Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBSaya rasa, sempena bulan Ramadhan ni, mungkin ada baiknya blog PakarHowTo lebih banyak memfokuskan kepada artikel-artikel ilmiah. Walaupun artikel yang dikongsikan ini panjang-panjang, tapi jika kita dapat peruntukkan sedikit masa lapang kita untuk membacanya dengan penuh prihatin, insyaAllah banyak perkara yang dapat kita ambil manfaat daripadanya. Setidak-tidaknya, masa kita terisi dengan perkara-perkara yang tidak sia-sia.
Jadi, marilah kita sama-sama membaca artikel yang ditulis oleh seorang rakan Cyber saya (Tuan Rosli Hanip).

Bagaimana untuk memupuk remaja mengimarahkan masjid...
“Bagaimana Cara Untuk Pikat remaja ke masjid?”
Satu artikel dan saranan daripada PM kita yang dimuatkan di dada akhbar pagi ini. Jika anda belum membacanya inilah intipati berita tersebut.
PEKAN 23 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta ahli jawatankuasa masjid dan surau mencari jalan untuk menarik golongan muda supaya terus mengimarahkan masjid selepas bulan Ramadan.
Menurut Perdana Menteri, suasana masjid dan surau yang sesak dipenuhi oleh para jemaah termasuk golongan muda sepanjang bulan puasa seharusnya dikekalkan untuk melahirkan insan beriman dan bertakwa.
“Harapan saya semoga rumah Allah ini dijadikan tempat beribadat untuk semua golongan. Kita tak mahu lihat dalam bulan Ramadan sahaja, rumah ibadat penuh sesak dengan mereka yang berpusu-pusu ke masjid untuk solat dan bertarawih.
“Terlintas pada fikiran saya, adakah keadaan ini dapat kita pertahankan dalam bulan-bulan lain.
“Adalah penting untuk kita ambil langkah supaya golongan muda berjinak-jinak dengan masjid. Kalau tidak, masjid sesak pada bulan Ramadan, tetapi sepi pada bulan-bulan lain.
“Jawatankuasa masjid dan surau boleh fikirkan bagaimana untuk menarik minat golongan muda lebih kerap mengunjungi masjid selepas Ramadan,” kata beliau.
————————————————————-
Kita semua kena fikirkan akan perkara ini, bukan sahaja AJK Surau, Imam-imam atau Ustaz-ustaz tetapi seluruh umat harus memikirkan akan perkara yang penting ini. Kerana apa ianya penting? Kerana sumbangan belia bertakwa penting bantu kejayaan, pencapaian ummah sepanjang zaman. Janganlah kita hanya aktif beribadat pada bulan Ramadhan sahaja. Agama Islam bukanlah agama yang bermusim macam musim EPL. Amal dan Ibadah adalah berterusan hingga ke hari kiamat.
GENERASI muda, remaja atau belia ialah kelompok yang aktif dalam semua perkara. Mereka suka bertanya, mencuba, tidak serik dengan peristiwa, cenderung lasak, sukakan cabaran, gemar memperaga diri, sukakan hiburan, mahu berkawan malah suka bercinta.
Inilah perkembangan naluri dan fitrah generasi muda dalam proses membentuk diri menuju kematangan dan masuk ke alam dewasa. Sebagai pemuda Islam, tidak salah bakat yang baik dikembangkan.
Potensi yang dimiliki boleh membangunkan diri, masyarakat dan negara, tetapi ia juga boleh merosakkan diri, meruntuhkan masyarakat dan negara. Isu utama ialah bagaimana potensi itu digilap dan disuburkan secara fitrah serta bakat diguna secara bermanfaat.
Islam meletakkan generasi muda pada kedudukan mulia dan hal ini berbeza berbanding pada zaman sebelum kedatangan Islam. Jika dalam masyarakat Arab jahiliah, bangsawan Quraisy membentuk belia mereka dengan latar belakang kemewahan dan hidup berfoya-foya, tetapi sejurus selepas terpancar nur Ilahi ke dalam masyarakat Arab, acuan itu mula dicorakkan kepada konteks lebih luas, global, punya nilai dan beradab.
Corak remaja atau belia pada zaman itu terbentuk melalui kesan tarbiah rohaniah dan jasmaniah yang dipimpin melalui pendekatan wahyu iaitu melalui cara hidup Islam. Budaya atau cara hidup bersandarkan reda Allah wujud pada diri pemuda ketika itu.
