Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB
Sering kita baca didada akhbar mengenai kesamarataan gender yang dikemukan oleh pelbagai pihak wanita. Penulis bukan hendak menyatakan wanita tidak mempunyai hak di muka bumi ini. Bagaimanapun, seringkali hak-hak wanita jua yang diperjuangkan.
Sedangkan golongan lelaki berdiam diri dan membiarkan semua ini berlaku. Tidak dinafikan terdapat lelaki yang ‘durjana’ mempergunakan dan memperlakukan wanita seperti binatang.
Di kala wanita sering memperjuangkan hak-hak mereka, tetapi adakah mereka sedar terlalu banyak keistimewaan dan kelebihan yang diberikan kepada mereka samada melalui masyarakat mahupun kerajaan. Penulis tidak mahu membincangkan perihal ini dari sudut agama. tidak mahu topik agama yang diberatkan. Bukan bermakna penulis seorang sekularis.

Terlalu banyak hak wanita yang terpapar dan ada di dalam masyarakat. Kementerian wanita, koc keretapi khas wanita (di jepun), hospital wanita dan sebagainya. Hak lelaki cumalah tandas lelaki. Benar x?
Lelaki jua sering ketinggalan dalam cara berpakaian. Kod etika berpakaian lelaki samada di pejabat atau di ruangan kerja yang lain adalah sama. Berkasut dan berkemeja. Sedangkan wanita yang kepejabat bagaikan bukan kesalahan jika memakai pakaian yang pelbagai dan memakai sandal atau kasut yang tidak bertutup. Fesyen menjadi alasan utama.
Masihkah wanita ingin mempertahan dan meminta pelbagai kelebihan dan kemudahan yang diberikan berbanding LELAKI….???
Apa yang anda ingin perjuangkan sebenarnya wahai kaum wanita? Apa yang anda cari? Apa yang anda kejar?




















apa yang saya cari?
saya cari seorang lelaki yang dapat memberikan kebahagiaan kepada saya…
dunia & akhirat!
awak rasa awak layak tak sang penulis? huhu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
wahai penulis adakah anda sebagai lelaki rasa terpinggir ? Tahukah anda kebanyakan keputusan yang dibuat di dalam dunia ini biasanya ditentukan oleh lelaki. Peranan Lelaki dalam pelbagai sektor memang dominan. Contoh yang paling simple ialah dalam rumahtangga.keputusan banyak dibuat oleh pihak suami.
Wanita bukan mahu adil dalam segala segi. Perjuangan gender di negara ini bukanlah berlandaskan pemikiran barat. Wanita masih tahu batasan agama. Cuma wanita mahu suara dan pendapat mereka didengari.
Kesaksamaan gender itu bererti setiap kita sebagai wanita dan lelaki tahu dan faham peranan masing-masing sesuai dengan fitrah kejadian kita diciptakan. Jika lelaki dan wanita saling bekerja sama barulah kesejahteraan boleh dicapai.
Lelaki pada masa kini harus memainkan peranan mereka terutama dalam keluarga kerana kelemahan dalam mentadbir dan memimpin keluarga menyebabkan timbulnya pelbagai gejala sosial. Jadi sebagai lelaki anda harus sedar akan hal ini.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
apa yang kami cari???? sebagai wanita kami hanya ingin kan hak kami sebagai wanita.kenapa dalam dunia ni hanya manusia yang bergelar lelaki sahaja yang berhak bersuara??? kenapa hannya lelaki yang berhak membuat keputusan??? wahai tuan/puan pakarhowto sila lah jawab.. sekian wassalam
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
haha…tersenyum saya membaca entry kali ni..
wah wah wah UPAK….bukan main ko skang ek…
setelah sekian lama menyepikan diri…
tup2…keluar entry camni…
apa sebenarnya yang bermain di fikiran ko ni UPAK?
apa2pun…
aku sedikit terhibur dengan tulisan terbaru ko ni…
well done…
teruskn menulis dgn isu2 yang lebih hangat lagi yer UPAK.
WELCOME BACK BRO!!!
*p/s-
UPAK, aku serahkan kepada ko untuk menjawab setiap persoalan/pandangan
yang dikemukan oleh para peng’komen’ entry ini….get ready wey….ko bawak
isu yang agak sensitif camni saper suruh….
skang, ko jawab la persoalan yang diorang kemukakan…huhu
utk pengetahuan ko, pembaca blog ini, 80% adalah kaum wanita…tau?
so, bersiap sedialah utk kena tembak….hahaha
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
encik UPAK…berdasarkan ape yg encik UPAK tulis saye dapat rasekan angin2 ketidakpuasan hati dari en.UPAK well sebagai manusia kita perlu terima QADA’ dan QADAR tuhan..en.UPAK pernah x en.UPAK tengok org lelaki datang keje pakai baju kurung??
