Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBKelmarin ada seorang pembaca setia blog pakar (nama dirahsiakan atas permintaan) meminta saya berkongsikan artikel di bawah ini. Semoga ianya memberikan manfaat kepada semua, katanya. Bacalah yer
Petua Menggoda Suami di Usia 40
ANGKA 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru, semakin matang. Bagi wanita usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, dan selalu dikaitkan dengan musim saham mula menurun. Bukan berniat merendahkan orang perempuan, jauh sekali untuk memperlekeh kaum wanita. Cuma saya ingin bercakap perkara yang betul di depan mata. Satu hakikat perihal Adam dan Hawa.
Macam mana pun golongan pejuang wanita menegaskan tidak ada beza antara lelaki dan perempuan, saya tetap berasa ada perbezaan yang jelas. Ini bukan soal fizikal – yang memang jelas ada bezanya – tetapi ciri-ciri lain yang menyebabkan Leha dan Leman tidak serupa. Sebenarnya, awal-awal sudah berbeza. Dari segi tahap kematangan semua orang mengakui perempuan lebih cepat dewasa berbanding lelaki. Anak perempuan baligh lebih awal dari lelaki. Ada gadis yang mula haid seawal sembilan tahun. Sebaliknya, ada lelaki yang sudah masuk usia 17 belum ada apa-apa.
Mereka yang mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan boleh melihat hal yang sama. Baru darjah enam anak perempuan sudah boleh diharap mengemas bilik tidur, mencuci pinggan mangkuk, membancuh susu adik. Anak lelaki sudah tingkatan tiga pun masih tidak tahu apa-apa. Sebab itu orang putih kata, kehidupan seorang lelaki bermula pada usia 40 tahun. Konon, pada usia ini lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin, lebih itu, lebih ini. Hanya satu yang tidak sedap, malah tidak adil: konon pada usia 40 inilah degree kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat!
Miang, gatal, merenyam, gelenyar…banyak lagi istilah-istilah (maaf, sesetengahnya tidak sesuai disiarkan sebab kedengaran kurang sopan) yang seerti dengannya untuk menggambarkan perangai lelaki setelah melewati usia empat puluhan. Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antaranya, yang paling biasa: suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga, suami kahwin baru.
Bukanlah hendak menyebelah lelaki, tetapi pada hemat saya andaian seperti itu adalah rambang, dan sekali gus tidak adil. Sebab, bilangan suami yang main kayu tiga, atau membuka ‘cawangan’ baru adalah kecil, terlalu kecil. Mungkin yang jeling-jeling wanita lain ramai, tetapi percayalah jelingan itu tidak membawa apa-apa mudarat. Lagi pun ada sebab suami menjeling wanita lain. Maaf cakap, ketika suami mula ‘meriah habis’ pada usia 40, wanita pada usia tersebut dikatakan mula mengendur dan ‘dingin’ dalam banyak hal. Sebenarnya, ini diakui sendiri oleh ramai wanita, sebab itu mereka tidak suka usia empat puluhan disebut.
Pendek kata, angka 40 membawa persepsi yang berbeza kepada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, usia tersebut dikaitkan dengan kematangan can kehebatan, bagi perempuan, usia tersebut sering digambarkan sebagai peringkat saham menurun. Kalau ada suami yang mula menunjukkan tanda-tanda ‘keriangan’ luar biasa, saya ada panduan untuk isteri menyekat suami main mata dengan orang lain. Kaedah ini tidak ada dalam buku motivasi suami-isteri, tetapi boleh dicuba.
Pertama, layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan. Contoh: “Fuhhh, misai abang sekarang tebal semacam, kita tengok pun geram!” Atau: “Abang sejak minum kopi herba tu, kita rasa luar biasa!”
Kata-kata seperti ini boleh membangkitkan semangat, dan suami merasa dihargai. Tetapi jangan cakap sahaja, isteri patut buktikan dengan perbuatan. Jika hanya pandai memuji misai, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian tentang misai itu tidak bererti langsung. Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikit pun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.
Masalahnya ialah wanita pada usia 40, lebih-lebih lagi yang sudah beranak ramai, sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin. Mungkin sebab kesibukan di pejabat, atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil. Letak sahaja kepala di bantal, terus berdengkur.
