Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBAs-salam Jumaat buat semua. Harapan kalian berada dalam keadaan yang sihat hendaknya. Selamat bertemu kembali kepada para pembaca yang dirahmati Allah. Dalam mencipta kebahagian rumahtangga, cubalah anda hayati sebaris ungkapan ini:

Tika sang mentari mulai terbenam di kaki langit, pintu malam pun mulai menyapa menandakan kehadiran giliran sang rang bulan pula. Mentari telah mula melabuhkan tirai malamnya untuk beradu. Begitupun keindahan pemandangan semasa peralihan suasana sebelum malam menjelang, begitu mengasyikan. Langit kelihatan kemerah-merahan dan nun jauh di kejauhan kelihatan sekawan burung-burung berterbangan , balik semula ke sarang masing-masing menurut putaran hukum alam. Hening sekali. Alangkah moleknya sekiranya keindahan pemandanga tersebut dapat berpanjangan. Namun tidak mungkin terjadi, sebab sudah menjadi ketetapan Tuhan.
Manusia sering terlupa bahawa kehidupan ini hanyalah sementara sahaja. Adakah kerana memikirkan kematian semata-mata maka kita tidak perlu meraih untuk memiliki kegembiraan. Jika kita tidak gembira atau tidak tahu bagaimana cara untuk bergembira dalam hidup ini, adakah adil sekiranya kita menyeret orang lain untuk terus merasi seperti apa yang kita rasakan? Kenapa begitu singkat akal fikiran kita? Sesungguhnya semua orang berhak untuk bergembira, baik orang kaya mahupun orang miskin.
Ketahuilah biar apapun taraf pendidikan atau latar belakang seseorang keluarga itu, orang lain tidak ada hak untuk menehan atau membunuh rasa kegembiraan tersebut. Namun dalam realitinya, kehidupan ini tidak semudah yang disangka. Tidak semua yang kita lihat itu, sama seperti yang kita inginkan. Dalam kata lain, tidak semua cantik di mata kita itu adalah sebenar-benar kecantikan dan begitu jua sebaliknya. Kadangkala apa yang kita pegang, belum tentu lagi akan menjadi milik kita dan begitulah selalunya. Sesungguhnya kehidupan ini penuh misteri dan kerana itu kita haruslah selalu berhati-hati dalam setiap tanduk yang kita dalam seharian.

Sahabatku..
Penulisan kali ini agak mendalam dan saya percaya bahawa bahasa kiasan tersebut akan mampu menambah minat untuk kita terus mengikuti nukilan ini sehingga keakhirnya. Sesekali kita menggunkan bahasa sastera, baru ada peningkatan dalam minda kita, betul tak? Orang tua dulu-dulu ada berpesan , yakni ‘kalau berjalan biar sampai menuju batas, kalau belayar biar sampai menuju ke pulau…’ Maksudnya, jika kita melakukan sesuatu perkara biarlah sampai kepada matlamat dan jaganlah ditinggalkan hanya separuh jalan sahaja.
Begitu jua dalam kehidupan berumahtangga, kita sering memandang tentang perkara-perkara yang remeh-remeh sahaja. Kadangkala perkara tersebut tidak membawa keuntungan kepada sesiapapun, namun kerana keegoaan masing-masing maka perkara yang kecil tadi akan terus berlarutan. Cubalah fikir-fikirkan dan selepas beberapa ketika, baru kita mula menyedari akan kebodohan diri kita sendiri.
Maaflah andai adanya golongan hawa diluar sana, banyak rungutan yang Suri terima melalui e-mail, perjumpaan dan sebagainya tentang diri kalian. Kebanyakan kaum hawa (tidak semua), sekiranya mereka bersalah tidak akan segera memohon maaf sekalipun telah terang-terang membuat kesalahan (orang perempuan jagan cepat mudah melenting, sebaliknya kita tanyalah pada diri kita sendiri).
Kita jaganlah sesekali menunggu hingga tiba hari raya, barulah kemaafan akan bertemu dihati suami. Bukan apa Suri khutir juga sekiranya kita tidak sempat untuk memohon kemaafan dan suami pula telah pergi terlebih dahulu mengadap Tuhan. Ha, pada masa dan tika itu sipakah harus kita persalahkan..adakah kita akan menunding jari pada orang lain pula?? Ingatlah sahabatku..perginya dengan membawa seribu luka di hati. Tanpa kita sedar perkara sebeginilah yang sering berlaku dan akhirnya penyesalan sahajalah yang masih berbaki. Malang sekali bukan..Suri tidak bermaksud untuk merendahkan sesiapa, tetapi perkara ini sudah seakan-akan menjadi satu ‘trend’ pula.

