Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBPagi tadi saya terbaca satu artikel menarik di Harian Metro bertajuk ‘Hindari penyakit dengan bersedekah‘. Dalam artikel tersebut ada di nyatakan satu petua yang diajar oleh Nabi SAW agar mudah mendapat anak.
Berikut ini saya kongsikan petikan daripada artikel tersebut untuk panduan bersama khususnya kepada mereka yang sukar untuk hamil.
Mengenai pasangan yang tidak mempunyai anak setelah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga, Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w bertanya:
“Ya Rasulullah! Sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi seorang anak pun.”
Nabi SAW pun menjawab dengan sabdanya:
“Di mana (keadaan) engkau dengan banyak istighfar dan banyak bersedekah, kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati (anak).”
Manusia hanya sekadar berusaha, tapi yang menentukan berjaya atau tidak ialah Allah. Sesungguhnya satu daripada kewajipan akidah seorang Muslim ialah terus berusaha dan berserah diri kepada Allah serta selalu berbaik sangka kepada-Nya. Yakinlah, Allah tidak akan pernah menciptakan satu penyakit yang tidak ada ubatnya.
Mungkin ada diantara kita yang berfikir ;
“Alaahhh, ni petua biasa saja. Takde bukti pun ianya berkesan. Lagipun apa kaitan antara istighfar dan sedekah dengan orang yang nak hamil?”
Kepada yang ada fikir macam tu, ingin saya nyatakan dengan jelas bahawa, setiap apa yang Nabi SAW ajarkan itu pasti tidak sia-sia. Pasti ada hikmah disebaliknya. Dan PASTI ADA KEJAYAAN! Yakinlah. Walaupun mungkin ia tampak macam petua yang sangat simple, tapi kalau anda amalkan dengan istiqamah dan yakin yang betul, saya pasti, anda akan dapat manfaatNya, insyaAllah.
Yang pentingnya, anda kena amal dengan niat dan yakin yang betul. Serta anda kena amal dengan istiqamah (secara berterusan, bukan sekejap buat, sekejap tak buat).
Jadi, perbanyakkanlah istighfar dan mohon keampunan pada Allah atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Kemudian, banyakkanlah bersedekah (semata-mata kerana Allah Ta’ala). InsyaAllah, sampai masanya, Allah pasti akan tunaikan hajat murni anda untuk mendapatkan cahaya mata.
Saya pula, insyaAllah bakal menjadi bapa pada bulan depan (Due date : 22 Mei 2010). Doakan semoga semuanya berjalan lancar dan selamat yer.
.





















Petua yang bagus.patut diamalkan oleh kita orang islam.ada juga satu petua yang orang tua-tua dulu amalkankalau sukar dapat anak iaitu dengan selalu membelai atau bermesra dengan anak-anak kecil.Tapi yang nyata Allah tidak sia-siakan setiap amal kebajikan jika dilakukan dengan ikhlas.insyaAllah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Memang sedekah adalah satu amalan untuk menghindari penyakit. Memang ada dalam hadis. Kalau ada ziarah mana-mana pesakit, nasihatkanlah mereka supaya bersedekah.
Sebarang bentuk sedekah pun boleh.
Salah satu jenis sedekah yang paling baik untuk menghindari penyakit ini adalah sedekah untuk kegunaan umum dan berpanjangan. Dalam kitab Fadilat Sedekah ada di berikan contoh iaitu kita bersedekah dengan membina telaga yang mana telaga tersebut adalah untuk kegunaan orang ramai dan berpanjangan, ataupun kita menggunakan sedikit dari tanah milik kita sebagai laluan bagi kemudahan orang ramai.
Kalau dalam konteks kita hari ini, nak buat telaga macam dah tak praktikal. Tapi, sesuai dengan peredaran masa, kita boleh sedekahkan water filter/water cooler/penapis RO untuk masjid, madrasah2 hafiz atau di mana-mana yang bersesuaian. Ia adalah untuk kegunaan umum dan berpanjangan. Ketika bersedekah, memang kita niatkan khusus untuk rawat mana-mana penyakit.
Tentang istighfar pula, fadilatnya adalah untuk mengeluarkan kita dari sebarang kesulitan. Kalau kita alami apa-apa kesulitan, beristighfar lah banyak-banyak, insyallah, Allah swt akan meunjukkani jalan keluar.