Pada hemat saya, tanpa mengira usia, isteri patut bijak melakukan reaksi-reaksi hangat semasa berdua di kamar tidur. Mungkin boleh cuba urutan cakar harimau yang popular itu. Sambil mencakar boleh bergurau senda, dan puji-puji tentang misai. Kalau cakaran harimau sudah mengena, suami yang letih menjadi segar semula. Pasti suami akan membalas dengan cakaran kucing jantan.
Bayangkan apa akan terjadi apabila cakar berbalas cakar. Tentu harimau akan mengaum. Amaran: hati-hati sekiranya isteri berkuku panjang dan tajam, takut tersilap cakar luka pula kulit belakang suami. Akibatnya, suami berasa kesakitan dan mungkin menggunakan tendangan kambing gurun hingga isteri terpelanting bawah katil!
Kedua, isteri mesti terus bergaya. Sebenarnya wanita pada usia 40-45, masih cantik dan menawan. Masih anggun dan mempesona. Memanglah tidak ‘cun-melecun’ seperti gadis belasan tahun lagi ‘trang-tang-tang’. Tetapi sekiranya bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.
Masalahnya ialah sesetengah isteri, terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal keterampilan diri. Tidaklah selekeh, tetapi kurang mesra alam. Rambut tidak disisir, menggerbang macam langsuir atau penunggu pohon beringin dalam Misteri Nusantara. Dahi berkerut, bibir berkedut. Tanpa bedak, tanpa gincu. Pipi pun berminyak semacam. Sudahlah begitu, pakaian pun asyik kain batik lusuh dengan t-shirt Pagoda leher bulat yang ketiaknya terkoyak sedikit. Ini sudah menjadi uniform tidak rasmi suri rumah yang tidak berseni. Sesetengahnya langsung tidak berbaju, hanya berkemban. Sudahlah berkemban, nampak bulu ketiak keriting, betul-betul macam ibu si Tenggang.
Percayalah, kalau rupa seperti ini yang dilihat oleh suami setiap hari, belum masuk usia 40 tahun pun suami sudah menjeling wanita lain. Jika hari-hari melihat puntianak atau ibu si Tenggang, suami pun berasa muak juga. Suami pun hendak melihat benda-benda indah.
Sebenarnya, mendandan diri bukan susah sangat. Lagi pun kebanyakan suami tidak cerewet sangat. Suami tidak mengharapkan isteri menyambutnya dengan pakaian berjenama antarabangsa, atau jari lentik dengan kuku berwarna, bibir merah dan basah berkilat, rambut ikal mayang teknik rebonding, alis lentik bagai penari Mak Yong.
Apa yang dikehendaki oleh kebanyakan suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan lentuk sangat, suami naik lemas pula. Rambut perlu disisir kemas, pada hari-hari tertentu (petang Khamis umpamanya!) boleh letak bunga ros di kepala. Tetapi, jangan pula terlebih hingga pacak bunga manggar di kepala. Nanti suami ingat isteri sudah sewel.
Pipi patut dihias supaya tidak nampak berminyak macam mamak jual capati. Kalau tidak mampu pakai bedak yang berjenama, bedak biasa pun boleh, asalkan disapu dengan kemas. Jangan asyik lumur dengan bedak beras sejuk sehingga wajah kelihatan seperti wayang China purba!
Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat. Kalau tidak ada pewangi pun gunakanlah haruman ash dari bunga cempaka, melur, kenanga atau lain-lain bunga wangi. Kalau pun teruk memasak di dapur pastikan bau serbuk kari, sambal belacan, budu, atau bau ikan pekasam goreng tidak melekat di tubuh. Amaran: jangan sekali-sekali ada bau semburan ubat lipas atau kapur barus pada tubuh. Mati selera suami.
Ketiga, mesti selalu senyum. Sambutlah suami dengan senyum paling manis. Senyum yang ikhlas, dan bukan dibuat-buat. Ingat, orang lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu. Tetapi, jangan tersengih tidak tentu pasal, nanti suami ingat isteri tersampuk puntianak sundal malam. Tidaklah diharapkan isteri mengurut-urut bahu atau dada suami sebaik masuk ke rumah, lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak. Memadailah isteri menegur: “Abang nampak letih, boleh kita ambilkan air? Abang nak air sejuk atau air panas?”
