Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Kongsi artikel ni di FB

Baru2 ni saya balik kampung di Jerantut. Di suatu pagi, sedang saya asyik menikmati breakfast masakan ibunda saya, abah saya telah menghulurkan sebotol madu tualang.

“Nah ambik ni. Madu asli pokok tualang ni. Aboh baru beli kat Kuala Mai (kampung aki saya) semalam. Ade 3 botol. Awok ambik la sebotol. ”

“Amal minum sesudu setiap pagi. Selawat atas nabi SAW 3x sebelum minum. Niatkan dalam hati agar Allah jadikan madu ini sebagai ubat yang dapat menyembuhkan segala penyakit luar & dalam.” Begitulah pesan ayahanda saya.

Waaa madu asli pokok tualang!!! Ni lah benda yang saya cari2 selama ni. Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak.

Madu mempunyai khasiat yang tiada tolok bandingnya. Ini telah diterangkan oleh Allah SWT dalam al-Quran surah an-Nahl ayat 69.

“Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”

Dan Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang lebih kurang maksudnya ; “Madu adalah penyembuh penyakit dan al-Quran adalah penyembuh penyakit hati. Dan hendaklah kamu berubat dengan Madu dan al-Quran. Barangsiapa yang meminum madu 3 kali (diwaktu pagi) setiap bulan, ianya tidak akan terkena penyakit teruk.”

Begitulah hebat dan berkhasiatnya madu sehingga ianya diiktiraf oleh ALLAH SWT di dalam al-Quran dan RASULULLAH SAW di dalam sabdanya.
**Sungguhnya begitu, i’tiqad kita perlulah betul. Sesungguhnya yang memberikan mudharat mahupun manfaat adalah ALLAH SWT sahaja. Tanpa izin ALLAH, madu tiada apa2 khasiat/manfaat.

Terlanjur bercerita pasal madu asli ini. Saya ingin berkongsi dengan anda, cara bagaimana untuk mengenalpasti madu yang asli dan madu palsu. Berikut ini adalah kaedah yang diajarkan oleh abah saya ;

  • Rasa madu lebah asli adalah sedikit menyengat (selepas minum terasa macam gatal ditekak dan rasa nak berdehem). Madu palsu pula rasanya cuma manis sahaja dan kurang menyengat.
  • Mempunyai bau wangi aroma yang menyengat (bau madu asli sangat unik…kalau hidu secara terus, baunya naik ke otak dan kita jadi agak pening2 lalat)
  • Warna madu asli adalah sekata (Warnanya sama saja dari atas hingga dasar botol…tidak berbelang, atas warna lain bawah warna lain)
  • Madu asli dalam botol ada seperti gegelang buih dibahagian paling atas permukaan madu.

Cara nak check samaada ianya madu asli ke palsu ialah ;

  • 1- Masukkan madu dalam sudu besi (½ sudu)
  • 2- Hidupkan sebatang lilin
  • 3- Panaskan madu tadi di atas api lilin

** Jika buihnya kecil2 dan sedikit, ianya adalah madu palsu!!
** Jika buihnya besar2 dan membuak2 (macam gunung berapi yang nak meletus tu), maka ianya adalah madu asli!

Artikel lain yang best :