Itu adalah antara fadilat sedekah dan istighfar. Ditambah lagi dengan hadis diatas, bagi mereka yang belum dikurniakan zuriat, inilah masanya untuk anda kembali kepada yang maha Pencipta. Fikir-fikirkanlah apa bentuk sedekah yang kita boleh buat.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
kdg2 doa kita, keinginan kita terhalang akbt dosa2 lalu. istghfar antara cara penghapus dosa disertai dgn penyesalan. mcm kisah sorg wanita ni nk mgndung tp dok persoalkan knp dia xmgndung. knp itu knp ini dn mnyalahkan nasib. itu umpama mempersoalkan, mnyalahkn takdir. jd ustaz harun din suh dia blk, wt solat taubah. istighfar bnyk2 dn mnyesali kesilapan diri. alhamdulillah xlama tu dia mgndung.
kita kna sedar kita hanya hamba. smua dtg dr Allah. kesenangan, kesusahan, rezeki, sakit…
innalillahi wa innailaihirrajiun…dlm apa jua perkara kita spttnya harus ucapkan lafaz ini sbb smuanya dtg dr Allah dn kpdNya jua kita akn kmbali. tp org silap fkr ini khusus utk di ucapkan bila dgr org meninggal je.
bila bersih dr dosa, bila dkt dgn Allah, doa mudah di makbulkan. amalkan juga zikir asmaul husna ini. ya khaliku ya bari’u ya musawwaru yg bermaksud wahai Tuhan yang Maha Menjadikan, Wahai Tuhan yang Maha Mencipta dan Wahai Tuhan yang Maha Membentuk.
Insyaallah…smpai masanya Dia akan beri rezeki juga
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
bella Reply:
January 26th, 2011 at 8:27 am
saya pn masih menunggu walaupun kami bru berumahtangga 7 bulan…saya akan trus berdoa dan berdoa…igat bahawa Allah Maha Penyayang dan mengetahui apa kehendak kita…so bila bt ssuatu perkara tu igat suma tu kerana Allah….n satu lagi buat baik ngan ibu bapa kita n orang sekeliling…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
Mimiew Reply:
February 13th, 2011 at 11:59 am
@lin, Thanks byk2 utk info ini
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam.
mmg benar apa yg diperkatakan dlm info di atas.
mengamalkan kedua2 perkara di atas(istighfar dan memberi sedekah)
byk fadhilatnya.Dgn mengamalkan keduanya,Allah memberi rezeki tanpa diduga.amalkan dgn penuh ikhlas krn Allah.selain memperolehi cahaya mata,kita juga dikurniakan kesihatan yg baik.dan terhindar dari penyakit2 yg merbahaya dgn mengamalkan kedua perkara diatas.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam.
info di atas benar sekali.
byak fadhilatnya dgn mengamalkan istighfar dan sedekah.
selain mendapat cahaya mata,Allah juga menganugerahkan kesihatan yg baik.
kita terhindar dari mendapat penyakit2 yg merbahaya,jiwa sentiasa tenang.wajah sentiasa bersih,tidak mudah marah dan byk lagi jika kita lakukan ikhlas krn Allah.Nikmat Allah dtg…..tanpa diduga.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
April 28th, 2010 at 4:39 pm
@salmi, Yep, benar tu semoga kekutan utk mendapat cahaya mata akan lebih bersabar lagi..
sebab bukan mudah utk kita mendapat kurniaan “rezeki” dariNYA.
.-= surihati_ku´s last blog ..Petua untuk dapat anak perempuan atau anak lelaki =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
bersedekah memang digalakan dalam Islam. Jika kita bersedekah bukan bermakna duit yg kita sedekah hilang tapi Allah akan balas berlipat kali ganda cuma kita aje tak perasaan. Tapi bersedekah tu hendaklah dengan hati yang tulus ikhlas kerana Allah bukan ada maksud lain.
Kadang-kadang tu sedekah kita Allah tak ganti dengan wang ringgit. Kadang-kadang dengan kesihatan yang baik Allah berikan, dan duit kita cukup untuk kita belanjakan walaupun gaji kita tak seberapa tapi cukup untuk keperluan kita sekeluarga itulah namanya berkat. Dan juga hidup kita tidak ditimpa musibah sentiasa dalam keadaan baik dipelihara oleh Allah swt.
Allah maha pemurah, pengasih dan kaya dan maha berkuasa. Apa yang kita lakukan pasti ada balasannya. Kita kena yakin Insyaallah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
April 28th, 2010 at 4:37 pm
@Rosnah, salam..wah..panjangnya ulasan anda.benar tu suri bersetuju dgan kata2 anda tu.
yang penting amalan kita tu ikhlas..pasti akan dapat pahala dariNYA.
.-= surihati_ku´s last blog ..Petua untuk dapat anak perempuan atau anak lelaki =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
As Salam
Insya-Allah.moga apa yg diharapkan menjadi kenyataan dgn izin Allah s.w.t. Tahniah Pakar kerana bakal menjadi ayah tak lama lagi…Semoga semuanya selamat…terima kasih jua atas perkongsian ilmu…Buat diri ini juga sahabat agar kita sentiasa diberi ketenangan dlm menghadapi dugaan daripada Allah
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
April 28th, 2010 at 4:40 pm
@Nani, terima kasih sahabat atas doamu itu. moga2 semunya bjlan dgn lancar..