Tetapi, jangan pula memberitahu suami benda-benda yang mungkin mematikan semangatnya, seperti: “Tadi ada orang datang, dia kata abang dah tiga bulan tak bayar ansuran kereta, betul ke?” Atau: “Orang sebelah tu beli TV 29 inci, boleh tak kita beli yang 36 inci?”
Keempat, ketika di bilik tidur. Ini paling penting, sebab bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bunga wangi di atas tilam. Barulah bersemangat untuk cakaran harimau atau cakaran kucing.
Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati empat puluhan, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Tidak ada bau minyak wangi, seperti zaman baru-baru kahwin dulu. Apa yang memenuhi bilik tidur sekarang hanyalah bau minyak angin.
Bilik tidur penuh dengan beraneka minyak angin. Penjuru katil ada minyak lenguh sendi, tepi bantal ada minyak sengal tulang, atas tilam ada minyak pening kepala, bawah katil pun ada minyak semput.
Walaupun sudah lenguh sana-sini, minyak-minyak itu bukan di kamar tidur tempatnya. Kalau setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk mencakar. Ini yang isteri kena faham.
Sekian, semoga bermanfaat.






















As Salam
Tkasih atas info yg berguna ni…Dlm hubungan suami isteri perlu ada sikap give n take, andaikata kita ingin kan kebahagiaan dlm rumahtangga berkekalan di samping tahu tggjwb masing2 dan mempelbagaikan teknik dlm usaha menambat hati pasangan kita
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 18th, 2010 at 6:16 pm
@Nani, sama-sama nani.yalah rencah begitulah yang kita harus ada pada sesebuah rumahtangga.barulah harmoni sentiasa hingga ke akhir hayat.hehe..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
hm..satu info yang menarik and berguna untuk dikongsi bersama
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 18th, 2010 at 6:19 pm
@rose flower, jika rajin forwordkan pada yang lain
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
lynn Reply:
October 20th, 2011 at 6:57 pm
@surihati_ku,
Saya rasa info nie sangat berguna..bukan untuk yg berumur 40 ke atas je tapi saya yang berumur 30 tahun ni pon rasa sangat bermanfaat.Saya suka nak share untuk kita sama-sama belajar make up bukan untuk pegi keje je,tapi kat umah pun biasakan make up walaupun just letak lipstic..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
den tak baco abih,tapi dgn kepalo cerito den ffaheim leh..ambo bukein nak kato bonar nie..bagi ambo lah yeh..umok 40 ni kalo badan sihat al walfiat..ape tal lagie ade power ummm punye mali loh..blkg depan pun samo ajo lah..asal masuk ..raso belang nie lebeh henat..sompit selalu..tentang bab piling malei nie memang hebat tak payah gune tongkat langit effa punyo atau ali. leh control tahan lamo..kdgkala awek dah meluat, pak jantan maseh nak menyodap ajo..siok siok mak oii..
kalo yg cun tu..siko leh jilat ..tapo ado jugo pompuan yg yg lomah sek…rase jijik kato mereko nie..nak copek aje..rimas kato demo..tapi anak mau..
paras rupa tingkah laku bentuk badan jagaan kesihat-kebersihan dapek membantu tahan lamo.. kalo dah berbau tu ..tok memcacak langit..pun pun akan menyembah bumi..suko2 jao nie
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 18th, 2010 at 6:22 pm
@srew loose, ya.terima kasih atas pandangan dan komen tu.kami amat menghargainya sekali.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
tksih atas info, ingin berkongsi sikit pengalamn : Beza umur saya dan suami 9 thun, skang saya memasuki 41 thun, dulu saya tidak berapa percaya lelaki akan ada perubahan ketika umur 40 thun, tapi bila suami ada di golongan 40 thun memang perubahan terasa….. alhamdulillah perubahan itu membwa hubungan kami lebih dekat.. Namun ingatan pada sang suami, jika mahu isteri nampak menawan, menarik, tidak hanya pakai kain batik & t-shirt lusuh, beli belikanlah keperluan untuk sang isteri, ingin melihat yang menarik tetapi tidak mau mengeluarkan sedikit modal… mana ade org pompuan yang suka selekeh, tk menwan dan menarik, ketahuilah wahai suami kami ini orang pompuan memang suka cantik, pernah dengar tak keluhan ni : “aku n i kalu x bekerja pakaian dalam pun tak bertkar raenya” fikir2kan….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 18th, 2010 at 6:25 pm
@Nor, hehehee..itu pun tgok pada kekuatan ekonomi sesebuh kluga gak nor.kekandg anak yng ramai maka ada sesetengah pasagan terlepa spandagan tentang pakaian isterinya.walaubagaimanapun tdk smu sbgtu.
