Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBSalam mesra kepada semua pembaca blog PakarHowTo. Saya minta maaf kerana akhir-akhir ni jarang benar saya update blog ini dan balas komen anda semua. Bukan apa, saya banyak kerja out station laa ni. 2 minggu lepas saya ke Jepun selama seminggu. Balik dari Jepun, saya kena demam + selesema pulak. Sebab tu lah saya jarang sekali menulis dan balas komen serta email anda semua.
Saya harap anda tidak jemu menjenguk ke blog ini dan memberikan komen. InsyaAllah lepas2 ni saya akan cuba untuk update blog dengan lebih kerap lagi.
OKlah, dalam post kali ini saya akan kongsikan dengan anda tentang kesilapan yang sering dilakukan dalam hal berkaitan dengan aurat wanita.

OK ker pakaian saya cam ni?
Info ini saya dapat hasil pembacaan saya dari satu artikel yang dikirimkan oleh murni noni (murnizm@gmail.com). Saya rasakan info nya sangat bagus dan perlu diperhebahkan kepada seramai orang yang boleh. Jadi, saya kongsikan info tersebut. (*Saya hanya ambil poin-poin yang penting-penting saja).
KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT
Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-
KESALAHAN PERTAMA :
Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA :
Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA :
Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT :
Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
KESALAHAN KELIMA :
Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM :
Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH :
Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN :
Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)
KESALAHAN KESEMBILAN :
Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
KESALAHAN KESEPULUH :
Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja dia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya. Kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.
Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : “Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” (al-Ahzab: 32)
Pakailah tudung mengikut syariat sebenar
Sekian, semoga saya dan kita semua dapat beringat dan amalkan apa yang kita tahu.



















sekiranya kita menjaga hak Allah…
Allah juga akan menjaga hak kita….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
December 22nd, 2009 at 10:50 am
@Asma’,
yaaa…benar….benar sekali!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
anna Reply:
January 6th, 2010 at 1:32 pm
@Asma’</
btoi2
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
bertudung sekarang ni seolah hanya satu trend..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
hasnah Reply:
December 27th, 2009 at 7:07 pm
@ct maliha, menutup aurat bagi smua wanita dan perempuan islam adalah wajib,dalam hukum syarak ini adalah ibadah kepada Allah..rujuk kepada hadis2..mengenai aurat wanita islam.. takut kalu tengok dan dengar siksaan Allah…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
December 29th, 2009 at 12:02 pm
@hasnah,
salam hasnah..
suri setuju dengan pandagan anda tu..bayangkan diakhirat kelak..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ct maliha Reply:
January 3rd, 2010 at 11:24 am
@hasnah, betul tu hasanah, tapi sayang tak semua wanita islam memahami erti bertudung yang digariskan dalam islam… mereka merasakan dengan adanya tudung dikepala dah mencukupi untuk menutup aurat dan mengambarkan mereka itu islam tanpa mengambil kisah hal2 lain seperti dalam artikel di atas.. bertudung tapi jarang, baju berlengan pendek, kain terbelah dan macam2 lagi.. bila ditegur kita plak ditempelaknya…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
yati Reply:
January 9th, 2010 at 1:39 pm
masyaallahh..xfhm knp ada pompuan yang mengutuk2 pompuan lain kerana mendedahkan aurat..tp xdisedarinya cara die berpakaian wlupun bertudung tapi dada dedah,punggung nampak lurah..ape beza agaknye??hmm..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
jika kita mengaku kita beragama islam menjahui larangan Allah berbuat baik kerana Allah maka menutup aurat termasuk dalam beribadah kepada Alalh,maka kita lakukan kerana Allah
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
December 29th, 2009 at 12:08 pm
@hasnah,
Hai..hasnah..
Insyallah perkara yang baik jika dilakukan dengan niat hati yang ikhlas pasti kita akan mendapat pahala dariNYA..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Begitulah indahnya Islam menjaga maruah wanita di mata orang bukan ajnabi. Tetapi hakikatnya sekarang wanita yang menjatuhkan kemuliaan mereka sendiri. Bila aurat sudah ditonjolkan apa lagi istimewanya wanita pada lelaki apabila bergelar isteri.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
December 29th, 2009 at 12:16 pm
@Motivasi Kerja,
As-salam..Motivasi Kerja
em, benar tu saya sokong pandagan awk..
bila segala perkara dihidangkan depan khalayak ramai sudah tentu harga diri wanita itu sendiri rendah..
apatahlagi tentang hukum hakam dibuatnya main-mainhakikatnya mereka tahu mana satu dosa dan pahala..
aduh..beringatlah kita akan siksaan api nereka yang pedih lagi tiada belas kasihan terhadap umatnya yang sengaja melupakan janji-janji Allah swt….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ermm… bersarung kaki? mengapakah kt malaysia mcm x di praktik kn pn? ada kah ia berbeza pendapat ulamak? sebab sy tgk mak2, makcik2 , nenek2 malah ader ustazah2 pn x memakainya…. ermmm…. sape tau?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
z
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
assalamualaikum…sye suke bace artikal ni.. banyak yg kena pde saye yg perlu sye ubah.. tp sye xsesempurna mana.. cume sedikit demi sedikit sye berubah dengan ikhlas hati saye.. azam saye juge sye berharap saye dpt muhasabah diri… terbaik buat saye… alhamdulillah sedikit demi sedikit sye rse tenang… dri segi pemakaian insyaallah saye akan berubah kepade yang terbaik..semoga tercapai hendaknya…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam..
lambakan fesyen (termasuk cara, jenis fabrik) bertudung dan berpakaian masa kini daripada inspirasi barat dan orang-orang kafir telah berjaya mengakis nilai-nilai islam. Ini termasuklah cara berpakaian dan bertudung. Sebagai Islam, kita sepatutnya mempunyai jati diri yang sebenar…..
Persepsi cantik juga telah berubah….daripada yang bertudung kepada yang membuka aurat… fikirkan….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
assalamualaikum
sy suka benar info ini,ia menginsafkan sy.
azab dan balasan dr Allah amat pedih wahai muslimah.
peliharalah auratmu sebaik sebaiknya…..patuhi perintah Allah.jgn byk soalan.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
huhuhu….tQ
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam, Sangat berguna buat kaum wanita hari ini, semoga ia dapat menjadi panduan kita bersama dalam sama-sama menegakkan syiar islam.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
@munauwarah,
benar tu..sb kita ni tika berfesyen lupa dir skit..huhu..kekadang tak sedar tang dah tertunjuk..so ingat2 lah dosa tika kita mendedah aurat..huhu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
assalamu’alaikum..
mtk izin utk copy..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
When you’re in a not good position and have got no cash to move out from that point, you would require to receive the business loans. Because that will aid you unquestionably. I get collateral loan every time I need and feel OK because of this.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]