau bagaimanapun ianya tak semudah itu.perlu kepada banyak sabar dan sentiasa berdoa kepada Allah.anak-anak adalah amanah dan ujian dari Allah.mohonlah petunjuk dariNya.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]