sekiranya suami anda terkepas pandag akan hal tbut apa kata anda sbg wanita try mengumpul duit sdkit2 utu mmbli pakai yang dihajati.pasti kta sbgi wanita akan mampu melakukannya bukan.sesekali kita kena gak berkorban utk diri sendri.klu nak harapkan suami belikan mmg sush huhu..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam….
wakakakaka…..lawak2….tp byak manfaat….” tendagan kambing gurun”…hurmmm……pasni…” tendagan kerbau jantan lak”…..adehh……!!!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 18th, 2010 at 6:28 pm
@mila, hahaa..itulah kenyyataan..dan hampir smua org akan melaluinya.jika kita pandai mhjaga pasagan kita pasti kedua-nya akan tampak lebih hebat.dan seandainya sekiranya ada antara kita yng lesu..terlepas pandang sah2 le kita sbnarnya kaum hawa mmg tak peka [ada kdaan skliling.yu yang llki kat luar sana bkwin lain..huhu..
klu blh jauhkan leee adehhhh..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
info yg sgt berguna. tq.
sy x suka minyak2 angin ni tapi suami asal mlm suka pkai minyak angin…katanya bdn rasa segar.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 18th, 2010 at 6:29 pm
@zue, hehehe..mungin kes dah terbiasa le nie.apa kata kali ini anda jagan pakaiankan myk angin .tapi anda gunakan teknik cakaran harimau tu..pasti berkesan punnya..hehehe
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sekadar berkongsi pengalaman melewati usia 40an…..
- Hangatkan kembali kemesraan masa mula-mula bercinta…walau sesibuk mana sekalipun luangkanlah masa untuk kita dan pasangan makan malam berdua,tengok wayang berdua atau buatlah aktiviti secara berdua….
JANGAN jadikan anak sebagai alasan disitu akan timbul kemesraan dan persefahaman yg lebih utuh krn masa berdualah kte dpt meluahkan perasaan masing2 tanpa anak sekeliling….
- Puji memujilah antara pasangan walau mungkin keremajan telah luntur tp pujian yg ikhlas lebih bermakna diterima lebih-lebih dari orang yg tersayang…
- Tidak dinafikan ‘layanan tempat tidur’ bab yg tak dpt dipisahkan…
genggamlah tangan pasangan dan ‘ringan-ringanlah sikit..he..he.. setiap waktu tidur walau tidak ‘dapat berlayar’ tapi cubalah disana nanti kuasa ‘magnet’ pasangan akan menyerlah perasaan masing-masing..ehem..ehemm
- saling menghargai antara satu sama lain walau sekecil hama pun pengorbanan selama hidup bersama nescaya kte dapat merasakan betapa Allah dah beri seribu kenikmatan pada kte dan pasangan selama ini….
- lebihkan gurauan dan senyuman walau dalam apa dugaan berumahtangga sekalipun….insyaAllah apa-apa masalah dapat diselesaikan bersama…
- sesekali berilah peluang pasangan ‘bebas seketika’ contohnya hobi pasangan suka memancing@ sesekali lepak ngan kekawan..ingat ye sesekali je tau!…percayalah pasangan lebih menghargai betapa penting kte disisi dalam keadaan pasangan bersendirian…rindu-rinduan gitu…
nilah antara antara tips2 semuga beri manfaat kepada semua..
saya dan pasangan alhamdulillah dh 18 tahun melayari bahtera rumahtangga…dgn dikurniakan 7 permata ( dri 4thn- 17thn) dalam usia kami 42 dan 42 tahun
kekadang tu bila makan dinner berdua sekurang2nya sekali sebulan..
jika terjumpa kekawan ramai yg tegur cam ‘pengantin baru’ lagaknya..
jadikan RumahKu Syurga ku….