Ini menyebabkan mereka tidak saja memiliki pedoman dan dorongan terbaik untuk memandu jalan hidup, tetapi budaya reda Allah itu membentuk kedewasaan remaja yang akhirnya menjadikan mereka taat serta patuh terhadap perintah Allah dan sentiasa mengelak melakukan apa dilarang.
Al-Quran dan al-sunnah sarat dengan contoh generasi pemuda yang diiktiraf berjaya di sisi Allah. Kisah anak muda dalam surah al-Kahfi ialah pengiktirafan yang dinyatakan secara jelas oleh Allah kerana mereka beriman dan mempertahankan sifat takwa walaupun berdepan pemerintah zalim. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya mereka ialah pemuda beriman kepada Tuhan mereka (Allah) dan Kami tambah kepada mereka petunjuk.” (Surah al-Kahfi: 13)
Allah juga memasukkan belia dan remaja yang menghabiskan masa mengabdikan diri kepada Allah dalam kegiatan hidupnya sebagai manusia yang dimasukkan ke dalam golongan mendapat perlindungan lembayung payung Allah di Padang Mahsyar kelak.
Perkara ini dijelaskan dalam sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tujuh golongan manusia yang akan dilindungi oleh Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindungan-Nya, pemuda yang hidup dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Pemuda memiliki beberapa kelebihan berbanding orang tua untuk menunaikan tanggungjawab agama sama ada melaksanakan perintah atau menjauhkan larangan antaranya mempunyai banyak masa lapang, belum sibuk dengan kerja lain, mempunyai tenaga dan kekuatan fizikal, mempunyai kecerdasan akal fikiran, mempunyai daya ingatan yang kuat, jarang ditimpa penyakit dan mudah mendapat pertolongan serta memberi bantuan kepada orang lain.
Pada ketika mempunyai kelebihan dan keistimewaan inilah pemuda perlu merebut peluang menunaikan tanggungjawab dengan sebaiknya. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Rebut lima perkara sebelum lima perkara: muda sebelum tua, lapang sebelum sibuk, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati.”
Pemuda pada awal Islam menjadi tonggak dakwah dan ejen pembangunan dalam membina kekuatan. Nama seperti Mus’ab Umair, Usamah Zaid, Ali Abi Talib, dan Bilal Rabah, membuktikan kepada generasi berikutnya bahawa remaja tonggak kekuatan ummah pada zaman Rasulullah SAW dan sahabat.
Rasulullah SAW berpesan supaya ummah memberikan perhatian kepada mendidik dan menjaga belia dalam sabda Baginda bermaksud: “Aku berpesan kepada kamu supaya memberi perhatian kepada pemuda, sesungguhnya hati mereka lembut. Allah mengutuskan aku membawa agama hanif lalu pemuda menyokong aku sedangkan orang tua menentang aku.”
Justeru, dalam beramal, pemuda dianjurkan sentiasa mengambil peluang melaksanakan ibadat tanpa perlu bertangguh kerana usaha meningkatkan takwa dalam hidup bukan bermusim. Firman Allah bermaksud: “Dan dirikan oleh kamu sembahyang dan tunaikan zakat, dan apa juga yang kamu dulukan daripada kebajikan untuk diri kamu, tentu kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah.” (Surah al-Baqarah: 110)
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak berganjak langkah kaki seseorang hamba pada hari pembalasan kelak sehingga mereka ditanya empat soalan iaitu umurnya ke mana diperuntukkan, usia muda ke mana dihabiskan, hartanya daripada diperoleh dan ke mana dibelanjakan dan ilmunya apakah diamalkannya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Rasulullah SAW juga pernah melahirkan perasaan takjubnya kepada pemuda yang sentiasa bersungguh-sungguh menjunjung nilai takwa dalam kehidupannya dan bukan bersikap seperti kebudak-budakan. Sabda Baginda SAW bermaksud: “Sesungguhnya Allah sangat kagum kepada pemuda yang tidak memiliki sifat kebudak-budakan.”
Ketika hayatnya, Baginda SAW selalu berpesan kepada belia dan remaja supaya memperlihatkan sifat matang, sesuai dengan kekuatan fizikal sehingga dapat dibezakan dengan golongan tua. Lantaran itu, ketika usia Baginda menginjak ke angka 40, terjadi peristiwa kenabian pada waktu yang dianggap sempurnanya kematangan umur dewasa. Ketika itu, kebanyakan pendukung kuatnya ialah pemuda.
