Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBSaya ada terima banyak sekali email dari pembaca-pembaca setia blog ini. Mereka menghantar pelbagai jenis info dan maklumat yang sangat bagus untuk dikongsikan. Mereka meminta saya masukkan info dan maklumat yang mereka ‘forward’ tu ke blog ini.
Semestinya saya dengan berbesar hatinya akan berkongsi semua info dan maklumat berguna yang saya terima tersebut di laman blog PakarHowTo ini.
Semoga info dan ilmu yang dipaparkan di blog ini menjadi panduan dan manfaat kita bersama.
Baiklah, kali ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai ‘PETUA 8P‘ Ustazah Siti Nur Bahyah yang telah dihantar melalui email oleh Saudari AZURA (miesraa@yahoo.com.my). Semoga kita semua dapat ambil pengajaran dan manfaat daripada ilmu yang dikongsikan ini.

Berikut adalah PETUA 8P tersebut ;
1. PUJI : iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2. PELUK : yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3. PENGHARGAAN : di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. PERHATIAN : yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
5. PERSEFAHAMAN : persefahaman suami isteri mesti dipupuk sejak dari awal perhubungan. Suami isteri perlu bertolak ansur antara satu sama lain.
6. PERGAULAN : iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7. PERCUTIAN : di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
8. PERMOHONAN : iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu ;
- membaca surah Al-Imran ayat ke-31, atau ;
- membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.
Bagaimana dengan anda? Adakah anda bahagia dalam kehidupan rumahtangga anda? Anda ada petua anda sendiri dalam memastikan keharmonian rumahtangga yang dibina?



















Assalamualaikum w.b.t
InsyaAllah sekiranya dijadikan amalan dlm hidup seharian..keharmonian rtangga dapat dikekalkan.
Harapan Nani agar rtangga yg dibina selama 16thn ni berkekalan hingga ke akhir hayat….mudah2an….amin
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
terima kasih atas petua yg di berikan,setelah saya terbaca petua itu perasaan saya menjadi lebih semangat.sungguh saya tidak sangka begitu mudah apa yang perlu di amalkan.tapi saya rasa suami sudah tidak punya perasaan itu lg.susah saya mahu terangkan,saya harap saya masih boleh selamatkan rumah tangga saya AMIN…..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sukar bagi saya bagaimana perasaan seorang isteri jika suaminya ada kekurangan , tapi sebagaimanusia saya harap berdoa lah dan berusaha maksud saya pergi berubat cara kampung atau cara moden. apalah gunanya hidup jika keperluan rohani tidak di isi.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
SAYA BARU BERKHAWIN 1 TAHUN 7 BULAN… ALHAMDULILAH SYA SENTIASA PRAKTIK BBRPA AMALAN DI ATS…DAN AMAT BERSYUKUR ATAS KEBAHAGIAAN YG ALLAH KURNIA KAN….. TQVM PAKAR HOW TO…..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalamualaikum w.b.t
Petua 8P ini amat berguna buat semua. Beberapa perkara diatas saya dan suami amalkan. I
Persefahaman suami isteri biasala berlaku dalam rumahtangga tapi insyallah bahagia kalau sama-sama tolak ansur dan saling memahani diantara 1 sama lain…
Amin……
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Sekarang baru saya sedar, rupanya website pada pendapat saya pada dahulu kala banyak mempengaruhi jiwa kita bagi menjana unsur-unsur yang , tapi kali ini saya panjatkan syukur atas nikmat yang telah Allah Ta’ala berikan dan dengan izinnya jua saya dipertemukan apa yang saya cari selama ini, semoga dimasa mendatang banyak lagi umat2 ketani akan memasuki website ini, apa yang saya baca walaupun belum ditahap penyelesaian pembacaan, nampakanya banyak memberikan rangsangan dan garis pandu kehidupan yang sama-sama dilalui. Walau pun comment saya amat panjang, tapi ini adalah kenyataan yang lahir daripada hati nurani,
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Good info. Minta izin copy-paste ke blog saye ye.
Terima kasih.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
August 19th, 2009 at 12:41 pm
@Ahliahnizam,
dipersilakan…tiada sebarang halangan.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Setiap yg baik jadikan ikutan…
buat pasangan bahagia selamanya…
Insyaallah
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalamualaikum.
saba an nur.
Baiti Jannahti.itulah slogan yg harus kita amalkan
dlm kehidupan rumahtangga selain tips 8p di atas.suami sy jg selalu mengingatkan sy spy amalkan membaca surah Al Baqarah.utk kesejahteraan dlm rumahtangga.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya memang peminat setia ustazah nie
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya pun amat meminati ustazah.Ikutilah ceramahnya mesti ada petua yang berikan untuk diamalkan. Kalau kita ikut apa yang disarankan insyallah akan dpat manafaatnya. amin….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]