InsyaAllah niat yang baik Allah berkalti…Amin….
.-= demimasa´s last blog ..Transformasi untuk Kecantikan,Kesihatan dan Minda yg Sihat =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
gaya Reply:
July 18th, 2010 at 5:27 pm
@demimasa,
Untungla dpt suami romantis, kalau dpt suami bengis ….. hmmmm hampeh..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 18th, 2010 at 6:40 pm
@demimasa, Alhamdulilah semuanya berjalan degna lancar sekali.Sungguh indahnya perkahwinan sahabt tu.hati turut di himpit senyum takkala mmbca tips anda ini.terima kasih atas perkogsian pengalaman anda ini.sungguh manfaat buat kami
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
jija Reply:
August 21st, 2010 at 5:15 pm
href=”#comment-50279″>@demimasa,
saya sebelum ini memang begitulah tapi baru 2 minggu ini di landa badai..
puncanya saya menegur cara suami berbual dan sms dengan stafnya..saya cuma minta jgn ada unsur mesra dan manja didalam sms…itu boleh menjurus kepada dorongan perubahan hati..
dia ada 2 lagi staf tapi cara dia berbual dan membalas sms tak sebegitu-plain.dengan staf yg satu tu, dia boleh bergurau pulak.cthnya bila ditanya tentang sale berapa dan dijawab tiada maka dibalasnya -huwaa(menangis)
ada lagi lah sms yg seumpama itu.bila saya tanya mengapa dgn staf itu saja dia begitu tida dgn staf lain-di KATA saya mengadakan cerita-saiko
itu pada saya jawapan yg manja dan mesra dan ke arah saling terpesona.dan staf ini juga memanggil dia abang tidak seperti staf lain yg memanggil encik
saya membandingkan antara itu semua dan dia melabelkan saya saiko dan gila dan dia tiada apa-apa
punca saya mengingatkan ini supaya tidak berlaku lagi kepadanya slah faham yg hinnga menyebabkan dia nak di tuduh mengganggu dan menggoda.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
terima kasih info yang berguna….cukup sesuai…..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 18th, 2010 at 6:34 pm
@emma, sama-sama..apa yang sesuainya itu hehehe..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
setuju.. info yang amat bagus, harus diikuti
.-= ibuintan´s last blog ..Hujan pagi =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 18th, 2010 at 6:42 pm
@ibuintan, harus di masukkan dalam dalam kotak memori kita ngheee..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam smua,
Camna plak klu nk goda isteri yg tkde nafsu. Asyik kita je yg trhegeh2 stiap masa. Beza umur sya dgn isteri agak jauh 16thn dan kini isteri baru nk masuk 38thn. Dia pasti mcm btg pisang daa… huhu…. klu kuturutkan hati….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 18th, 2010 at 6:46 pm
@Jorks, hahha.nig mungkin kes dia kurang rangsangan dari anda kot..hehhehee.rasanya lah.
mungkin juga sebab tugas2 dia yang dia lalui seharian yang membutkan dia berkedaan sebegitu huhu..
apa kata bagi menghangatkan suasana kelambu and ayang suram tu anda berguray mesralah dgn dia dulu.sperti kata-yang berbaur nakal pasti hatinya akan tersentuh nd terusik tikan itu..terus lakukan le rangsagannya padanyya sdkit demi sdkit.anda pula jgnlah diam shaja tapi ajrkanlah isteri itu ni..suoaya dia tahu kehendak anda thdp dia..adehhhh..
apa pun ini just cadagan suri jer..heee
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
teringat ada satu pepatah…men life begin at 40′s…byk makna tu
.-= MokhZam´s last blog ..Apa Yang Ada Di Sebalik Kasut Crocs? =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
teringat ada satu pepatah…men life begin at 40…byk makna tu
.-= MokhZam´s last blog ..Apa Yang Ada Di Sebalik Kasut Crocs? =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 18th, 2010 at 6:47 pm
@MokhZam, wanita pula harus mulakan enjinnya juga..jangan terllu dok biarkan je..tawan hati pasangan anda semula..ngheeee
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalamualaikum Tuan Rumah,
Lama rasanya tidak berkunjung ke mari. Hari ini terdetik untuk singgah. Wah! artikel manarik….