.-= surihati_ku´s last blog ..Petua untuk dapat anak perempuan atau anak lelaki =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
setiap masalah ade penyelesaiannya dan kita harus sentiasa berusaha untuk mencapai ape yang kita hajati dan setiap perkara yang kita lakukan mestilah ade cara dan panduan nyer..ini mungkin salah satu cara yang diajar oleh rasul kita kepada pasangan suami isteei yang belum dikurniakan zuriat..tak rugi kalau mencuba..sambil2 wak keje pn boleh amalkan..ape yang penting sentiasa yakin kepada Allah dan berdoa selalu kepada-Nya.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
April 28th, 2010 at 4:36 pm
@hebatsungguh, benar tu sahabat..yang penting usaha tanpa jemu pasti ia akan mendatangkan hasil jua..hehehe
.-= surihati_ku´s last blog ..Petua untuk dapat anak perempuan atau anak lelaki =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Puan Ayu Reply:
April 17th, 2011 at 2:30 am
@hebatsungguh, Saya bawu 4bulan kawin tapi mengharap dapat zuriat..sekarang sy dh lewat period selama 40hari tapi bile cek kat klinik doc ckp xpreggy..luluh hati nie..tapi sy xtunjukkan depan suami..syukur alhamdulillah suami memahami dan menasihati supaya byk bersabar..tapi hati seorang isteri pasti meronta mahukan zuriat untuk keharmonian kehidupan..sy ade g cek gan doc dan doc ckp sy xde pape masalah untuk megandung..mungkin Allah belum mahu memberikan rezeki ana pada sy & suami..tapi saa tetap menanti dengan haraoan yg tinggi agar saya diberi peluang untuk bergelar seorang ibu..insyaAllah.. aminnn
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ini adalah salah satu cara untuk boleh zuriat..jadi kita cuba la..lagipun boleh menambahkan pahala amalan kita dan akan lebih mendekatkan diri kita kepada Allah yang Maha Pengasih kepada hamba-Nya..berusahala kerana anak ni adalah rezeki..sentiasa la berdoa..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
April 28th, 2010 at 4:36 pm
@hebatsungguh, Alhamdulillha..moga2 ia akam mmbwa keberkata pada pasagan yang menginkan cahaya mata. AMIN.
.-= surihati_ku´s last blog ..Petua untuk dapat anak perempuan atau anak lelaki =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam.
terima kasih,
Petua yg cukup manfaat utk sume.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
April 28th, 2010 at 4:34 pm
@salmi, sama-sama.moga salmi menyukainya
.-= surihati_ku´s last blog ..Petua untuk dapat anak perempuan atau anak lelaki =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Tahniah le dah nak jadi bapak, jangan lupe lak persiapan nak jadikan anak tu org yang beriman dan berilmu serta soleh. rasanya semua panduan dan tips dah banyak yang diwar-warkan dan tinggal dilaksanakan dan di amalkan aje..
Selamat sejahtera. by
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
April 28th, 2010 at 4:34 pm
@lipanbara, benar tu sahabat..semuga ilmu yang ada ni harap2 sebahagian dari kita mengamalkannya dgn sebaik yg mungkin
.-= surihati_ku´s last blog ..Petua untuk dapat anak perempuan atau anak lelaki =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Hi sdra pakar, ada tak petua dapat anak perempuan? kami teringin benar sorang babygurl..
Thanks heaps
mzd
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
April 27th, 2010 at 12:36 pm
@muhamad Zalani DAUD,
Saya dah tulis satu artikel tentang perkara ini.
Sila baca artikel terbaru di blog ini…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sesuai dgn janji Allah dalam surah Nuh ayat 10-12
Ertinya : “Maka aku katakan kpd mereka, ‘Mohonlah AMPUN kpd Tuhanmu, sesunguh Dia ialah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kpdmu dgn lebat, dan membanyakan harta dan ANAK-ANAKMU dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai”. [Nuh : 10-12]
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
macam nak pastikan jantina?…. ini semua urusan Tuhan… saya berderet lelaki..adik beradik i semua nye dapat girl.. inlaw juga girl… kita boleh berdoa… dan berserah pada Nya…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
It is wonderful right here. good research. I’ve been searched this kind of information for quite a while. thanks
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Manusia keje dia IKHTIAR… ikhtiar zahiriah (perubatan…tentukan waktu subur dll…) dan ikhtiar batiniah( doa, solat hajat, istighfar, sedekah, sabar..tawakkal…. )
HAKIKAT YANG MENGURNIAKAN ANAK = ITU URUSAN ALLAH SWT
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Tetiba hatiku meruntun pilu…Ya Allah kurniakan lah kami zuriat…Kerna kami amat menginginkan cahaya mata…permudahkanlah segala urusan yg kami lakukan..berikanlah sinar kebahgiaan yg kami amat nanti2kn selama ini..Amin..Ya rabbal alamin…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
fru Reply:
February 13th, 2011 at 1:09 pm
@Mimiew,
Bacalah Doa Nabi Zakaria a.s..
