Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB
Sedang anda gosok baju. Tanpa anda sedari, suhu seterika anda telah menjadi terlampau panas (overheated). Bila anda gosok jer baju tu dengan seterika yang terlampau panas tu, apa akan jadi??
Pastinya struktur permukaan baju/pakaian yang terkena seterika overheated tu akan jadi rosak berkedut, malah hangus menjadi hitam pun boleh terjadi.
Apa anda akan buat sekiranya berlaku sedemikian? Kalau anda gosok balik pun bahagian tersebut, ianya tidak akan kembali kepada asal kerana struktur kain baju itu telah rosak dek kepanasan melampau seterika anda.
Jadi apa yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini ?
Baik, saya akan berikan satu petua yang mana petua ini dapat membantu anda dalam menghilangkan mana-mana kesan seterika panas pada pakaian anda.
Begini caranya ;
- 1- Ambil sehelai tuala (saiz kecil)
- 2- Ambil cuka dan cairkan cuka tersebut dengan air ikut sukatan 1:1 (segelas cuka, segelas air)
- 3- Basahkan tuala dengan cuka yang telah dicairkan tadi
- 4- Ambil baju/tudung/mana2 pakaian anda yang terkena seterika panas
- 5- Letakkan pakaian tersebut diatas tuala yang dibasahkan dengan cuka tadi
- 6- Seterika bahagian yang terkena seterika panas tadi di atas tuala tersebut
- 7- Gosok sehingga semua bekas/kesan kedutan tersebut hilang

Saya baca, saya amal, saya sebarkan.
Sekian.



















wah..bagus..bagus..sure nati blh try nnti..
suri pun nak share petua lagi le..
selalu kalu gosok baju mesti kat bahagian bawah seterika tu hitam kan?
so cara nak hilangkan dia ambillah garam agak2 dalam dua ke tiga sudu, ambil surat kabar lama dan kemudian gosokkan ia sampilah kesan sterika hitam tu hilang.sesekali panaskan seterika tu agar bahan gesaran hitam mudah ditanggalkan lagi..
selamat mencuba!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
huhuhuh
tma kasih bayk..atas petua yg diberikan..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
All people deserve very good life time and home loans or bank loan would make it better. Just because people’s freedom relies on money state.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
nape yea xleh nk copy n paste..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]