Petikan ini memang best..” Bawah katil ada minyak semput…”
Pada pendapat ambo, umur 40 ini, bergantung pada persepsi masing-masing. Dalam pepatah BI disebut begini ” If I want to be , Its up to me..”
Pepatah Melayu kata : Tepuk dada tanya…
Komen “demimasa” di atas telah membuktikan…
dan komen “Nor” memang menyengat…
Salam ceria & inspirasi
“Pray Hard, Work Smart & Creative”
Assalamualaikum
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 18th, 2010 at 6:48 pm
@Pemburu Impian, segalanya telah suri komen..ehehehe
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam..mmg bagus artikel ni..
tpi sya terpanggil utk memberi sedikit komen gaks… bagaimana jika kita ni dah dikira tip top melayan suami serba-serbi sehingga bilik tido, tpi ada msa-nya dia sendrik bg alasan byk kerja di ofis (lately ni)..yg akan menuntut dia balik lewat mlm.. di mana keinginan si isteri selalu terbantut acapkali telah bersedia lebih awal utk perjuang di mlm hari.. dlm msa yg sma, diketahui/didapti suami ada sedikit ‘main2′ semula dgn gurl kat luar sana yg dia akui sbg gf belakang tabir sejak kami telah dikurniakan anak pertama lg.. (perpisahan sementara tlh berlaku antara mrk pd tahun lepas gara2 kami suami isteri ada sedikit perselisihan) sya dpt trace tru sms2 yg dia hantar n terima dr no.gurl tersebut.. ada pernah berbual mengenai perkara tu, kata suami dulu hnya rakan biasa – lama2 kenal jdik luar biasa tpi dia sayangkan isteri n anak2 dan tak akan pisahkan kami katanya.. katanya dia syg pd gurl tersebut spt dia sayangkan isterinya.. pelik si isteri.. mcm2 kemahuan si suami telah dituruti termasuk penampilan dan ‘perut suami’ mmg sentiasa dijaga utk kepuasan sang suami dlm hidup berumahtangga.. tpi kenapa sang suami hadiahkan ‘perkara’ lain dlm memuaskn sng isteri? di mana silap si istri? pd Allah sang istri mengadu.. Allah Maha Kaya dan Berkuasa dan Dia Maha Tahu apa yg berlaku sekrg ni.. hanya si isteri berdoa agar sang suami tetap mengingati si isteri dan anak di mana shj dia berada…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ren Reply:
July 6th, 2010 at 11:28 pm
isk…saya dah taip panjang-panjang tadi buat lelaki umur 40an yang miang ni…tapi tak dapat sent pulak…terpaksa selit kat sinilah…saya tulis ringkaslah sebab dah hilang idea…malas lagilah nak taip panjang-panjang. Lelaki yang miang, main kayu tiga ni memang lelaki yang tak kenang budi isteri dia. Pada lelaki jangan marah jika terbaca jika ini betul pada anda. Geram ni!!!Isk…isk…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam…lawak jugak info ni macam saya baca majalah lawak pulak. Betul ke lelaki ni kalau usia 40an mereka jadi ‘miang’? Kenapa usia sebelum 40an tak miang? Adakah berpunca daripada si isteri yang semakin berumur dan dah hilang mengancam? Memang tidak disangkal lelaki ni mudah bosan pada perempuan…terutamanya ‘bab malam hari si isteri yang dingin’ atau dah bosan sebab dah puas merasa dia punya…kalau