Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBTiada orang yang tak pernah bertengkar seumur hidup. Jarang kita temui sesebuah rumahtangga yang tak pernah bertengkar sama sekali semenjak hidup bersama kerana hidup yang tiada pertengkaran adalah hidup yang sendirian.
Berikut disenaraikan beberapa fakta tentang pertengkaran ;
1. Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran, meskipun ramai orang malu mengakuinya. Sebenarnya jika sebuah perkahwinan tanpa pertengkaran sama sekali membuktikan matinya emosi. Bukanlah bererti pertengkaran itu baik namun pertengkaran juga mendatangkan kebaikan dan keburukan.
2. Jika terjadi pertengkaran kerana sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam diri pasangan hidup. Tujuannya adalah agar sesuatu yang tidak baik itu hilang dari pasangannya, baik dalam bentuk peribadi maupun pekerjaannya.
3. Sebenarnya pertengkaran itu sebagai petanda awal dari sebuah Perkahwinan. Di mana suami isteri mulai cuba untuk menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka. Jika mereka takut berbincang kerana kuatir akan berlaku pertengkaran, akhirnya ia akan menimbulkan masalah yang lebih besar pada masa akan datang.
4. Jika suami isteri bertengkar secara kecil-kecil tidak membawa kepada pergaduhan, akhirnya mereka akan dapat mengatasi perselisihan dan kemudiannya mereka akan merasa lebih akrab.
5. Jika seorang suami merasa marah terhadap seseorang di tempat kerjanya, setelah pulang ke rumah, mungkin ia akan meluahkan rasa marahnya itu pada isterinya. Jika anda berpendapat suatu kemarahan harus diluahkan, maka anda akan meluahkan pada isteri anda. Pada hal dalam Islam, kita disuruh bersabar.
6. Jika pertengkaran tidak dapat dielakkan lagi kerana mungkin salah menyampaikan sesuatu ataupun pasangan kita tidak mahu menerima hakikat diri kita, maka usahakanlah agar pertengkaran itu tidak membawa bencara. Perhatikan keadaan persekitaran agar tiada pihak lain ikut sama atau menjadi tekanan perasaan.
Dan di bawah ini pula disenaraikan tips dan cara menghadapi pertengkaran ;
1. Jika terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari kelemahan pasangan kita. Dan tidak wajar pertengkaran tersebut hanya ingin mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk menyelesaikan masalah secara bersama.
2. Jika pertengkaran itu menyangkut tentang satu topik, janganlah masalah-masalah lain dimasukkan sama kerana ia akan menjadikan suatu pertengkaran yang besar yang boleh membawa bencana.
3. Batasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan bertindak menggunakan fizikal seperti memukul, melemparkan barang dan sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah malah akan menimbulkan masalah yang lebih besar.
4. Di dalam pertengkaran, gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan tidak tertekan. Kata-kata yang menyakitkan hatinya seperti:-
“Ini semua salah kamu…!”, “Engkau bodoh…!”, ” Engkau selalu melakukan kesalahan…!” dan sebagainya. Sebaliknya gunakanlah perkataan yang lembut seperti, “Hati saya luka kerana perbuatan itu…”, “Kamu tak sedar, betapa hancurnya hati saya…” dan lain-lain.
5. Setelah bertengkar, jangan biasakan diri suka menyendiri, kemudian menjauhkan diri dari pasangan hidup. Jangan memisahkan diri kerana ia tiada nilainya sama sekali dalam perkahwinan. Bahkan ia merugikan hubungan suami isteri.
6. Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran
kerana cara ini akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat.
7. Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran keluarga. Kehadiaran pihak ketiga misalnya mertua, ipar, adik beradik hanya akan menambahkan kecurigaan dan mungkin menambah menyala api pertengkaran. selesaikan secara baik antara suami isteri.
8. Jangan bertengkar di depan anak-anak kena inia akan menjadikan anak-anak bingung dan tertekan perasaan. Jika ini berlaku, akan ujud banyak lagi masalah lain.



















hai…saya dory…msalah sy ni ada rumit sikit…gini saya telah pun bertunang..tpi msalah saya ni tunang saya suka dasar kesian.kalau dasar kesian bleh kekal lama ka? pada asalnya tunang saya memang suka saya dulu tapi tiba2 pula bleh suka dasar kesian…saya memang suka dan sayang dengan tunang saya tu…tapi saya takut dia terseksa pula bila sama2 dengan saya cos dia suka dasar kesian ja..tapi dalam masa yang sama saya tidak mahu penting diri dan saya berat hati juga mahu lepas kan dia.maklum lah dia first love saya em…adui..mcm na lah ni…macam memaksa pula dia menerima saya…?ada tip2 lain lagi ka dapat tolong saya ni?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 3rd, 2009 at 3:18 pm
@dory, hai, maaflah atas klwtan mmbri pandagan disini.
beginilah memandagkan awak sudah bertunag denga dia mgapa pula awak harus menimbulkan rasa bersalah dalam hati? jika pertunagan telah diikat mengapa boleh wujudkan alasan KESIAN kepada anda? sebaiknya jika dia suka pada anda itu menandakan dia amat cinta pada anda dan mengikat tali pertunangan seperti sekarang ini.
tapi, jika alasan kasihan..selalunya llki masa bercinta, bertunang bukan main manis lagi mulut merka berbicara kepda kita..blh terima kita seadanya..tup3x bila dah usia perkahwinan dah lama ada sahaja yang tidak kena..jadi saya sarankan awak berteus terang sahajalh dgn tunag awak tu adakh dia serius nak jadikan awk suri hatinya nnti..dan atas alasan apakah dia menerima anda..cinta?paksa hatinya sndiri..?apa tujuan mksud dia yang tersembunyi..
kalu boleh hal bgni biarlah dibicarakan dari hati ke hati..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Pertengkaran xsemestinya terjadi dlm alam rumahtangga je kan..dgn kwn2 @ adik beradik pun biasa terjadi pertengkaran..emm..satu pihak kena la mengalah..bile keadaan dh reda barulah jernihkan kembali keadaan tu..Waktu bertengkar tu, diri dikuasai marah..berfikir pun xberapa rasional dah..biarkan rasa marah tu sejuk dulu.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
January 19th, 2010 at 1:42 pm
@Leyna,
yeah betul tu.. kemudian tentu hati akan rasa tenang kembali
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]