Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBSaya masih ingat lagi, dalam satu ceramah yang saya dengar, seorang ustaz pernah cakap;
“Berkat bukan hanya ada pada harta dan wang ringgit. Tetapi MASA juga ada berkatnya. Masa yang berkat ialah, masa yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Ia tidak dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.”
Sambung ustaz itu lagi,
“Salah satu tanda Allah sudah tidak pedulikan kita ialah apabila masa kita tidak diisikan dengan perkara-perkara yang bermanfaat.”
Begitulah antara kata-kata yang sangat memberikan kesan pada hati saya.
Sekarang, mari kita cuba sama-sama renung dan nilaikan, adakah masa kita terisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat? Atau kebanyakan masa kita habis begitu saja? Tengok TV berapa jam? Berborak-borak kosong berapa jam? Main internet berapa jam? Melepak berapa jam? Adakah masa yang kita lalui adalah masa yang mendapat keberkatan daripada Allah?

Dalam post kali ini, saya ingin berkongsi dengan semua pembaca sekalian tentang petua atau cara yang saya amalkan dalam usaha untuk mendapatkan masa yang berkat. Sama-samalah kita cuba amalkan yer.
1. Bangun awal pagi
Cuba bangun pagi seawal yang boleh. Setidak-tidaknya 30 minit sebelum Subuh. Kalau saya nak senaraikan kelebihan bangun awal ni, memang ada banyak sekali. Namun, cukuplah saya katakan bahawa, kalau bangun awal, kita akan dimurahkan rezeki oleh Allah.
2. Amal baca surah Yaasin setiap pagi
Seboleh mungkin, cubalah peruntukkan masa 15~30 minit untuk baca Surah Yaasin pada setiap pagi. Tak kiralah nak baca sebelum Subuh ker, selepas Subuh ker, dalam kereta masa pergi kerja ker, atau boleh juga dibaca sebelum masuk pejabat. Surah Yaasin banyak sekali kelebihannya. Menurut Ustazah Fatimah Az-Zahra, Surah Yaasin adalah surah yang memudahkan. Sesiapa baca surah Yaasin pada awal pagi, insyaAllah segala urusan atau kerja nya selama satu hari itu akan dipermudahkan. Tak percaya? Cubalah amalkan. InsyaAllah anda pasti akan merasai kesannya.3. Senaraikan kerja yang perlu dilakukan
Pada setiap pagi, sebelum memulakan apa-apa kerja, senaraikan semua perkara atau kerja yang perlu anda bereskan hari itu. Buat perancangan. Tetapkan ‘daily goal’ anda. Buat pelan tindakan. Atur strategi anda dalam menyelesaikan kerja-kerja anda.*Pastikan anda TULIS pada kertas, bukan ingat dalam kepala saja. Sebab, dengan menulis kerja yang anda ingin lakukan, anda tidak akan lupa. Dan tulisan anda itu sebenarnya akan memberikan kesan psikologi yang mendalam kepada diri anda dan memberikan semangat untuk menyelesaikan kerja anda itu dengan segera.
4. Jangan tangguhkan kerja, laksanakan sekarang juga
Tekadkan dalam hati, sentiasa bisikkan pada diri ; “Saya tak akan tangguhkan kerja saya. Saya akan siapkan kerja saya sekarang juga.”Kalau anda berasa malas, berhenti rehat seketika, cuba lihat kembali senarai kerja yang perlu anda lakukan. Sambil lihat senarai kerja anda, cuba katakan pada diri anda, “Saya tak akan tangguhkan kerja saya. Saya akan siapkan kerja saya sekarang juga.”
5. Sentiasa bawa buku bersama anda
Apabila ada saja masa lapang, ketika tunggu bas ker, masa panaskan enjin kereta ker, masa dalam lift ker, masa tunggu giliran di bank ker, buka buku yang anda bawa tu dan bacalah.Percaya atau tidak, dengan amalkan sentiasa bawa buku ke mana saja ini, saya berjaya membaca sekurang-kurangnya 2 buah sebulan.
Sekian, itulah beberapa cara yang saya lakukan dalam mengawal masa saya agar ianya dimanfaatkan sepenuhnya. Anda bagaimana? Apa yang anda buat untuk mengawal masa anda??



