kalo saye,saye belum penah tengok lagi ini kerana baju kurung di cipta hanya untuk kaum wanita.. di sini saye ingin menegaskan bahawa kita sebagai manusia perlulah menerima hakikat bahawa setiap ciptaan tuhan itu ada keistimewaan dan kekurangan di dalam dirinya…en.UPAK kasut yg bertumit tinggi dan tidak bertutup memang di reka oleh desingner2 dunia untuk wanita
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
en UPAK,
kita kena redha apa yg berlaku, terima qada dan qadar.
apa pun yg berlaku, setinggi mana pun darjat kaum hawa, kaum adam tetap ketua keluarga.
sekian.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saudara upak.
tak usah risau, tak usah bimbang pasal hal gender ni…tentang peranan dan tanggungjawab seorang wanita dan seorang lelaki tu dah jelas dalam ajaran Islam…Allah dah tetapkan hak/tanggungjawab masing2 sesuai dengan fitrah masing-masing…yang penting, semua kita ini mesti ikut ajaran agama kita…jangan terpengaruh dengan cara barat…cara orang kafir….kalau kita ikut, kelam kabut lah jadinya…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sesungguhnya hidup seseorang lelaki tidak sempurna tanpa seorang wanita……so..sy rasa isu ni da biasa kita dengar,yang pasti setiap manusia memg tak pernah puas dengan apa yang dimiliki….syukur,syukur…..bangga la dengan diri sendiri,bkn pertikaikan sapa yang lebih berhak…tak kira la girl or boy yang penting diri kita ok….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam UPAK :
Kaum Hawa sama juga spt kaum Adam inginkan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Walaupun wanita dilihat spt dapat banyak keistimewaan, tak juga sbb ramai wanita yg bekerja balik kena memasak, mengemas, uruskan pakaian keluarga dan banyak lagi tanggungjawab. Kena pulak suami tak suka nak menolong…. lagi kesiankan..
Satu lagi, kena ikut perintah suami kalau tidak, tidak mendapat keredhaan Allah… Walaupun kadang2 terpaksa korbankan cita2 sendiri….
Inilah kehidupan kena tolak ansur barulah kebahagiaan dapat dikecapi…
Wassalam.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam,
huhuhu..berani ek bwk isu cam ni…
dah memang fitrah manusia…berhias ..memang sinonim dgn kaum hawa..tak kira la ikut pesen ker…ikut ati ker…
lelaki..berhias?..ikut pesen…nak pesen cam na..?
agak2 encik upak la kan..boleh ker orang laki ni berhias cam orang pompuan..?..ikut pesen..macam pompuan…?
yang penting bersederhana ,cukup lah…
oh ya nak kejar untuk apa..?..untuk idop lah…kalau lah dah tak da lelaki sbg ketua keluarga..sapa nak bagi makan..
al-maklumlah sekarang ni pun jumlah kaum hawa melebihi kaum adam ..kalau dah jadi cam ni..masih nak harap lelaki lagi ka?…
kita semua ada hak dan peranan masing2…jadik x payah nak runsing pasal isu ni…terima lah seadanya kejadian kita….
……………………
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Leyna Reply:
March 6th, 2010 at 12:06 pm
@ocean, sokong ocean..kita semua ada perana masing2..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalammualaikum dan salam ceria en. UPAK,
Isu ni memang hangat sekali…apa yang wanita cari ialah hidup berkasih sayang, bertanggungjawab dan perhatian…
Senyum dan ceria selalu…(ini yang penting)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
En. UPAK… untuk pengetahuan tuan walaupun banyak badan membela wanita tapi berapa peratus wanita yang tampil bersuara… masih ramai yang berselimut dengan masalah ketidakadilan ini…. cuba En. UPAK terus mengkaji… kenapa ada inisiatif tingkatkan kuasa keadilan mahkamah syariah? berapa lagi isu yang masih tertungak? kuasa bukan ada pada pertubuhan atas nama sahaja tetapi… sejauh mana keberkesanan sesuatu pertubuhan itu…… bangkitlah kaun wanita jangan biarkan diri terus ditindas…… suarakan hak wanita… ALLAH S.W.T akan memakbulkan doa insan yang teraniaya seperti kita ini…….. Kasihani lah kami wahai LELAKI berkuku BESI…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Terima kasih kepada semua yang memberi pandangan tentang isu ini.
Bukan niat penulis ingin mengasari mana2 pihak.
Sekadar ingin mendapatkan pandangan mengenai sedikit sebanyak isu wanita.
Tidak dinafikan banyak pengabaian dan penganiayaan terhadap wanita yang dilakukan oleh sesetengah lelaki.
Benar masih banyak isu melibatkan wanita yang perlu diketengahkan lagi.
Terima kasih diatas pandangan dan nasihat yang diberikan.
Semoga berjumpa lagi di artikel yang lain.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam,
saya bersyukur temui ruangan ini .
alhamdullilah berjumpa lagi .
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam,
bersyukur saya temui ruangan ini
tak reti ape na komen .
yg pentg bersyukur lah sangat2 .
ok , .aslmulaikum . .
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]