Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Kongsi artikel ni di FB

Cerita ini dikongsikan oleh salah seorang pembaca blog PakarHowTo yang saya terima melalui email.

Pengalaman Pertama Apabila Anak Pergi Ke Sekolah…

Selama ini saya hanya tengok dalam TV jer ragam budak-budak yang baru masuk alam persekolahan ni. Tahun ni saya merasai sendiri pengalaman tersebut. Seronok dan kelakar juga rasanya. Entah-entah, saya dulu pun macam itu juga perangainya. Hehehehe. Entahla, dah lupa pengalaman kali pertama masuk sekolah dulu-dulu.

Anak saya baru berusia 5 tahun. Namun saya mah dia ke sekolah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), alaaa lebih kurang macam tadika la gitu. Dia OK tak menangis. Cuma hari pertama, kena tunggu sampai habis waktu sekolah jugak la.

Hari kedua, dia pergi naik van. OK jer takde masalah. Tapi masa balik, dalam pukul 11.30pagi, hati saya berasa tak sedap. Nak kerja pun rasa semacam jer, tak menjadi. Ni tak boleh jadi ni, saya kena pergi tengok dia sekejap.

Sangkaan dan naluri seorang ibu selalunya memang tepat. Anak saya boleh ternaik van lain daaa. Apa lagi, gelabah gila la saya. Mana nak cari van tu??

Dalam masa 10 minit kemudian, van tu muncul semula dekat sekolah. Driver tu hantar anak saya dan ada 3 orang lagi member dia kat dalam van tu. Nasib baik la pemandu van tu kenalan suami saya.

Aduh masa tu, rasa nak cubit-cubit jer anak saya tu. Tapi anak saya, dengan selambanya turun dari van dan berkata ;

“Ibu…ibu….Kakak tersilap naik van laaaaa….”

Alahai Nur Qistina Sufia….Boleh meroyan ibu kalau macam ni. Apa pun, Alhamdulillah semuanya dah OK.

Kini hampir 5 hari bersekolah, setakat ini semuanya OK jer tiada masalah. Tapi pagi-pagi tu, memang ‘siren perang’ akan berbunyi jugak laaa. Nak buat macammana kan….hehe.

Alahai anakku…

(* Ingin membaca cerita sedih, gembira, cerita geram dan pelbagai luahan perasaan lain? Sila berkunjung ke blog baru kami di LuahanPerasaan.Co.Cc )

Tulisan : izan mohamad (izanperkaya@gmail.com)

Artikel lain yang best :