nak hafal surah yasin.. mmg banyak manfaatnya..
nk bangun pagi awal sangat nie yg ssh nie,huhu. hm..nway.. kalau aku salu tdo lewat sebab buat keje macamana pula ek? tp bila tdo lewat buat kje, bangun pun tak dapat awal sangat ler :p
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
1
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 19th, 2010 at 4:53 pm
@mr.eims @ perfume,
try bagun awal, lawan syaitan yang jahat tu.nanti bila dah terbiasa pasti ia akan menjadi satu perkara biasa punyer.
kita yang mengawal masa, jadi mengapa kita boleh katakan yang kita sering terlewat..??huuhu..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
assalamualaikum
alhamdulillah…tq for info di atas.
amalan di atas sentiasa sy praktikkan dlm kehidupan sy setiap hari.
sy fullhouse wife, selain menghantar anak ke kindergaten.sy study di college itulah cara sy mengisi masa lapang sy.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 19th, 2010 at 4:52 pm
@salmi,
sama-sama,
tanggungjawab itu juga merupakan satu perbuatan yang mulia demi kebajikan anak2 puan. semoga panat lelah salmi akan dihargai oleh erka nanti. Amin
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
SALAM..
tma kasih pakar..time skolah dulu…slalu jugak wat list tuk rutin seharian..besanya sy sediakan malam..kalu tak sempat..awal pagi sebelum mandi heheh..memang mudah kalu ada senarai camnih..tak jadi kelam kabut..
tapi skg..dah tak buat hheheh..Insya’Allah pas nh..nak semangat lagi buat senarai cam dulu..sebab memang banyak masa lapang yg x diisi dengan dengan sebaiknya..
p/s : agak payah nak menghafal sesuatu..apatah lagi surah yasin huhuhu..pakar ada tips tak..? (^_^)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 19th, 2010 at 4:58 pm
@ocean,
jika ocean agak sukar meghafal tidak mengapa.tetapi kita boleh amalkan hafalan tersebut sedikit demi sedikit. jika susah sangat ocean degarlah bacaan ayat2 Al-Quran di cd, kaset. itu pun sudah memadai, kerna pahala tika kita mendegarnya sudah pasti ada. tahukah anda ketika kita mendegar bacaan ayat tersebut pasti hati kita akan tenang
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ocean Reply:
March 2nd, 2010 at 1:43 pm
yup..betul betul…betul..
hati jadi sayu ..tatkala mendengar kalimah ayat suci al-Quran dibacakan ..
meskipun tak tahu maksud sebenar ayat al-quran tersebut..
melalui penghayatan ..hati kita boleh terusik..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mm..mase lah paling susah nk jaganye..huhu..
sbb tu ader y ckp..org y sibuk ngn kerja ni pandai uruskan masa+org y berjaya sbb dorg ni x de mase tuk dibazirkan…huhu
bila da sibuk..mesti la kena pndai urus mase…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 19th, 2010 at 4:58 pm
@Asma’,
heheh biasalah tu..tapi kena tanganinya dgn segera..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Asma' Reply:
February 23rd, 2010 at 12:16 am
@surihati_ku,
Mm..InsyaALLAH…=)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sanggat suka artikel kali ini..
di saat saya benar2 memerlukan tips untuk menguruskan masa yang seolah olah tak cukup 24jam/hari.thanks
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 19th, 2010 at 4:59 pm
@anonymous,
sama-sama kembali.
ilmu yang baik elok dimanfaat bersama.tak gitu?heheh
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
..t.ksih…info yg sgt2 brguna =)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 19th, 2010 at 5:00 pm
@ndia,
sama-sama ndia.jgan lupa amalkan yer
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam.saya tertarik dengan idea sentiasa bawa buku bersama.saya selalu tak berkesempatan menghabiskan bacaan sesebuah buku yang dibeli semasa pengajian dan juga sesudah memasuki alam pekerjaan.terima kasih atas idea yang bernas. Semoga Allah memberkati kalian.wassalam
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
huuhu novel sentisa dlm handbeg ku..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Hmm…selama ni saya hanya buat langkah 1, 3 dan 4 saje..lps ni nk cukupkan semua langkah di atas..langkah no 2 selalunya sy buat hr cuti jer..yg no 5 tu langsung xterfikir sblm ni..lps ni nk cuba lengkapkan kelima2 langkah di atas..thanks. pakar.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 23rd, 2010 at 4:08 pm
@Leyna,
adeh..leyna..rugilah jika anda tak bawa sahabat tu kemana2..jadilah cam suri sentiasa bawa buku dimana jua..tak kitra buku kecil, besar sure suri bawak kemana jua..hhe
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam. benar apa yang disampaikan…semoga kita dapat mengamalkannya.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya bab mengawal masa memang susah. lain yg plan lain yg jadi. sebabnya tak ada target jelas. akibatnya masa terbuang sia2.
terima kasih untuk info yg sangat2 bermanfaat utk org memerlukan spt saya…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Following my monitoring, millions of persons all over the world receive the personal loans from good creditors. So, there’s a good possibility to get a credit loan in any country.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
t.kasih atas tip ini…saya mmg perlu uruskan mase ngan sebaik mungkin lebih2 lagi spm dah nak dekAT..
saya harap agar korang bermurah hati utk mndoakan sy berjaya dlm spm…
insyaallah sy akn Doakn anda dimurahkn rezeki..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
September 4th, 2011 at 5:09 pm
@arif zainal,
do the best, and Allah do the rest.
kami doakan semoga Arif berjaya dengan cemerlang.
all the best
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]