Sahabatku..
Dalam kehidupan bersuami-isteri ini, perlakuan bergurau senda bukan utnuk mereka yang baru berumahtangga sahaja. Sepatutnya semakin lama kita berumahtangga, maka semakin intimlah perhubungan tersebut. Sedarkah anda bahawa melalui gurauan dan adegan usik mengusik tadi, akan terus memberi ‘nafas baru’ kepada sesebuah perkahwinan tersebut yang pada mulanya hambar..sepi. Percayalah sahabatku usia perkahwinan bukan sahaja penting, tetapi jauh lebih penting lagi ialah kualiti sebuah perkahwinan tersebut.
Sebenarnya banyak sekali perkahwinan yang telahpun mencecah berpuluh-puluh tahun, pada pandangan peribadi Suri ia sangat hebat namun sebenarnya ia tidak membawa apa-apa makna kepada pasagan tersebut. Mengapa? ia hanyalah lakonan semata-mata dan sekadar mengkaburi mata anak cucu sahaja. Lebih malang lagi jika pencerian tersebut berlaku di kala usia emas.
Mulai sekarang, marilah kita bina semula keyakinan diri dan fokuskan kepada ‘kebahagian hidup’. Berusahalah kita untuk ke arah jalan tersebut. Banyak orang telah berjaya dan memandang kehidupan berumahtangga ini begitu menyeronokkan, kenapa tidak anda??

Berguraulah sebanyak yang mungkin dan inilah sebenarnya satu rahsia kebahagaian dalam inti alam berumahtangga. Selamat melayari bahtera kasih dalam rumahtangga dan semoga ilmu yang cuba Suri kongsikan melalui perunding motivasi Mohd Huzairi Bin Zainuddin ini sedikit sebanyak akan bisa menaikkan seri aura rumahtangga anda kembali.
P/s: Opss..sebahagaian isinya Suri dah adjust sikit agar pembacaan anda akan lebih santai..bermakna



















assalamualaikum
Alhamdulillah…kebahagian rumahtangga juga bukan sahaja terletak pada byknya wang harta kekayaan tetapi harus ada keserasian di antara keduanya suami isteri. untk mengecapi kebahagian berumahtangga selain bergurau senda,pasangan suami isteri harus sentiasa bersyukur kpd Allah SWT atas nikmatNya,pasangan juga harus sentiasa bersangka baik di antara satu sama lain sentiasa mendoakan yg terbaik buat pasangan masing-masing.sentiasa memaafkan kesilapan masing- masing dan jgn ego serta sentiasa bersikap jujur di antara satu sama lain.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 16th, 2010 at 9:07 pm
@salmi,
salam..
benar akan katamu itu salmi..kebaiakn..keburukan kedukaan gembira tawa harus ada dlm rumahtangga..barulah segalanya kemanisan perkahwinan itu akan kita rasai bsma
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
tq kak suri bg nasihat yang baik utk seme pasangan suami isteri diluar sana..juz want 2 say, berbahagialah ng pasangan anda hingga ke akhirnya..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 16th, 2010 at 9:08 pm
@najihah,
salam manis..
sama-sama..alhamdulillah Amin..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salamualaikum
Alhamdulilah…terima kasih,pratikkan dlm kehidupan kita seharian supaya kita beroleh kebahagian dunia dan akhirat…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 17th, 2010 at 4:15 pm
@salmi,
sama-sama salmi..
semoga ilmu yang manfaat akan bisa merubah ke alam rumahtangga anda akan lebih bermakna lagi..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
..artkel yg sgt2 mnarik…dn mgkin akn dpt mmbntu psngan2 dlm mlyari kbhagiaan rumh tgga,,,,……….. =)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 17th, 2010 at 4:16 pm
@ndia,
hai ndia,
harap-harap begitukah hendaknya..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam
Alhamdulillah…tq for info
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 19th, 2010 at 5:04 pm
@salmi,
sama-sama salmi..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
‘kalau berjalan biar sampai menuju batas, kalau belayar biar sampai menuju ke pulau…’
suka dengan pepatah ni. kalau matlamat dah ada, usaha ler. jangan biar semuanya hancur ditengah jalan. lebih2 lagi jika bercakap mengenai rumah tangga. bukan senang jalan yang dah diharungi. Jadi usahalah untuk mengekalkan kebahagiannya. huhu..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 17th, 2010 at 4:17 pm
@mr.eims @ perfume,
hai mr.eims @ perfume,
suri pun suka juga akan pepatah tu. ia mengigatkan suri pada rumahtangga yang dibina tu birlah berkekalan sampai ke akhir hayat hendaknya.Amin
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
adakalanya kemaafan adalah hukuman yang paling mujarab untuk menginsafkan pasangan yang pernah melukakan hati kita.. peluang kedua yang kita beri, sedikit sebanyak akan membuka matanya untuk lebih menghargai kita sebagai pasangannya.. melayar hidup suami isteri bukan semudah dalam khayalan, ia memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit.. hargai lah pasangan anda sementara dia masih ada, selalu lah beri kemaafan dan meminta maaf padanya.. mana tahu, esok sidia sudah tiada untuk menemani..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
penulisan yang sangat teruk. sila perbaiki bahasa anda. Kesinambungan yang sangat lemah dan penggunaan istilah yang kurang tepat.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]