Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBSaya tak ingat di mana saya dapat kisah ini. Namun, oleh kerana kisah ini meninggalkan kesan yang mendalam kepada jiwa saya, maka saya kongsikan dengan korang semua. Bacalah…
Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan.
Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.
Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang
tersebut penuh,dan pelajarnya menjawab “ya!”.Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan
menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf.Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab “ya…”
Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf.
Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab “Ya..”
Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut.
“Sekarang…” profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan.
“Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda. Bola-bola golf mewakili perkara penting – Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda.
Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh.
Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil.”
“Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu…” “… anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda.”
“Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda. Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu – iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir…”
Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum.
“Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan…”
Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, maka ingatlah kisah ini.
Sekian, moga tenang sedikit jiwa yang sibuk. Ceria selalu
![]()



















wah! sudah tukar design blog nampak….bagus design ni…lebih cepat load dari design yang lama…puas tunggu baru loading…
tahniah diucapkan kepada pakar atas pertukaran design ini.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Bagus artikel ni. Kadang2 kita selalu lupa mengisi masa kita dengar pasir sedangkan sedangkan perkara2 yang lebih penting kita lupakan bila sesuatu perkara yang melibatkan perkara penting yang mewakili bola golf tersebuat baru lah teringat kambali perkara2 penting ini.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
assalamualaikum..
rasa macam pernah baca artikel ni, tapi tak ingat plak kat mana..
kadang kita rasa hidup kita ni busy sangat, sampai lupa atau abaikan sesuatu yang penting.. bila dah kehilangan baru terasa ralatnya..
untuk pakar, semalam masa saya submit komen untuk cara mandi dengan betul, tiba2 wajah laman blog ni bertukar.. terkejut jugak! rupa2 nya ia dah di kemas kini… nice, nampak simple dan kemas..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
artikel yang menimbulkan keinsafan…syukran jazilan tn.pakar..
suka tengok design baru ni…
nampak lebih kemas dan ceria…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
bagus artikel ni.. kadang2 kita terlupa untuk mengisi masa bersama-sama ‘bola golf’… melebihkan ‘pasir & air kopi’… bila ‘bola golf’ itu da hampir terkeluar daripada ‘balang’ tersebut baru lah kita sedar kepentingannya..
terima kasih pakar kerana menyedarkan kita semua..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
it’s a very good article..kadang2 kita terlalu sibuk sehinggakan melupakan perkara-perkara yang sebenarnya lebih penting..apapun,blog yg berwajah br nie nmpk lbh fresh dan cepat loading
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalamualaikum w.b.t.
Betol tu PakarHowTo..adakalanya kita terlepas pandang pada sesuatu perkara yg harus diberi perhatian. Perlu ada keseimbangan dlm hidup..barulaha kita dapat menikmati kehidupan sebenar…wah blog baru eyk..ok gak cpt nak loading..ok lah tu wpon simple..yg penting informasi kan…thanks.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ooo…wat design bru ekk..ok gak..npk kmas gak..tp dr segi warna x menarik la..sbb putih ajer xde warna ceria ke kalo bleh..hehe…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Satu artikel yg dikira dapat menginsafkan kita…. dan menyedarkan kita dari kelalaian… terima kasih pakar…….
Mmg cepat load kali ni…. (gambar bila tu…. siap berjanggut lagi…!!!) Apa2 pun terima kasih pada pakar kerana mengambil kira masa kita yg menunggu untuk loading…. Walaupun sebenarnya saya tak berapa kisah tentang lambat loading nih… sememangnya saya ni mmg penyabar orgnya….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
terima kasih semua atas komen2 yang diberikan.
insyaAllah kami akan cuba memperbaiki mutu blog ini.
samaada dari segi content nya mahupun design nye.
so, jangan segan2 untuk berikan pendapat korang yer.
p/s- shaez….saya dah cuba buat background warna lain…
tapi sakit mata laaa kalau selain dari warna putih.
actually saya ada beberapa design….
insyaAllah nanti saya akan cuba tukarkan dari masa ke semasa.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
tahniah pakar…design baru yang lebih kemas dan simple….loading pun agak pantas…satu nak tanye, gambar kat header atas tu gambar pakar ker?…awan nya biru sekali…pakar pun menadah tangan berdoa…memohon apa tu pakar? hehe
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
blogger007
haah…tu gambar saya la tu.
gambar lama tu…mase kat jepun dulu.
sebab tu lah awannya biru sekali…hehe
doa mohon apa?
itu doa mohon untuk jadi jutawan…dalam masa terdekat…amin…hehe
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam…
tahniah design baru tu…
tentang kisah tu, kadang2 membuatkan saya renung kehidupan ini. Dah usaha sekian lama, 24 jam terkadang macam tak cukup lak, sekurang2nya tersedar kembali. Terima kasih.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
tq..kisah yang boleh memotivasikan diri sendiri..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
hmm.. bolehla.. cuma yang air kopi tu cam selingan lawak je..huhu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam…
Arkitikel yg interesting and triggering …. yer kiter lupe hakikat tue kan…. learn how to prioritize… nampak mudah… tpi susah nk wat…. kn….
may be nie sat guidance yg baik…. kn?? tq for posting this artikel…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
artikel ini begitu menarik. boleh tak pihak tuan memberi keizinan untuk saya petik story ini untuk dimasukan dalam ruangan sebelum menjadi buluh dalam majalah Fokus SPM. ia sesuai kerana saya sentuh isu berkaitan meluangkan masa bersama ibu bapa sempena cuti sekolah ini.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]