boleh nak rasa orang lain pulak kan? Betul ke para lelaki? Saya nak beri nasihatlah kepada para suami-suami kat luar sana….HARGAILAH ISTERI ANDA YANG MELAHIRKAN ZURIAT ANDA, YANG MENJAGA ANAK-ANAK ANDA, YANG SETIAP HARI MEMASAK UNTUK ANDA, MENCUCI PAKAIAN ANDA, JAGA DAPUR DAN RUMAH ANDA UNTUK SENTIASA BERSIH. CUBA FIKIRKAN JIKA ANDA TIADA ISTERI? TERPAKSALAH ANDA SETIAP HARI MAKAN KAT KEDAI, HANTAR BAJU KAT DOBI, DAN RUMAH KOTOR TAK ADA ORANG TOLONG KEMAS. JIKA RUPA ISTERI ANDA SERABAI MACAM PUNTIANAK HARUM SUNDAL MALAM KAT RUMAH, BERITAHU DIA SECARA JUJUR, HADIAHKAN PAKAIAN CANTIK-CANTIK, BAWA PERGI SHOPPING, BAWA PERGI SALOON…HA…KALAU TAK ADA DUIT TU CIK ABANG OI….TERIMALAH SEADANYA ISTERI ANDA. KALAU DULU DIA SLIM MACAM TIANG ELEKTRIK, SEKARANG MACAM TONG DRUM, NAK BUAT MACAM MANA KAN…ISTERI KORANG…DARIPADA KORANG FIKIR NAK CARI BARU…ATAU NAK MENGATAL DENGAN PEREMPUAN LAIN, BAIK KORANG FIKIR MASA DEPAN KELUARGA DAN ANAK-ANAK. ITU LEBIH FAEDAH. BAGI PELAJARAN SECUKUPNYA PADA ANAK-ANAK DAN BUAT RUMAH CANTIK-CANTIK. ITU LEBIH MENJAMIN KEBAHAGIAAN HIDUP. KORANG GATAL DENGAN PEREMPUAN LAIN CUMA BERHABIS DUIT JE…TAK FAEDAH LANSUNG. KORANG NAK PEREMPUAN MUDA DAN CANTIK TAK KE MANA JUGAK…BILA DIA DAH TUA BERKEDUT, BERUBAN JUGAK…!!! Eiii….GERAM NI!!!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
2
0
[Balas Di Sini]
gaya Reply:
July 18th, 2010 at 5:29 pm
@reen,
MMg lelaki 40 an menggatal , sbb isteri pun sebaya dia jugak , da mula kerepot , maka dia nk test power , cari yang muda belia maka hati muda walaupun umo tua.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 18th, 2010 at 6:33 pm
@gaya, kita kenalah juga ubah cari kita pula.pada yng lebih sedap memandang. jika sblum ni kita berambut pjg.kit aubah stail rambut pendek.jika bilik kit asuram maka kit aharus wangikan dia dgn bau-bauan yang mengasyikan.jika layanan kit asblum ni kurang hangat makan kita cuba memanaskan hubugan tu dgn sebaik yang boleh.jika sblum ni kita berkasar bahsa.teriak sana sini apa kata kli ini kita lembutkan bicara..pasti hati yang keras akan di lembutkan..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Acik Mano Reply:
December 30th, 2010 at 10:35 am
@gaya, hallloooo… bukan pompuan 40an je mula kerepot… lelaki pun kerepot gak, but they all ada yg tak mo mengaku… dok kutuk wife je dah tak menarik le, tapi diri sendiri berperut boroi tak mo dicermin….(kehkehkeh)… kalu jaga kesihatan badan n makan makanan yg berhasiat tak menjadi masalah smua tu… yg muda kan tua, yg hidup akan mati…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 18th, 2010 at 6:51 pm
@reen, alahai reen kamu puny akone bisa daku tergelak sendiri hehee..setuju dgn pandagan kamu..seperti komen2 yang dah suri jawab macm2 rintihan ada disini hehee
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
info yg berguna. 10Q.
.-= saadon´s last blog .. =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Info yg berguna.
