Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBAllah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata:
“Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.”
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak”
Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”
Kemudian Jibrail a.s berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…”
Kemudian Jibrail a.s meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ”
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. ..”
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Petikan dari Jabatan Agama Islam Perak



















terima kasih menyiarkan artikel2 yang bermanfaat sebagai makanan minda..sebagai manusia, cari lah rehda Allah di kesempatan yang ada.hidup terlalu singkat utk disia2kan dengan perkara yang merugikan..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
January 25th, 2010 at 11:20 am
@najihah,
salam ceria..najihah
sama-sama najihah..
mana ilmu yang menarik tu bolehkah kita mempertingkatkan amalan kita lagi..
benar tu najihah.carilah keredahaan takala kesempatan kita masih ada di bumi ini lagi sebelum ajal menjemput tiba..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sesungguh nya kita sering leka dan lupa terhadap Allah..sedangkan Allah yang memberi kita segala-galanya
marilah berubah dan renungkan artikel ini..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
January 25th, 2010 at 11:22 am
@umar,
As-salam umar
MANUSIA..seringkali apla dengan apa yang ada disekelilingnya..semuga post yang dipersembahkan ini akan mendekatkan keimanan diri kita kepadaNYA.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
As Salam
Moga2 kita menjadi hamba dan umat yg taat pada perintah Allah s.w.t dan dijauhkan drpd azab siksa neraka..insya-Allah…tkasih atas dgn info utk dikongsi bersama
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
January 25th, 2010 at 11:26 am
@Nani,
pagi! Nani..
Amin.semoga kita tergolong dalam orang-orang yang beriman.
Sama-sama Nani. Hanya ilmu pengetahunalah akan membentukkan minda dan pemikiran kita dengan lebih meluas lagi
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam…. tq
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 1st, 2010 at 12:18 pm
@emma,
as-salam emma..
sama-sama..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Mulianya kita manusia sbg umat nabi Muhammad s.a.w
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 1st, 2010 at 12:19 pm
@Leyna,
kerna itulah kita harus bersyukur ketas apa yang telah dikurniakan pada kita..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sesungguhnya terlalu besar kasih sayang ALLAH S.W.T terhadap kita..namun mengapa kita masih tidak mensyukuri segala pemberiannya dan masih leka dibuai nikmat dunia…ya ALLAH ampunkanlah dosa kami semua dan terimalah kami sebagai hambamu…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 1st, 2010 at 12:20 pm
@enarian,
hai..enarian
sesungguhnya kita hanyalah manusia yang lemah disisinya..semoga amalan yang kita lakukan akan mendapat keberkatan dariNYA..diterima olehNYA. Amin.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
besarnya ganjaran yang ALLAH jnjikan utk kita…
sesungguhnya ALLAH Maha Penyayang dan Maha Pengampun…
SubhanALLAH…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 1st, 2010 at 12:21 pm
@Asma’,
Sesungguhnya Allah Itu Maha Besar.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Sungguh Luas..Ilmu Allah s.w.t..
tq..ngan info yg dikongsikan bersama.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
rahsia yg tersembunyi,,,
cuma hamba yg bertakwa mampu merungkainya…
wallahualam
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
terima kasih kerana telah menambah pengetahuan saya tetapi alangkah baiknya jika disertai dalilnya maksudnya kisah tersebut didapat dari hadist nabi atau darimana sumber yang sah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 1st, 2010 at 12:22 pm
@sky,
salam sky..
sama-sama.ilimu ini saya dapat dari jabatan agama islam perak. Maaflah sb suri tidak dapat nak selitkan dalilnya kerna apa yang ada itulah suri persembahkan pada anda semua..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Tulisan yang bagus
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
semoga allah taala menanugerahkan kepada kita kefahaman dan ilmu yang luas tentang rahsianya.Dan yan paling penting kita mesti ada sifat rendah diri.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]