Saidina Abu Bakar, tua tiga tahun daripada umur Baginda, Saidina Umar pula berusia 27 tahun ketika memeluk Islam, Saidina Othman lebih muda daripada Baginda dan Saidina Ali jauh lebih muda daripada sahabat lain.
Begitu juga sahabat yang terkenal sebagai pendamping dakwah yang dibawa Baginda SAW seperti Abdullah Mas’ud, Said Zaid, Abdul Rahman Auf, Bilal dan Musab Umair yang berusia muda. Nama seperti Abu Jahal, Abu Lahab, Abu Sufian, malah Abu Talib yang tidak menerima dakwah Baginda SAW ialah kalangan generasi tua.
Harapan Islam kepada generasi muda, remaja atau belia amat tinggi, justeru pengiktirafan ini mesti dibuktikan melalui tindakan dan realiti, bukan sekadar retorik atau omong kosong. Benar dan tepat kecintaan Allah kepada mereka yang suka bersedekah, tetapi Allah lebih cinta generasi muda yang bersedekah, Allah juga mencintai mereka yang beramal, tetapi Allah lebih mencintai generasi muda beramal. Allah mengasihi orang beribadat, tetapi Allah lebih mengasihi pemuda yang beribadah.
Tidak ada tempat lebih baik di bumi ini selain rumah-rumah Allah yang dikenali sebagai masjid ataupun surau. Ini kerana di situlah terbit segala ketenangan yang diimpikan oleh segenap insan, iaitu insan yang berusaha membentuk dirinya menjadi hamba Allah yang terbaik sepanjang hidup dengan amalan-amalan yang bersifat peribadatan hanya kepada-Nya.
Tidak ada tempat di bumi ini yang mampu menjanjikan ketenangan dan kedamaian hidup, melainkan rumah Allah. Justeru terdapat sebuah hadis Nabi s.a.w. menegaskan bahawa rumah Allah menjanjikan bukan sekadar ketenangan, malah beberapa nikmat lain sebagai dorongan berbuat kebaikan.
Hal ini telah disebut menerusi hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah maksudnya: “Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid/surau), membaca kitab Allah (al-Quran) dan berdiskusi mengenainya sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, mereka diselubungi dengan rahmat Allah, dikelilingi dengan para Malaikat (menulis segala kebaikan mereka) dan Allah akan sentiasa mengingati mereka (kerana mereka juga mengingati-Nya).”
Oleh itu saya nak tanya anda satu soalan…
“Di mana remaja dalam hal ini?”
Jika anda seorang remaja, luahkan pendapat anda disini. Jika anda seorang bapa, muhasabah diri dan tanya soalan ini kepada anak-anak anda. Tanggungjawab saya, anda dan semua cukup besar sebagai umat Muhammad s.a.w. yakni Umat Akhir Zaman.
Waallahua’lam bis’showab.
Sumber : http://www.facebook.com/topic.php?topic=10383&uid=172760470243



















Salam GhS,
Jazakallah for sharing it here. May Allah give us more nusrah and hidayah
in this month of baraqah, insyaAllah.
Salam Ramadhan,
Rosli Hanip
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam
Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebung..begitu juga kita manusia mendidik di kala kanak2 adalah lebih mudah berbanding bila dah dewasa..wbagaimanapon kebijaksanaan kita dlm menagani masalah remaja masa kini boleh merubah sesuatu yg sukar menjadi mudah….ianay bergantung pd sikap remaja itu sendiri samada dpt menerima atau tidak sesuatu yg memberi manafaat kpd mereka.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam,
Betul kata Nani..Saya sokong huhuuh..
tapi bagi saya pengaruh yg paling kuat ..bagi membentuk generasi ..muda nih bermula dari skolah..lagi..peranan skola sdikit sebanyak mampu membentuk remaja dgn nilai2 positif..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalamualaikum..
Bagi pandangan saya pula apa jua pun semuanya bermula disiplin dari rumah.
Ketegasan ibu, bapa dalam mendidik kepimpinan anak-anak dari kecil lagi wajar dilakukan.
Ibu bapa juga turut memainkan peranan yang penting dalam diri anak-anak supaya cintakan pada agama itu sendiri.
Sebaliknya janganlah desak anak tapi gunakanlah pendekatan dari aspek nasihat yang baik kenapa, mengapa.. pentingnya tempat beribadat tersebut bagi umat islam.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
AyieBlog Reply:
August 10th, 2010 at 6:59 am
@surihati_ku, Assalamualaikum,betul sayang suka apa yang suri perkatakan
,setiap apa-apa ianya bermula dari rumah??