1) surah al ambiya’ ayat 89…
“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi”.
2) Surah Al Imran:38
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaKu dari sisiMu zuriat keturunan Yang baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan.”
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
su Reply:
March 13th, 2011 at 10:22 pm
salam…
saya juga mengimpikan zuriat…mula2, tekanan juga, setiap hari orang bertanya sudah berisi ke belum, ada juga yang jadikan bahan jenaka…tapi suami saya selalu berpesan, jgn mengeluh, dan jangan berharap mendapat anak kerana cakap-cakap orang…semoga Allah memberikan kami zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya..Allah Maha Mengetahui…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Saya dh belasan thn brkhwin tpi msh ttp tak ada zuriat. Mcm2 usaha sd d lakukan tmsuklh mdptkn rawatan pakar dr hsptl swasta & krajaan. Skrg mmg sya amat mnginginkn chaymata. Adakalanya hti sya tabah, tp adakalanya rpuh jg. Airmta tak dpt ditahan2 bila tiba ‘bln mengmbang’. Slps ggal bt IVF yg lalu, sya mdh sdih tgok org mgndung, & mgndong anak. Malah sya tak ada mood nk brbual2 & brborak dgn kwn2 sekerja sb nk mengelakkan mreka brty ttg rwtan di atas dn mls nk dgr cerita ttg anak2 mreka. Pd sya,bukn suma org dpt menyelami hati & prasaan org spt kita krn sd byk ht sya trguris dgn prbuatan & kata2 org sekliling ttg sya sma ada scra sngaja @ tdak.. Nasiblh ada sorng dua kwn rapat yg amat memahami mslah sya. Sya cba mgmalkan ptua2 bkaitan mkanan, bykkn solat taubat, hajat & brdoa, amalkn bca surah2 al-quran tertentu…cuma saya blm pegi umrah@ haji. Memang niat sudah ada krna sya ingin memohon kekuatan, ketenangan hati, keredhaan dan keberkatanNya.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
siti Reply:
April 17th, 2011 at 8:30 pm
sy dah 3thn kwin . tnda mengandung tak pnh rasa, apalagi mengandung? sedih sgt dan tertekan. ada kwn yang ckp.mgkin sy tabah sbb tu lmbt dpt anak,kalu dia dia tak mampu katanya. tabahke kita yg tak dpt anak ni?menngis.sedih tu kira kuatkah?kalu mmg disyaratkan meraung,menjerit2 mcm org gile dikatakan tidak tabah dan dpt anak, sy sanggup buat begitu.hnya org yg megalami saja yg fhm.sy diluar nmpk kuat.tp dlmn saya hanya Allah yang tahu.walaubagaimanapun,syukur pd Allah yg memberi byk nikmat yg lain.alhamdulillah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam..syukur ke hadrat Illahi masih deberi peluang untuk bernafas dibumi yg indah ini.
Sy baru melangsungkan perkahwinan pd Dec 2010..dan usia perkahwinan menjangkau 4bulan dan masih belum dikurniakan rezeki anak..kini sy lewat period 40hari dh tapi bile cek gan doc negatif..doc ckp aku xpreggy..luluh hati nie..ase nk menangis sepuasnye..syukur suami sgt memahami dan x mendesak sy..doc ade bg sy ubat hovid evening untuk keseburan..sy bawu saje amalkan ubat tue dan masih menanti keputusannya..sy redha jika positif atau negatif..sy terima ape yg diberi..sy harapkan diberi peluang pada sy untuk kemurahan rezeki anak..insyaAllah..amin..pinta yg amat dinantikan..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
hampir 6 bulan sudah kami menjadi suami isteri…belum ada tanda-tanda saya mengandung.. Bila tengok kawan-kawan yg kawen sama tarikh dgn kami dah ramai yg pregnant..terdetik kat hati ni.. ” ada yang silap ke?”.. Namun, cepat-cepat sedarkan diri…rezki milik Allah.. Kita hanya mampu berusaha.
Mungkin selepas ini…kami akan lebih berikhtiar, berjumpa pakar mungkin..ataupun makan supplement kesihatan yg dpt membantu kesuburan kami suami isteri.. doakan kami dapat baby cepat-cepat… ;p
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
kita kena yakin dgn apa yg kita bakal buat,nsyalah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
Terima kasih kerana berkongsi maklumat ini .. ianya sangat membantu .. http://herbeunine.cheq-sue.com
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]