Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB** Makluman : Saya dah balas setiap komen yang telah tinggalkan di blog ini. Anda boleh check semua balasan yang saya tulis menerusi ruangan komen masing2. Maafkan saya kerana terlewat memberikan balasan **
2 minggu lepas, saya ada membawa cikgu bahasa Jepun saya iaitu Yazawa Sensei, buat program homestay di kampung saya di Jerantut.

Pada pagi hari ke-2 homestay, saya telah mengajak Yazawa Sensei jalan-jalan di belakang rumah saya. Saya memperkenalkan pelbagai jenis pokok2 buahan tempatan seperti pokok pisang, manggis, rambutan, durian, langsat, nangka dan macam2 lagi. Maklumla orang Jepun mana pernah tengok pokok2 ni semua. Buah2nya mungkin diorang pernah tengok di kedai atau di pasar raya. Tapi pokok2nya, inilah kali pertama Yazawa Sensei tengok. Jadi, Yazawa Sensei rasa begitu teruja dan kagum dengan pokok2 yang saya perkenalkan. Habis semua gambar pokok2 tu dia tangkap.
Selain itu, saya juga telah tunjukkan pelbagai jenis tumbuhan herba yang ada ditanam di belakang rumah saya. Antara banyak2 tumbuhan herba yang ada, yang menarik perhatian Yazawa Sensei ialah Pokok Sireh!! Entah kenapa dia pelik sangat ngan pokok sireh tu saya pun tak tahu. Mungkin sebab pokok sireh kat rumah saya tu rimbun sangat dan nampak cantik kot? Emm…entahla, tapi pokok sireh tu memang menjadi tarikannya. Asal usul sireh, macammana cara makan, apa khasiat dan macam2 lagi soalan yang dia tanya pada saya. Saya pun sebenarnya bukannya tahu sangat pasal pokok sireh ni. Tapi dah dia tanya, saya jawab la apa yang saya tau. Yang saya tak tau, saya ‘goreng’ jer apa yang patut..haha.

Sebut pasal sireh ini, teringat saya tentang 1 petua yang diajar oleh abah saya satu ketika dulu. Menurut abah saya, orang dulu2 mengamalkan petua berkumur dengan air sireh untuk mengelakkan mulut daripada berbau.
Caranyanya ialah ;
- Ambil beberapa helai daun sireh
- Ramas daun2 sireh tu dalam air
- Amalkan berkumur dengan air tu setiap pagi
Cara lain ;
- Ambil 2 helai daun sireh
- Masukkan dalam mulut dan kunyah hingga lumat
- Biarkan sireh dalam mulut beberapa ketika
- Berkumur dengan air (* Sireh yang dikunyah tak perlu ditelan)
Begitulah petua yang telah diajarkan oleh abah saya. Tapi saya tak pernah amal pun sebab kat KL ni susah nak dapat daun sireh. So tak dapat la nak amal.
Anda tahu petua2 lain yang menggunakan sireh untuk diamalkan? Kongsilah dengan kami…



















