Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBHari ni saya ingin berkongsi dengan anda petua untuk mencantikkan rambut. Kepada yang berminat, bolehlah baca dan cuba amalkan.

Petua untuk mencatikkan rambut.
Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan.
- Mula-mula ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah.
- Rebus serai itu sehingga mendidih
- Apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala.
- Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa.
- Amalkan sekurang-kurangnya seminggu.
Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini.
- Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan.
- Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa.
- Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit.
- Cuci rambut seperti biasa.
- Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.
Rambut mudah beruban jika tidak dijaga dengan baik terutama kepada orang muda. Oleh itu ada petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah itu. Caranya ;
- Bancuh sedikit minyak kelapa, lendir dari daun lidah buaya dan air limau nipis sehingga sebati.
- Kemudian bahan tadi dilumur pada kepala sebelum mandi.
- Biarkan selama setengah jam, barulah dibasuh bersih-bersih dengan menggunakan syampu yang sesuai.
- Lakukan tiga kali seminggu.
Anda pasti gembira sekiranya rambut anda selembut sutera serta mudah disikat. Untuk itu amalkan cara ini ;
- Sekiranya anda bercadang untuk membasuh rambut pada esok hari, lurutkan rambut anda dengan minyak bijan sebelum tidur.
- Esoknya, syampu rambut dan bilas sehingga bersih.
- Lap rambut anda sehingga hampir kering.
- Kemudian, ambil sedikit minyak bayi atau minyak zaitun dan digunakan sebagai perapi rambut.
- Kalau anda berambut lurus, bolehlah disikat terus.
- Tetapi jika anda berambut kerinting, seelok-eloknya biar seketika dan kemudian barulah disikat ( ini untuk mengelakkan rambut dari putus dan bercabang ).
Sekian, selamat mencuba. Kalau anda ada petua-petua lain, bolehlah kongsikan dengan kami di ruangan komen. Tq



















fuuh… kene rajin btul untuk jaga rambut nieh.. :p
tp ni utk pompuan jer.. org laki rasanya tak ramai yg rajin nak wat. huhu..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 11th, 2010 at 2:21 pm
@mr.eims @ perfume,
taraa!mr.eims @ perfume
wanita yang memakai tudung juga wajar dibelai rambut mereka.ini kerana seharian dipejabat mereka bertudung litup. Tahukah anda bahawa bunga raya juga boleh membuatkan rambut kita bersinar..beralun..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
sang hidayah Reply:
February 11th, 2011 at 3:02 pm
@mr.eims @ perfume,
salam,
mohon nk share kat belog saya yer tips nih. mudah2han berguna utk saya dan kawan2 saya kelak. thanks
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salamualaikum
terima kasih…nanti saya cuba yg serai tu,minyak kelapa dan badam dah cuba sebelum ni.hasilnya memuaskan.saya juga menggunakan daun bunga raya untk melembutkan rambut,
cara: ambil beberapa helai daun bunga raya(10-15h)bersihkan,setelah itu ramas dgn dua atau tiga gelas air sehingga keluar lendirnya,setelah itu sapukan pada rambut anda.sapu sehingga ke akar rambut.biarkan selama 15-20 minit.
anda akan terasa kulit kepala sejut dan nyaman.selepas itu bilaslah rambut anda dgn air bersih.keringkan rambut dgn tuala bersih.lakukan seminggu 2@3 kali.anda tentu puas hati dgn hasilnya.selamat mencuba……
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 11th, 2010 at 2:19 pm
@salmi,
hai..salmi..
terima kasih salmi atas perkongsia petua anda tu. mememg benar bunga raya banyak kebaikannya. dari segi menyejukkan suhu badan panas dan sebagainya..
cubalah..pasti ia amat berkesan
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
Leyna Reply:
February 23rd, 2010 at 11:31 am
@salmi, betul2..saya juga selalu amal guna daun bunga raya putih..tapi campur dgn sebiji limau purut dan sedikit air lalu diblend..kulit kepala terasa segar..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
..t.ksihh… sgt brguna,tQ!!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
owh..bnyk cara rupanya…tq
y sy selalu buat guna pati daun bunga raya….=)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 19th, 2010 at 5:06 pm
@Asma’,
jika begitu mesti rambut anda lembut..dan lebat kan?hehe cara tradisional memang menjimatkan kos..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Asma' Reply:
February 23rd, 2010 at 12:15 am
@surihati_ku,
ehehehe…
mm…mmg menjimatkan kos..^^
x yah kuo duit….ehehe
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
tips yg berguna wat kita sume..tq…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
March 3rd, 2010 at 4:50 pm
@ocean,
hehe..rambut tu mahkota setiap wanita..jika kita pakai tudung tu kenalah bijak menjaga..mencucinya sllu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
emmm….mana nak cari minyak kelapa erk…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
dari tadi cari tips elak rambut gatal tp xde pon..bley tnjukkan x pe tips elak rambut gatal..xphm laa..k, trimakasih atas sume ilmu yang diturnkan..:)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
terima kasih
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
bunga raya putih ke merah..??? blh guna dua2 x.??
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]