Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB
Dulu masa saya belajar di Jepun, hobi saya ialah memasak…Sebut jer masakan apa pun, semuanya saya pandai. Sampai semua member2 saya samaada Jepun atau member Malaysia,Indonesia, member Arab…semua menyukai masakan saya….cheewah..eksyen skit yer…jangan marah.
Sebenarnya memasak ni bukan hobi sangat pun. Tapi dek kerana dah terpaksa. Maklumla, kat Jepun, susah nak jumpa restoran halal. Makanya, nak tak nak, memang nak kena masak sendiri la jawabnya…huhu.
Apa2pun, kali ini saya bukan nak cerita pasal pengalaman saya di Jepun. Tapi saya nak bagitau satu petua yang saya dapat hasil pembacaan saya. Iaitu petua nak elak masakan (terutamanya yang goreng2) agar tidak melekat pada kuali.
Dulu di awal pembabitan saya dalam dunia masakan, saya seringkali mengalami masalah masakan/gorengan saya asyik melekat jer pada kuali/periuk. Kesannya, masakan saya jadi hangus dan kadang2 ikan yang saya goreng, jadi hancur kerana ia selalu melekat pada kuali.
Lantaran itu, saya bertanya kepada beberapa orang tua dan membuat penyelidikan di internet tentang petua nak elakkan daripada masakan kita agar tidak melekat pada kuali.

Hasilnya, saya dapat 2 petua untuk mengatasi masalah yang saya hadapi tersebut.
Petua 1
- Mula2, masukkan minyak ke dalam kuali dan kemudian panaskan minyak.
- Setelah minyak dah cukup panas, sebelum menggoreng apa2 (samaada ikan, ayam, daging, tauhu dll), taburkan sedikit garam ke dalam kuali tersebut.
- Biarkan beberapa ketika. Kemudian barulah mula menggoreng. InsyaAllah ayam/ikan/daging anda tidak akan melekat lagi di kuali.
Petua 2
- Selain daripada garam, anda juga boleh masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam minyak panas sebelum memasak.
- Kesannya, bukan hanya masakan anda tidak melekat pada kuali, tetapi ia juga membuatkan hasil gorengan anda menjadi lebih garing dan enak sekali.
Kenapa? Tak percaya?
Cubalah….




















mm…kalu nk senang basuh pinggan mangkuk plak..
lepas mkn..letak sket air dalam pinggan mngkuk tu…
jadi…sisa2 mknan y terlekat kt pinggan tu senang la tuk dicuci..ehehe
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam.
bagus petua ni.tapi kat australia ni payah nak jumpa asam keping tu.
tq for petua tu yer.nnt nak cuba.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
kalu buh garam atau asam keping 2,x meletop ka?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]