.
.-= AyieBlog´s last blog ..Dimana Keadilan Bapak Polis!!!! =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
AyieBlog Reply:
August 10th, 2010 at 7:00 am
surihati_ku, Assalamualaikum,betul sayang suka apa yang suri perkatakan
,setiap apa-apa ianya bermula dari rumah??
.
.-= AyieBlog´s last blog ..Dimana Keadilan Bapak Polis!!!! =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
AyieBlog Reply:
August 10th, 2010 at 7:00 am
surihati_ku@, Assalamualaikum,betul sayang suka apa yang suri perkatakan
,setiap apa-apa ianya bermula dari rumah??
.
.-= AyieBlog´s last blog ..Dimana Keadilan Bapak Polis!!!! =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalamualaikum..
Benar kata Surihatu_ku…
Selain IbuBapa masyarakat sekeliling juga turun memainkan peranan supaya dapat memikat remaja ke masjid
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Askum..
Saya bersetuju dengan pandangan anuar tu.
Perasan tak?
Selalu saya tengok kat masjid budak-budak mengaji adalah, takpun makan2 masa maridulrasul, sambut hari kebesara islam barulah ramai org dtg..huhu..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Asalamualaikum.
Tajuk artikel bagaimana menarik remaja ke masjid. artikel bagus, tapi tak ada cadangan pun cara-cara mengajak remaja itu?. Yang beri komen pun tak bagi cadangan ? Apa hal. Sakit lain obat lain…. Saya memang kritis dalam hal ini. kalau nak bagi cadangan bagilah yang menepati kehendak persoalan. Beri cadangan bagaimana hendak menarik remaja rajin ke masjid/surau… OK. Saya cadangkan, hanya alternatif boleh dibahaskan lagi le…
1. Wujudkan jawatan kuasa khas yang mempromosi pelbagai program di masjid/surau khas untuk remaja.
2. Sediakan program khas untuk para remaja, jangan bercampur dengan orang dewasa, nanti remaja mmg tak pergi kalau ada orang dewasa, sebab mereka rasa terkongkong.
3. Panggil penceramah yang boleh memberi kaitan remaja dengan masjid/surau. Bukan ceramah solat, bersuci dan sebagainya. Ceramah yang berbentuk ilmu memang remaja cabut lari, mereka tidak suka diberi nasihat.
4. Cuba anjurkan pertandingan bola sepak, badminton, pingpong atas nama Piala Surau…………. Piala Masjid……… program diadakan di kawasan masjid/surau. Waktu solat, wajib solat berjemaah semasa program berjalan. program mesti memberi perhatian kepada fizikal dan kerohanian (kuiz agama, pidato agama, bahas agama, berzanji, marhaban)
5. Program mesti berterusan dan ada follow up. Peranan AJK masjid/surau sangat penting, tiada kepentingan perinbadi. Lillahi Taala.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
December 22nd, 2009 at 10:48 am
@amrina,
cadangan dan idea2 yang sangat bagus dan wajar diberikan perhatian.
tq
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
amrina Reply:
December 23rd, 2009 at 7:59 am
@PakarHowTo, GENERASI muda, remaja atau belia ialah kelompok yang aktif dalam semua perkara. Mereka suka bertanya, mencuba, tidak serik dengan peristiwa, cenderung lasak, sukakan cabaran, gemar memperaga diri, sukakan hiburan, mahu berkawan malah suka bercinta.
Inilah perkembangan naluri dan fitrah generasi muda dalam proses membentuk diri menuju kematangan dan masuk ke alam dewasa. Sebagai pemuda Islam, tidak salah bakat yang baik dikembangkan.
Potensi yang dimiliki boleh membangunkan diri, masyarakat dan negara, tetapi ia juga boleh merosakkan diri, meruntuhkan masyarakat dan negara. Isu utama ialah bagaimana potensi itu digilap dan disuburkan secara fitrah serta bakat diguna secara bermanfaat.
Suka bertanya = program pameran kerjaya/masa depan/kewangan
suka mencuba = permainan baharu/mencabar/
tidak serik = pameran dari penjara(hukuman sebat/rotan)
lasak = paint ball/futsal/explorace
suka cabaran= pelbagai pertandingan permainan/sukan
memperaga diri=busana muslim/ idola muslim/kerjaya muslim
hiburan= nasyid/ketuhanan/artis muslim/muzik islam
berkawan/bercinta=kursus perkahwinan/motivasi /blog muslim
Sekadar pandangan. Terima kasih.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
December 23rd, 2009 at 11:07 am
@amrina,
Saya kira pandangan dan cadangan yang awak kemukakan ini sangat bagus dan perlu diberikan perhatian yang serius oleh pihak berwajib.
