Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBSekadar renungan, buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang.
Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun…
“Mana emak? ”
“Mak pergi menoreh,” jawabnya.
“Mana bapak?”
“Bapak pergi kerja…”
“Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?” Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
“Adik ini sayalah yang jaga.” Jawab budak berkenaan.
“Awak ada berapa orang adik-beradik?”
“Sepuluh.”
“Adik ni yang ke berapa?”
“Saya yang kelapan.”
“Mana abang-abang kamu pergi?”
“Tolong emak menoreh.”
“Adik puasa hari ini?”
“Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari…” Jawabnya.

Gambar ini adalah sekadar hiasan...
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu. Lalu aku bertanya lagi “Adik bersekolah dimana?”
“Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..”.
“Bapak kerja apa?”
“Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa “.
Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar.
Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu.
Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit “Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!”. Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.
Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.
“Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik..”
Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.
Dia berkata ; “Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat.”
Aku bertanya lagi “Upah menoreh berapa makcik dapat?”
“Cuma RM3.00 sehari.”
“Ayahnya bekerja macam mana”
“Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari.”
Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah.
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya “TAK SEDAP”? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.
Kisah ini diterima melalui email dari sahabat saya, saudara Amin Fadzlan (hulk_19822000@yahoo.com) pada 29 Ogos 2009.



















Pakarhowto, keluarga tu tinggal kat mana? Kawasan Parlimen mana? Kalau saya wakil rakyat mereka saya akan letak jawatan sungguh memalukan, dia orang berselimut dengan kain BARISAN NASIONAL tu ke? Kemana perginya orang2 yang diamanahkan untuk menjaga kebajikan mereka2 ni … Kesiannya… Masih ada lagi ke orang yang macam keluarga ni di zaman kita MERDEKA ke 52 tahun…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
September 1st, 2009 at 12:14 pm
@neesah,
maaf, kisah ni bukan saya yang tulis.
saya hanya kongsi kan kisah ni untuk peringatan bersama.
jadi, saya tak tau keluarga tu di mana, dan kawasan parlimen mane…
dan untuk maklumat,
gambar itu adalah sebagai hiasan saja…
bagi saya,
yang pentingnya ialah…
kita kena la ambik pengajaran daripada kisah ini…
KITA WAJIB BERSYUKUR DENGAN APA YANG KITA ADA.
dan
BANTULAH ORANG2 MISKIN dan ANAK2 YATIM setakat yang termampu…
itu mesej utama saya kongsikan kisah ini…
harap maklum.
terima kasih
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
hasliza Reply:
September 3rd, 2009 at 9:40 am
kisah ini mendatangkan keinsafan kepada pembaca, sesungguhnya kita haruslah bersyukur di atas nikmat tuhan…
jagnlh membazir terutamanya di bulan puasa ini kerana dikala kita bersuka ria menjamu selera namun ada indan len yang berduka.. bantuah mereka setakat yg kita mampu..janganlh bermegah sekiranya kita kaya kerana kekayaan itu hanyalh sementara dan pinjaman daripada Allah shj…
sy harap dapt mempemerkan lebih byk kisah2 yg memberi pengajaran kepada kita.. sekian terima kasih
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
SHMY Reply:
December 1st, 2009 at 11:04 pm
sya rasa sya tau dorg tinggal d mana sbb gmbr tu mcm familiar sgt..mmg bgtula khidupan mereka yg sebenarnya..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Hello Cik Puan Neesah,
Jgn nak kait kan dgn BARISAN NASIONAL pulak yer..
Ini boleh mendatangkan marah
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Pakarhowto… betul ke cete ni mcm tak caya je. Mat Indon dan minah indoh pun kaya raya duduk kat Malaysia ni, ada yang pakai kete pun ada.. paling2 sengkek minah indon yang keje kat kedai runcit pun gaji RM400.00 sebulan kalau tukar ke duit diorang jadi jutawan..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
September 1st, 2009 at 1:31 pm
@neesah,
saya tak pasti kisah tu benar atau rekaan,
tapi seperti saya katakan,
yang lebih pentingnya ialah,
kita kena sentiasa beringat dan prihatin
terhadap nasib orang2 susah di sekeliling kita.
dan kita kena BANYAKKAN BERSYUKUR
dengan apa yang kita miliki…
ceria selalu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Pakarhowto, lah gambar tu hiasan je tulis le hiasan je saya ingat betul2 tadi.. Maaf le kepada sapa2 yang terasa tu ye.. Saya selalu menginsafi dan bersyukur walaupun tak le mewah sangat ala kadar je..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
September 1st, 2009 at 1:34 pm
@neesah,
maaf yer…
saya dah terlupa utk letakkan ‘gambar sekadar hiasan’.
anyway, saya dah masukkan perkataan tu.
minta maaf semua kepada yang tersalah sangka.
sorry yer ;(
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Kisah yang dipaparkan sungguh menginsafkan dan mengajar kita bersyukur terhadap kehidupan kita. Sebenarnya masih ada insan sebegini di celah kehidupan masyarakat kita yang dikatakan agak mewah pada masa kini. Ini berdasarkan pangalaman saya sendiri yang bekerja sangat hampir dengan golongan ini. Pelbagai cerita dan derita yang dikongsi dan ini sangat menjadikan kita seorang yang menghargai apa yang kita ada dan mensyukurinya. Bagi semua bangkitkan keprihatinan anda untuk membantu golongan yang memerlukan terutamanya dalam bulan Ramadhan ini.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
September 2nd, 2009 at 4:13 pm
@tanpa nama,erm betul tu tanpa nama dibulan puasa nilah kita bolehlah banyakkan bersedekah dimasjid..disurau..asalkan hati ikhlas..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam petang..
Terasa kerdilnya diri nie..ia mengingatkan/mengajar saya agar jangnlah membazir barang makanan, minum sekalipun..kerana ia adalah sumber rezeki yang halal keluar dari hasil titik peluh kita..
Apatah lagi insan yang hidup dalam suasana yang serba serbi susah.. mereka sanggup menggunakan kembali barang makanan dengan sehabis baik yang boleh..
Rupanya masih ada insan yang lebih susah , sesusah begini..moga ada sinar cahaya buat mereka sekeluarga..AMIN.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
kesian.. jika ada keluarga yang macam ni dalam penempatan kita, bantu la ia. bukan dari segi kewangan je, tapi dari segi ilmu untuk memajukan diri juga.. nampak keluarga ni macam diambil kesempatan je… ialah dapat upah noreh getah rm3.00 je? sedangkan harga getah mahal jugak sekarang ni.. sepupu saya sampai dapat beli keta untuk bawak pegi menoreh…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
September 3rd, 2009 at 4:38 pm
@ct maliha,begitulah ct maliha.kehidupan manusia segalanya mungkin berlaku tinggal lagi kita sedar atau tidak mereka telah laluinya lebih perit, susah berbanding kehidupan kita yang lebih baik dari mereka..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
SALAM…sedih dan teharu bila baca cita macam ni. insaf saya membacanya, bila mengenangkan saya juga selalu buang makanan kalau dah tak lalu nak makan lagi n dah tak da sapa nak makan. kalaulah saya jumpa orang yang cam ni dah tentu saya akan bagi apa2 keperluan buat meringankan beban keluarga ni. cian betul rasanya…. cam ne pula raya bg anak-anak kecil ni mesti tak semeriah kita yang cukup semuanya….. Apa pun semoga Allah melimpahkan rezeki buat mereka di syawal yang akan menjelang tiba tidak lama lagi…..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
muhasabah diri dengan cerita ini..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]