Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBSering kali kita terbaca pabila minyak naik harga, pengangkutan awam akan dicadangkan bagi menggantikan kenderaan persendirian. Lupakan tentang ketepatan masa yang sehingga kini menjadi persoalan tabu dalam sistem pengangkutan awam di negara kita.
Ingin saya bicarakan di sini mengenai tahap kebisingan pengangkutan awam yang sering kita gunakan seharian. Baru-baru ini saya menggunakan pengangkutan awam untuk ke bandaraya. Saya menggunakan bas,komuter dan LRT. Semuanya punyai tahap kebisingan yang agak tinggi.

Bas buruk bunyinya bising
Sering terfikir dibenak saya, apakah tiada cara mengatasi kebisingan ini?
Demi keselasaan orang ramai supaya tidak jadi pekak. Terdapat akta yang melindungi pekerja tentang tahap kebisingan. Iaitu Akta 139( Akta Kilang dan Jentera) 1967, Peraturan Pendedahan Kebisingan 1989. Sila rujuk pautan dibawah untuk pendedahan tahap kebisingan yang dibenarkan.
http://www.dosh.gov.my/Informasi/PeraturanAKJ/pua0001y1989sc001.pdf
Dalam akta ini dinyatakan tahap kebisingan maksimum bagi setiap pekerja bagi sela masa yang tertentu.
Bagaimanapun, bukan tentang pekerja yang ingin saya bincangkan kerana akta ini hanya terpakai di kawasan kerja sahaja dan BUKANNYA KE TEMPAT KERJA. Kadang-kala ia mengambil masa berjam-jam bagi kita untuk ke tempat kerja, tetapi tahap kebisingan enjin pengangkutan awam saya kira boleh menyebabkan tahap pendengaran berkurangan.
Setakat yang saya ketahui, belum ada lagi kajian mengenai perkara ini didedahkan oleh mana-mana pihak berwajib mahupun ilmiah. Saya kira ramai yang bekerja di kawasan kilang pernah melihat pemantauan tahap kebisingan yang dijalankan di sesuatu tempat atau pada seseorang pekerja.
Seperti juga kemalangan ke tempat kerja, ia tidak dilindungi dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan dan Akta Kilang dan Jentera. Tetapi masih dilindungi Perkeso.
Adakah tahap pendengaran berkurangan disebabkan menaiki bas baoleh mendapat pampasan seperti mana penyakit pekerjaan yang jelas berlaku di tempat kerja.
Saya berharap supaya satu kajian khusus dapat dilakukan demi penambahbaikan kepada nilai kehidupan kita.
Sila beri komen.
Oleh : Upak @ Hakimi ( firdaus5979@yahoo.com )



















no komen…..
man’s last blog post..SELESAIKAN MASALAH INI
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
telinga ku lg bingit bila dengar mak tercinta berleter
he…he.. jgn marah mak!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
July 2nd, 2009 at 4:13 pm
@Dar,
hehe…tergelak saya membaca komen awak…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
semoga Malaysia menuju negara maju
BAGAK’s last blog post..Blogger Tandas
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
hakimi Reply:
July 2nd, 2009 at 8:50 am
@BAGAK, Insya-Allah Malaysia akan kadi negara maju, dan semoga kelestarian alam sekitarnya terpelihara.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
July 2nd, 2009 at 3:37 pm
@BAGAK,
insyaAllah…amin
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Em betul tu, saya bersetuju.
Mungkin sebab di Malaysia, kenderaan yang dah uzur teruk pon masih dipakai hingga kini, dimana kenderaan ini cthnya bas awam, mengeluarkan asap yang kotor dan bunyi bising. Mandatangkan pencemaran alam dan pencemaran bunyi sekaligus.
Walhal di Singapura, kerajaan di sana apabila kenderaan telah mencapai 5 tahun telah diganti,kalau kita lihat, bas di sana pon tidak mengeluarkan asap yg hitam spt di sini. sekadar mengambil contoh yang baik dari mereka, bukan mengagung2 kan mereka.
Kerajaan kita bukan tak boleh buat mcm Singapura, boleh kan tapi tak tau la kenapa tak buat..kita punya penguatkuasaan lemah, tak tegas. Denda buang sampah merata-rata pon murah jer. Kalau Melaka dendanya RM10, di Kuala Lumpur RM30. Murah betul kan.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam
just nk share, bkn sume org yang ade hearing problem dapat pampasan.
yg blh dapat adalah mereka yang occupational noise induce hearing loss with hearing impairment only.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
yuNie eNriQuez Reply:
February 4th, 2010 at 9:50 pm
@miss,
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saLam….. juZ nak mntA bg info lbih dlm ar sal isu ni…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]