Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBCatatan kisah benar seorang bapa yang kehilangan anaknya ini begitu menyentuh jiwa dan emosiku. Ianya benar-benar membuatkan aku termenung, berfikir dan terus
befikir. Ianya bukan saja menghibakan hatiku, tetapi juga sangat menginsafkan dan mengingatkan diriku tentang siapa aku…apa tujuan dan matlamat sebenar hidupku!
Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati…kecil-besar, tua-muda, kaya- miskin, orang sihat-orang sakit…..kita pasti akan menghadapi saat kematian.
Persoalannya…bila, dimana dan bagaimana bentuk kematian kita?
Persoalannya lagi…BERSEDIAKAH KITA???!!!
Walaupun agak panjang…bacalah untuk peringatan bersama…
——————

Kisah Benar Tentang al-Maut!
Hati mana tak akan pilu apabila anak tersayang diambil di kala kasih sayang sedia terbelai. Perasaan mana tidak hiba apabila permata hati dirampas ketika dalam dakapan mesra. Emosi mana yang tidak terganggu apabila insan harapan ghaib dalam sekelip mata. Mungkin rintihan ini dek kerana “emotional outburst” yang melulu dan tidak terkawal. Tetapi hakikatnya itulah perasaan seorang ayah yang kehilangan anak tercinta ……
Tanggal Isnin 8 September 2008, di kala umat Islam sedang asyik mengerjakan
solat sunat Tarawih, puteriku Siti Hajar dalam diam-diam dijemput menemui PenciptaNya. Umurnya yang baru menempuh 23 tahun, pelajar tahun 1 UIA di dalam bidang Bahasa Arab dan memiliki tubuh badan yang sihat bukanlah merupakan alasan untuk memanjangkan usianya. Saat dan ketika puteriku dah sampai, dan sebagaimana janji Allah swt, 1 saat pun tidak akan ditangguhkan apabila ajal dah tiba. Aku pasrah kepada ketentuan Ilahi …….
Kakak, begitulah ia membahasakan dirinya, tidak pernah sakit lebih daripada 2 hari lamanya sebelum ini. Itu pun jarang berlaku. Kakak seorang yang sihat dan aktif di dalam kerja-kerja jamaah dan pelajaran. Secara tiba-tiba Kakak terkena sakit ruam di seluruh badan lebih kurang sebulan yang lalu. Aku ubati Kakak sebagaimana biasa. Ruamnya sembuh tetapi sendi-sendi kakinya pula rasa sengal dan sakit. Ujian darah di SJMC menunjukkan Kakak mengidap “Rheumatoid Athritis” yakni radang sendi di peringkat awal. Menurut doktor yang mana juga aku persetujui, ia hanya kecil, mudah sembuh dan tidak merbahaya. Kakak mengambil ubat-ubatan secara alopati, homeopati dan juga rawatan secara Islam. Hasilnya Kakak hampir sembuh 2 minggu kemudian. Apa yang peliknya, kebiasaan manusia apabila penyakitnya makin sembuh maka tahap kecergasannya pun semakin meningkat. Tetapi tidak dengan Kakak. Kecergasannya semakin menurun walaupun penyakitnya semakin sembuh. Ini yang membingungkanku dan semua orang ……
Lebihkurang 1 minggu yang lepas, Kakak tiba-tiba demam. Demam biasa saja, suhu tinggi sikit dan diiringi dengan batuk dan cirit-birit. Walaubagaimana pun keadaannya tidaklah begitu membimbangkan, musim demamlah katakan …..
Hari Isnin, ketika aku sibuk bersiap untuk ke tempat kerja pada sebelah pagi, isteriku memaklumkan bahawa Kakak merasa sedikit penat hari itu. Aku jenguki Kakak dan mendapati ia sedang berbaring relaks. “Nampak biasa saja,” bisik hati ku lantas bergegas ke tempat kerja. Di sekitar pukul 6.30 petang aku pulang dari kerja dan terus menjenguk Kakak. Pelik hari tu kerana Kakak tidak berbaring di biliknya sebaliknya memilih berada di bilik tetamu. Sebaik aku masuk, terpandang keadaan penat Kakak yang agak melampau sehinggakan kepala dan tangannya tergoyang-goyang di luar kawalan. “Ini sangat serius,” bentak hatiku. Saya cadangkan kepada Kakak supaya kita ke klinik tetapi Kakak menolak dengan lembut. “Kakak tak taulah ayah, Kakak penat betul hari ini. Boleh tak esok saja kita pergi klinik?”,ujarnya dengan nada yang amat memilukan. Hatiku bagai disiat-siat melihat keadaan Kakak. Aku angguk kepala tanda setuju. Aku duduk di sisinya lantas memegang dan mengusap tangan dan muka Kakak. Suhu badan normal, sendi-sendinya pun sudah tidak sakit lagi dan batuknya pun telah ghaib entah ke mana. Kakak berkata ia semakin sihat. Peluhnya keluar mencurah-curah dan ia berselera sekali makan. Walaupun ketika aku amati wajahnya dalam-dalam kelihatan seolah-olah ia seperti nazak tetapi aku cuba nafikan hakikat ini kerana keadaan fizikalnya tampak semakin baik. Baru aku sedari kemudian bahawa Kakak bukan penat biasa tetapi nyawanya semakin pendek dek ditarik perlahan-lahan oleh Malikul-Maut.
