Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBBaru-baru ini abah ngan mak saya datang KL. Diorang datang sebab cucu (anak kepada adik no8 saya) sakit teruk.
Maka, lepas saja kerja hari Jumaat tu, saya pun bergegas ke rumah adik saya di Rawang untuk ziarah diorang.
Sampai je di Rawang, saya tengok makanan malam dah tersedia. Rupa2nya mak saya ada bawa makanan feveret saya (gulai lemak belulang kerbau). So apalagi, lepas basuh tangan, terus bedal sampai licin. Perghhh enak sekali. Memang gulai belulang kerbau masakan mak saya is No1 in the world. Alhamdulillah, semuanya itu nikmat kurniaan Allah. Syukur banyak2. Terima kasih ibu.
Lepas saja makan, kami pun berbual-bual. Macam2 topik menarik keluar malam tu. Dari hal politik, perjuangan dakwah, perpaduan, keluarga, masalah muda-mudi, alam akhirat sampailah ke hal2 tentang petua dan jampi serapah.
Alhamdulillah, malam itu saya telah berjaya untuk korek beberapa petua dan jampi daripada ayahanda saya. InsyaAllah, nanti saya akan kongsikan semua petua dan jampi yang saya dapat, di blog ini yaa.
Untuk kali ini, saya kongsikan dengan anda 1 petua saja dulu.
Petua ini ialah PETUA untuk GIGI KUAT & TAHAN LAMA.
Menurut abah saya, dia dapat petua ini daripada bapa saudaranya kira-kira 52 tahun lepas. Dan abah saya telah mengamalkan petua ini sejak dari umurnya 15 tahun.

Ini Ayahanda Saya
Menurut abah saya, sejak dia amalkan petua ini, alhamdulillah dengan asbabnya, abah saya tak pernah kena sakit gigi walaupun sekali sejak dari 52 tahun lepas. Gigi dia tak pernah sakit dan tak pernah rosak. Kini ayah saya berumur 67 tahun. Namun gigi dia takde sebatang pun yang tercabut, malah semuanya masih kuat dan lasak.
Wahhh hebat petua tu kan? Tak sabar nak tau dan amalkan?
Petunya mudah saja.
Menurut abah saya, PETUA untuk GIGI KUAT & TAHAN LAMA ialah ;
“SELEPAS BANGUN TIDUR, SEBELUM ANDA KENCING , PASTIKAN ANDA KUMUR DULU 3 KALI!”
Yaaa… itu saja petuanya. Sangat mudah dan senang untuk diamalkan.

Mungkin ramai yang akan pertikaikan petua ini. Apa logik dan apa rasional nya kumur sebelum kencing boleh jadikan gigi kuat dan tahan lama? Hmmm….entahlah, kalau anda tanya saya, maka saya pun tak tau macammanya nak terangkan dan buktikan pada anda.
Namun realitinya, abah saya dan arwah kepada bapa saudara abah saya, telah pun mendapat manfaat dengan asbab daripada mengamalkan petua ini. Itu sajalah sandaran keyakinan saya kepada petua ini.
Maka terpulanglah kepada anda. Kalau anda percaya dan yakin, maka bolehlah amalkan. Kalau tak percaya, maka anggaplah petua yang saya ceritakan ini, hanya sebagai sebuah cerita orang tua2.
Wallahua’lam.
Sekadar berkongsi maklumat.

p/s-
Saya dah mula mengamalkan petua ini selepas mendengar cerita abah saya itu.
Ingat : “Bangun tidur, kumur dulu 3 kali, kemudian baru kencing” . InsyaAllah gigi akan sentiasa kuat dan tahan lama.



















hahahha….peetus ni kslsu nsk caye ke x…kena cubele…dah terkene khasianye…macam x caye lak…betul..nye petua org lame2 ni…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Ctzz…timakasih singgah dan komen di blog kami.
memang betul…hanya orang yang mengamalkan petua tu saja yang tau betapa berkesannya sesuatu petua tu kan…
abah saya pernah kata…
“PETUA ADALAH LAGI BERKESAN DARIPADA JAMPI”
tu abah saya kata laaa…lain orang, lain pendapatnya.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalaamu…
Kalau dengan amalan bacaan Doa, maka Doa Nurun Nubuwwah amatlah baik untuk tujuan ini. Antara salah satu khasiatnya ialah…
Gigitan yang Kuat.
Bilamana anda baca pada malam Rabu, maka gigi anda akan menjadi kuat, serta terjauh dari penyakit.
(>>>:- http://alivewire.wordpress.com/2007/12/19/fadhilat-dan-rahsia-doa-nurun-nubuwwah-%E2%80%93-2/
Wallahu’alam…
Wassalaamu…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
berkumur je..napa tak bersugi..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Dh terlewat sy tahu petua ni..gosok 3 kali sehari pun masih berlubang..bertampal sana sini..maybe baka kot. Takpe la..blh share petua ni dgn keturunan sy lps ni..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
owh…semudah itu??ehehehe
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam.
bagus petua ni.
mudahnya…..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
nk cube juge la..:)
tq…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]