Cuma masalahnya, bagaimana dapat kita panjangkan idea/cadangan yang baik ini kepada mereka?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
amrina Reply:
December 28th, 2009 at 9:18 am
@PakarHowTo, Alhamdulilah, pandangan dan cadangan yang baik itu dari ilham Allah. Saya hanya hambaNya yang cuba membawa mesej dakwah menerusi blog saudara. Mudah-mudahan usaha kecil kita mendapat barokah. amin.
Bagaimana cara memanjangkan idea tersebut:
1. Menyedari tanggungjawab kita sebagai makhluk Allah, kitalah yang memulakan, jangan tunggu orang mencari kita, atau orang lain yang mulakan.
2. Tampalkan sahaja cadangan tersebut di mana-mana surau/masjid, masukkan ke dalam peti-petii cadangan, mudah-mudahan dalam mesyuarat AJK mereka mereka bawa cadangan kita ini. InsyaAllah.
3. Hantarkan cadangan rasmi ke agensi agama yang banyakkkk di negara kita ini. JAKIM,IKIM,YADIM,jabatan agama negeri,Pusat Islam, forward keblog-blog dakwah/agama
4. Tulis rencana, hantar ke media massa – surat khabar majalah yang sesuai.
5.Cadangkan kepada AJK surau/masjid tempat kita bermukim.
Terima kasih kerana respons kepada pandangan dan cadangan saya.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
assalamualaikum, penulis laman. project semester akhir saya adalah..macam mana nak promosikan masjid di kalangan umat islam.promosi di sini, bukn bermakna hendak menjual masjid, tapi cara untuk mendekatkan umat islam untuk terus mengimarahkannya. byk sangat hiburan y telah menghalang umat islam untuk menunaikan solat di masjid. pakar, macam mana cara kita nak menarik umat islam supaya lebih mendekatkan diri di masjid tidak hanya di bulan ramadhan@solat jumaat@solat maghrib sahaja.
terima kasih
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
zaman rasulullah dulu masjid bukan sahaja tempat beribadah malah tempat utk bersukan, perpustakaan, pentadbiran dll. Rasanya klu masjid ada internet utk remaja surfing mesti ramai remaja dtg masjid
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
January 22nd, 2010 at 10:32 am
@DR Ezam,
Saya setuju, masjid patut memberikan wifi percuma kepada pengunjungnya. Tapi pantaun mestilah dibuat, takut2 nanti pengunjung tengok website yang bukan2.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya setuju dengan cadangan2 diberi,cara pendekatan remaja kpd masjid. tapi apa2 cadangan biarlah menyentuh naluri remaja dan kesederhanaan di utamakan.Moden dan Islamik.Bermula dari rumah adalah asas utama.Ibubapa yang berqariah disitu perlu diajak bermotivasi.Sifat PAC(parent,adult,child) penting dalam menangani anak-anak.Kata orang tua”menarik benang dalam
tepung”.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
perbanyak kegiatan yang menarik perhatian remaja
.-= busana muslim´s last blog ..Tips Merawat Rambut bagi Muslimah =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
http://www.bie-asfirstfacialcleanser.blogspot.com/
Pembersih wajah semulajadi yang dirumus dari ekstrak asam jawa ini merupakan pembersih muka yang sesuai digunakan oleh lelaki & wanita, serta tua mahupun muda. Pembersih muka ini bukan sahaja boleh menghilangkan jerawat tetapi juga boleh menghilangkan sel-sel kulit mati dan bintik hitam (blackhead) serta sesuai untuk kulit muka yg berminyak
.-= bie´s last blog ..Pencuci Muka Ekstrak Asam Jawa =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam
bagus jika kita sama2 fikir bagaimana memakmurkan masjid terutama dari gulungan muda.
Cuba renung fungsi masjid di zaman awal Islam. Itu lah tempat utama pertemuan dan persaudaraan muslim. Tempat tarbiah, pembentukan jatidiri dan pembinaan ilmu dan iman.
Konsep Islam, sepadu, integrated, syumul lengkap dapat dilihat dari amalan muslim di sana.
Semangat paduan ibadat dalam semua aspek kehidupan mesti diterapkan. wasalam
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]