Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBSurah al-Kausar adalah surah paling pendek dalam al-Quran. Ia hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah. Ia bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasa airnya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan baunya lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi baginda iaitu anak lelakinya, Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
- Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita .
- Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher. Insya-Allah hilang dahaga.
- Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
- Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
- Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
- Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
- Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Semoga dapat amal.




















Ape yg diberitahu sgt bermanfaat pd sy..hrp2 dpt ilmu yg lbh bermanfaat spt ilmu ini lg di lain masa..Insyaallah..
Well-loved. Like or Dislike:
4
0
[Balas Di Sini]
Fairuz Wasim….
tenkiu sebab singgah dan tinggalkan komen di sini.
alhamdulillah, semoga apa yang kami kongsikan ini,
dapat kita amalkan bersama.
ingatlah…
ilmu tanpa amal, umpama pokok yang tak berbuah.
p/s-rajin2lah datang ke blog ni….jgn lupa subscribe email anda yer
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
[...] Tazkirah hari ini… Posted on December 10, 2008 by bluemoonsheily1807. Categories: Uncategorized.Rahsia Fadhilat Surah Al-Kausar [...]
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
tq..sggh bermanfaat..kalo ada ayat al-Quran untuk kebahagian rmhtangga dan kehidupan seharian, lagi best…
—> Yaya, utk doa2 kebahagiaan rumahtangga memang ada banyak, kalau boleh amalkan membaca surah2 seperti berikut ;
1- surah fatihah
2- surah al-imran ayat 83
3- surah al-imran ayat 200
4- surah al-anfal ayat 63
5- surah an-naml ayat 30 & 31
6- surah toha ayat 1 hingga 6
7- surah yaasin ayat “wazallalnaaha lahum faminhaa rokuubuhum waminha yakkuluun”
8- baca “alam nasyroh….” ayat 1 hingga 6…
9- surah maryan ayat 58
10- baca “Yaa Latif”…16kali/setiap hari
11- surah asy-syura ayat 19
12- baca “Yaa wadud”…16 kali
Well-loved. Like or Dislike:
4
0
[Balas Di Sini]
Assalamualaikum.
terima kasih atas ilmu yg amat bermanfaat.moga Allah membalas kebaikan saudara dengan kebaikan juga hendaknya.
Saya ingin bertanya,
1. adakah doa khas untuk bertemu kembali seseorang yang telah meninggalkan kita?
2. bolehkah kita mengharap dan berdoa agar beliau insaf dan mahu bertanggungjawab?
Terima Kasih.
Ila..
Waalaikumussalam…
1- antara amalan yang boleh dibuat dalam usaha untuk bertemu kembali dengan orang yg disayangi ialah;
* Solat sunat Dhuha (6 rakaat), kemudian baca surah ad-Dhuha (wadduha wallai liiza sajaa…) 7 kali, kemudian
berdoalah pada ALLAh agar dipertemukan kembali dengan orang yang ditinggalkan…doa boleh dalam bahasa melayu.
2- tidak salah untuk berharap dan berdoa agar orang yang meninggalkan kita kembali semula. cuma jangan
terlampau berharap…takut2 nanti kelak akan bertambah luka dihati bila dia tidak kembali…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
2
0
[Balas Di Sini]
Terima kasih kerana sudi menjawab soalan saya.
Apa yg anda ajar/beritahu saya ini amat saya hargai.
Dugaan yg saya terima ketika ini benar2 menguji diri saya.Hanya dengan berdoa pada Allah sajalah yg mampu saya lakukan.Dengan berdoa dan berharap,saya mencari kekuatan untuk bangkit semula.
Saya sedar semua yg berlaku ini adalah dengan izin Allah.Saya bukan tidak menerima kenyataan.Tidak sesekali saya menolak ketentuan Illahi.Apa yang terjadi tetap dah terjadi.
Dalam mengharungi kekecewaan dan kesedihan ini saya hanya mampu berdoa.Saya tidak akan putus asa untuk terus berdoa. Moga suatu masa nanti Allah izinkan saya untuk bertemu dengan insan tersebut walaupun sekejap.
Wassalam.
ILA…
saya harap ILA dapat banyak bersabar atas ujian yang menimpa.
berdoalah dan panjatkanlah setinggi mana pun harapan pada ALLAH,
kerana ALLAH itu Maha Pengasihani dan Maha Bijaksana.
