Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Kongsi artikel ni di FB

Seorang kawan saya, Saudara Fakrul Nizam meminta membuat 1 post berkenaan dengan “Resdung“. Jadi untuk tidak mengecewakannya, saya cari la maklumat tentang resdung dan buatkan 1 posting di sini. Semoga ianya memenuhi hasrat ko, Fakrul! hehe

Apa tanda anda menghadapi masalah Resdung?

  • hidung anda sering berhingus
  • berkahak
  • hidung gatal-gatal
  • kerap bersin (terutamanya pada waktu pagi)
  • nafas berbau
  • mata yang selalu gatal & berair
  • tidur berdengkur yang kronik
  • tidak sedap badan
  • letih dan berasa sakit kepala pada waktu pagi

Selain Resdung, apakah ada nama lain? Nama saintifik?
Nama saintifik resdung ialah SINUSITIS!
Hmmm…sedap gak namanya kan? :)

Adakah Resdung boleh dirawat?
Jawapannya ialah YA, BOLEH DIRAWAT. Lebih elok, kalau anda dapat mengesan penyakit resdung ni di peringkat awal. Maka lebih mudah untuk merawatinya.

Apakah punca yang menyebabkan Resdung?
Resdung disebabkan oleh alahan terhadap ;

  • habuk
  • pepijat
  • kutu
  • makanan tertentu

Apakah sumber alahan yang biasa dihadapi oleh penghidap Resdung?
Menurut pakar, sebanyak 90 peratus daripada alahan disebabkan oleh ;

  • selimut
  • bantal
  • tilam
  • binatang peliharaan
  • bedak herba
  • ubat-ubatan
  • buah-buahan seperti nanas, epal, tomato, badam dan lain-lain.

Apa risiko nya kalau Resdung tidak dirawat?
Kalau ia melarat dan teruk, penghidap Resdung mudah untuk menghidapi penyakit yang lebih serius seperti ;

  • penyakit TB
  • kanser
  • jangkitan kulat, virus dan bakteria
  • memberi kesan kepada telinga (boleh menjadi pekak)
  • memberikan kesan buruk (komplikasi) pada otak
  • merosakkan penglihatan (boleh menjadi buta)

Adakah Resdung berjangkit pada orang lain melalui bersin ?
TIDAK, ia tidak berjangkit.

Ada tak petua atau tips untuk mengelak daripada menghidap Resdung?
Yaaa, memang ada. Cuba amalkan petua di bawah ini ;

  • Elakkan membela binatang berbulu dalam rumah seperti kucing, arnab dan anjing.
  • Elakkan menggunakan kain selimut yang dibuat daripada bulu binatang, sebaliknya, gunakan selimut yang diperbuat daripada bahan-bahan sintetik (tiruan).
  • Elakkan menggunakan tilam dan bantal yang dibuat daripada bulu binatang.
  • Selalu basuh sarung tilam/bantal dengan air panas untuk membunuh pijat/serangga dan membuang habuk sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
  • Gunakan pembersih hampa gas yang baik dan mempunyai penapis yang baik.
  • Kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang dibuat daripada barang-barang kain atau bulu.
  • Berhati-hari bagi pengguna katil di tingkat bawah kerana anda akan menyedut segala habuk dari tilam di atas.
  • Selalu basuh barang permainan yang lembut.
  • Simpan pakaian di dalam almari yang tertutup.
  • Elakkan penggunaan tirai langsir yang berat dan banyak kain. Selalu cuci kalau menggunakan penapis nyamuk pada tingkap.
  • Gunakan kain yang lembap untuk mengelap barangan alat perkakas rumah.
  • Amalkan menggunakan penutup hidung semasa mengemas rumah/perabot.
  • Elakkan memakan makanan yang ada alah padanya.

Ada tak ubat mujarab bagi resdung?
Ubat memang banyak tapi mujarab ke tak tu, tak tau lah. Kena cuba sendiri.
Salah satu ubat yang dikatakan mujarab ialah MINYAK KELAPA DARA!

* Sila baca testimoni penghidap Resdung kronik selepas guna minyak kelapa dara di sini*

Artikel lain yang best :