Daunsireh juga boleh digunakan untuk membersihkan mata.
Caranya ;
1. ramas beberapa helai daun sireh ke dalam besen berisi air,
2. kemudian masukkan muka ke dalam besen sambil kelopak mata dibuka untuk beberapa saat (agak pedih sedikit untuk permulaan).
3. amalkan 2 minggu sekali sudah memadai.
InsyaAllah mata kita dibersihkan dari habuk dan kotoran.
Safiza…
terima kasih banyak kerana sudi berkongsi petua dengan kami.
bagus petua ni…
nanti bile balik kampung,saya nak cuba buat laaa…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalaamu…
Hamba nak tambah juga. Selain dari kegunaan2 di atas, daun sireh juga amat baik & boleh digunakan untuk mengubati sakit@penyakit hidung berdarah. Gulung saje beberapa helai daun sireh itu, kemudian sumbat ke dalam kedua-dua lubang hidung kita. Masa ni kita kenalah bernafas melalui mulut. Biarkan lebih-kurang setengah jam (kalau x silap la). Amalkan untuk beberapa hari atau seminggu, sehingga kita sendiri sudah merasai perbezaannya, yakni hidung sudah mulai tidak berdarah lagi.
Petua ini diberitahu oleh salah seorang arwah Ustaz saya yang mengajar saya mengaji suatu ketika dulu masa Sek. Men.
Wassalaamu…
AMIN…
terima kasih banyak2 kerana selalu tinggalkan komen di blog pakarhowto ini.
menurut rekod saya, AMIN lah orang paling kerap meninggalkan komen.
kena bagi hadiah kat AMIN ni nampaknya….hehe
bagus petua Amin ni…
insyaAllah kalau saya ada masalah hidung berdarah nanti saya akan cuba untuk praktikan apa yang diajar…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
saya cadangkan daun sireh ni utk buat darah tiruan. boleh digunakan dalam filem kemalangan atau filem seram.
resepinya :-
untuk satu ltr darah tiruan memerlukan
100 helai daun sireh
kapur 100 g
gambir 100g
isi buah pinang tua 3 ulas
air liur 1 ltr
cara-caranya :-
kapur dicoletkan pada permukaan dalam setiap daun sireh. hancurkan gambir. isi buah pinang dirajang halus. setelah itu masukkan semua bahan-bahan dalam ‘blender’ dan ‘on’kan blender sehingga bahan bertukar warna. setelah itu tapis dan anda akan mendapat darah tiruan. jika kurang merah tambahkan gambir dan kapur.
Normey…
terima kasih atas komen dan cadangan anda.
saya pun tidak pasti bahan apa yang digunakan oleh penerbit2 filem untuk membuat darah tiruan..
apa2pun…saya kira, idea Normey untuk menggunakan air sireh ini memang bagus dan lebih jimat kot…
so, kalau ada mana2 penerbit/pengarah filem yang ingin mencuba air sireh…
bolehlah cuba cara yang dicadangkan oleh Normey ni..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
akum…
daun sireh ni pon boleh gak digunakan untuk merapatkan @ mengecutkan kembali rahim kita sebagai “girl”
cara-caranya…
ambil beberapa helai daun sireh…then cuci…masukkan dalam gelas n campurkan sebijik manjakani…plus air panas..biarkan sketika then minum la…firstly memang la rasa pahit…tapi dah memang adatnya..ubat tentu la pahitkan…hehhhe
jangan lupa untuk mencuba…insyallah berkesan…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
pd aku gigit sabun je…kalau org tanya nanti mulut bau sabun….btol x
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam
nak tanya, macam mana yazawa sensei boleh join homestay tu yea?
saya kenal dia sebab la ni saya sedang kusus bahsa jepun, dia antara yang terlibat dengan kursus ni
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Jazemi-san…
Yazawa Sensei tu saya punye sensei.
Saya belajar ngan dia selama 2 tahun (2007/2008).
Saya amik course “Japanese Teacher Training” ngan dia
di Japan Foundation of Kuala Lumpur
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Wah boleh juga sarannya
kebetulan lagi ada masalah dengan bau mulut
semoga saran pakai daun sireh manjur (worship)
.-= Kuro´s last blog ..Alhamdulillah, kajian.net sudah support RSS =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Sugoi desne…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Totemo sugoidesne…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Selain daun sirih, ada cara lain lagi x?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
April 27th, 2010 at 12:37 pm
@imz76,
paling senang,
selalu lah kunyah ‘chewing gum’…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
pengalaman sy dgn daun sirih.sy punya tanaman ini.bila saatnya pemangkasan daunnya sdh terlalu banyak,sisa pdaun pemangkasan sy rebus dng air sekira 2 ltr menjadi susut 1,5 ltr.nah air sirih tsb digunakan tiap pagi,siang & malam untuk kumur2..yg dirasakan fresh dimulut dan tdk mudah sariawan..dan baik juga untuk kaum hawa untuk bersih – bersih sesudah buang air kecil..wuih anu nya pasti haruu…um deh! coba’in aja…selamat mencoba!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]