DIA pasti akan memakbulkan doa ILA…yakinlah.
kalau ALLAH tak tunaikan permintaan ILA di dunia ini,
ALLAH pasti akan tunaikannya di AKHIRAT.
justeru, usah sedih dan kecewa,
kerana ALLAH pasti akan mengurniakan sesuatu yang lebih baik lagi daripada apa yang dipinta.
saya berdoa agar ALLAH perkenan doa ILA…amin.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam encik..
emm…nk tny, ada ilmu @ petua untuk permudah jodoh? (malu la sy) terima kasih
BLOSS…
sila baca artikel saya yang lepas2…klik link dibawah ini ;
http://pakarhowto.com/tips/tips-untuk-cepat-dapat-jodoh.html
http://pakarhowto.com/luahan-hati/luahan-hati-18-tentang-jodohusahlah-dikau-risaukan.html
.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
time kaseh sbb siarkn artikel yg sgt bergune nih.
mm…boleh sy copy paste dlm blog sy?
nnti sy letak link ke pakarhowto….
MYSELF…
dipersilakan…tiada halangan langsung.
sememangnya tujuan blog ini diadakan ialah untuk berkongsi2 maklumat dengan seberapa ramai orang.
semoga ianya menjadi amal jariah kita dikemudian hari insyaAllah.
by the way, apa alamat blog awak?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
tengkiu….
ni blog saye….
http://seateawhomyra.blogspot.com
HUMAYRAH…
saya dah pi tengok blog awak.
bagus sekali info2 yang dikongsikan.
teruskan ber’blogging’ yer…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
time kaseh….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
apakah cara untuk melembutkan hati seseorg yg telah meninggalkan kita dalam kesengsaraan??
apakah cara supaya dia kembali serta bertanggungjawab?
dan cara supaya mendengar kata ibu bapa spy bertanggungjawab??
perlu bantuan ibubapa dia tak??
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saudara, bagaimanakah hendak menghalang suami yang suka kepada dosa- dosa besar dan bagaimana hendak menginsafkan dia.saya takut dia meningal dunia sebelum bertaubat.
terima kasih
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam….terima kasih….aku akan amalan surah ni…mudah2an aku d beri petunjuk seperti yg aku harapkan….insyaallah…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam…
ada tak ayat2 al-quran untuk tenangkan hati..
saya bimbang jadi manusia yang putus asa.
kemudian nak mintak gak ayat untuk lembutkan hati adik2 yang degil dan keras.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam
kebelakangan ni saya sangat resah dan hati sangat tidak tenang…
boss muda suami saya terlalu ‘baik’ dan ‘rapat’ dengan suami saya
walaupun suami saya tidak menunjukkan sebarang ‘reaksi’,
namun saya khuatir,
suatu hari suami saya akan terjebak dalam hubungan ni…
nak tanya
ada apa-apa doa yang boleh saya baca dalam kes ni
supaya hati saya menjuadi lebih tenang
dan hati suami pun lebih ‘tenang’ dan tidak tergoda…
.
.
untuk pengetahuan tuan
saya muallaf,
saya tidak tahu membaca doa-doa dalam tulisan jawi…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
September 29th, 2009 at 1:34 pm
@oli,
Selamat Hari Raya, selamat tengahari untuk Oli dan semua..
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
SHALAT DAN BERKORBAN TANDA BERSYUKUR KEPADA NIKMAT ALLAH SWT
dia ada tiga Ayat iaitu ayat 1 hingga ayat 3.
Ayat 1= Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang
banyak.
Ayat 2= Maka dirikanlah solat karana Tuhanmu dan berkorbanlah.
Ayat 3 =Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang
terputus.
AMIN.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
terima kasih
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
September 29th, 2009 at 1:36 pm
@oli,suri amat bersimpati sengan anda..
Mohonlah petunjuk kepadaNYA tanpa jemu semuga suatu hari kelak anda akan menjumpai pintu keluarnya untuk menyelesaikannya.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Surah sependek ni pun byk manfaatnya. Agungnya ayat2 suci Al-Quran. Setiap ayat itu menjadi penawar bg sesuatu penyakit/masalah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
I LIKE ITTT
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Thanx tuan… semoga Mendapat Rahmat Allah s.w.t sentiasa
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]