.-= saadon´s last blog .. =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 18th, 2010 at 6:29 pm
@saadon, sama-sama kita manfaatkanya..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
hehe.., tips2 tu mmg tip top. renung2kan lah
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
setuju sangat lelaki 40 an BUKAN MAIN MAIN …that akak kena study balik buku lama-lama to get into mood…bukan ape…it takes two for most things…spend sometime to read n excell balik supaya sentiasa indah di mata suami dan di redhai allah
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Paling mudah teruskan tanggungjawab sebagai seorang isteri tidak kira berapa usia anda dan juga suami anda. Tapi bab-bab perhiasan diri tu memang perlu diutamakan.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
betul…tp bukan salah isteri suma,kalau nak isteri cantik lebih2 lg surirumah yg tidak bekerja,mana nak ambil duit kalau tak laki yg bagi.bila umur 40 an anak2 semakin membesar.ada yg dah masuk kolej,asrama dan tusyen macam2.sana nak bayar,sini pun nak bayar…suami lak bagi duit belanja dapur je.itu tak termasuk duit yg boleh dikatakan saban minggu…cikgu mintak!mak pun terpaksa berjimat cermat ikat perut tak mau membebankan suami.mana nak isi prepaid anak di asrama lagi,bank in kat giro anak yg dok kolej lagi,tensen juga.tu yang minyak angin penuh bilik.ada juga yang kena buat kuih dan nasi lemak cari duit tambahan.siapa yang tak sakit badan sana sini.isteri berkorban..keperluan keluarga no 1 manakala gaya dan kecantikan no 10.habis kerja badan pun penat dan lelapkan mata sekejap untuk pulihkan tenaga.suami pun reti2lah sikit urutkan bini ,bukan bini malas dan tak ingin cantik tetapi semua tenaga sudah dicurahkan sehingga tidak berbaki untuk melawa.apa kata suami tolong faham2kan masalah isteri yang dah 40 an dan sabagai hamba allah terimalah kelebihan dan kekurangan pasangan hidup kita.zaman muda takkan sama dengan zaman 40 an lainlah kalau orang kaya.suami mampu bagi bibik,spa dan salon,tapi yanh begini rasanya bini dah cantik era 40 an teringin pula cari yang 20 an sbg cawangan baru,maklumlah mampu.artis2 pun cantik juga,tapi kenapa laki ada skandal juga..tepuk dada tanya selera.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
aliza Reply:
August 27th, 2010 at 5:14 pm
saya setuju dengan kata lin jangan nak salahkan kaum wanita sahaja bila masalah ini timbul.kita sebagai suami isteri kena faham memahami antara satu sama len jgn asyik cari alasan utk cari yg len.kebanyakan suami/lelaki memang sukar untuk memahami hati wanita.siapa kata perempuan taknak cantik lagi2 depan suami tetapi suami yg x fhm2.bila isteri mintak duit sikit untuk beli barang mekap dia mula mengeluh cakap wat pe la nak mekap2 awak tu dah tua ni la itu la mematikan hasrat isteri je.bukan nk bagi harapan puji la sikit isteri cth:awak nmpak cantik bila bersolek bukan mengutuk isteri.kalau isteri pakai bedak tebal2 tegur cara bek bkn mengejek..dulu masa bercinta berpegangan tangan tkt kne kebas bila dah berkahwin lagi2 dah berusia kalau pergi jalan selalu tinggal isteri kat belakang malu dipandang org kononnya.sebenarnya masalah ni boleh diselesaikan bersama-sama.perempuan ke lelaki ke semua sama.kalau tak ada perasaan cinta,kasih mengasihani,bertolak ansur slpas kawen mana mungkin rumah tangga akan bahagia betul x.dalam urusan rumah tangga kite kne bijak mengurus/mengatur.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
jangan lupa untuk bercinta…….. mulakan kembali.. untk bercinta.mesti panas…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Betul tu….bila anak dah besar ni….barulah boleh panas bermesra dgn suami, maklum masa anak kecil,…macam2 yg xkena…mulalah keluar selalu rimas duduk rumah… skrg anak2 galakkan mama kluar ngan papa…spoting tul…..terimakasih anak2ku….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
betul tu….bila anak2 dah besar barulah kembali hangat bermesra…maklum dulu anak2 kecil…ade je yg xkena…rimas duk umah…selalu keluar..bila anak dah besar…mereka yg galakkan mama n papa kluar berdua…tq anak2ku..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
info yang sangat2 bermanfaat walaupun tergelak bila baca.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
petua yang bagus dan sangat berguna, kalu ada masa klik kat sini
banyak petua yang bagus untuk anda terutama yang dah berkahwin http://petuaseks.com
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PETUA AKAN BERMANFAAT APABILA
DI AMALKAN KALAU TIDAK…ia hanya
tinggal jadi KATA-KATA ORANG TUA…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PETUA AKAN BERMANFAAT JIKA
DI AMALKAN KALAU TIDAK IA…
HANYA AKAN TINGGAL JADI KATA-KATA
ORANG TUA SEMATA…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]