Aku berbual-bual mesra dengan Kakak sambil ia memegang erat tangan ku. Apabila aku menarik tangan untuk pergi bersiap berbuka puasa, Kakak merayu supaya aku tunggu sekejap lagi bersamanya. Aku berjanji akan kembali menemani Kakak selepas berbuka puasa di masjid. Sekembali aku dari masjid aku dapati Kakak semakin ok, siap senyum lagi dan meminta ayah pergi bertarawih ke masjid. Dia dah sembuh, katanya. Aku pergi bertarawih dengan agak ceria apabila mendengar pengakuan Kakak. Telepon bimbit pun tidak “bervibrate” ketika solat bermakna semua ok di rumah.
Ketika aku berada 100 meter dari rumah waktu pulang bertarawih, tiba-tiba telepon bimbit berbunyi. “Cepat bang anak kita tak mahu bangun!”, jerit isteriku. Menurut isteriku kemudiannya, selepas aku ke masjid, Kakak minta nak solat segera selepas azan Isya. Selesai solat ia meminta kebenaran maknya untuk berbaring relaks buat seketika. Maknya pun bersetuju dan membiarkan Kakak berbaring sambil ia sendiri menunaikan solat tarawih berhampiran dengan Kakak. Selesai solat witir isteriku berpaling ke belakang dan mendapati Kakak sedang berbaring tidak bergerak-gerak. Ia lantas cuba membangunkannya tetapi Kakak tetap membisu…..
Aku periksa nadinya, cuba mengesan bunyi nafas dan degupan jantungnya, tapi tiada. Aku cuba lakukan CPR, dan sebaik saja aku tiup di mulutnya udara mudah saja sampai ke paru-paru seolah-olah aku sedang meniup melalui straw ke dalam belon. Ini membuktikan bahawa Kakak sudah pergi, pergi selama-lamanya …..
Aku tidak mahu menghampakan isteriku. Lantas aku ajak abang ipar ku untuk mengangkat Kakak ke dalam kereta dan segera menuju ke pusat perubatan berhampiran. Sebaik tiba di pusat perubatan berkenaan, doktor di bahagian kecemasan hanya mengambil masa 10 minit untuk mengesahkan apa yang kami amat takuti, yang Kakak telah pun meninggalkan kita lebih setengah jam yang lalu. Air mata semua berguguran tak tertahan-tahan lagi. Aku cuba gagahi bertahan. Sebagai ayah aku kena pujuk ahli keluarga lain. Bagaimana dapat aku lakukan tugas ini jika aku turut sama terheret di dalam pesta air mata. Berterusan doaku semoga aku diberi kekuatan untuk menghadapi ujian yang amat hebat ini. Alhamdulillah makbul …..
Doktor tidak tahu nak tulis kematian mengejut ini disebabkan oleh penyakit apa. Umur muda dan tidak ada sejarah sebarang penyakit merbahaya. Dia meminta saya bersetuju dihantar ke hospital kerajaan untuk dibedahsiasat. Aku merayu dan merayu supaya jenazah puteriku tidak disiksa begitu rupa. Berkat doa dan pertolongan semua, sekali lagi Allah swt makbulkan doaku. Jenazah Kakak sedia untuk dibawa pulang ke rumah. Di saat itu pusat perubatan sudah dibanjiri oleh saudara dan rakan yang datang untuk berkongsi sedih. Di sekitar 1.30 pagi, jenazah Kakak sudah ada di rumah menunggu esok untuk dikebumikan. Ayah dan makku di kampong sudah luluh di dalam tangisan hiba. Mereka segera bertolak dari Perlis untuk bersama berkabung bersama keluargaku. Rakan taulan dan saudara mara tidak putus-putus berkunjung ke rumah ku sehingga ke subuh. Pukul 11 pagi Kakak dimandi, dikapan dan disolat jenazah (yang aku imami) sebaik saja selesai solat zohor. Menurut sorang Pak Aji yang tinggal berdekatan masjid mengakui bahawa ini adalah sejarah kehadiran paling ramai makmum bersolat jenazah sejak masjid ini mula dibuka. Rezekimu Kakak ……
Kakak selamat dikebumikan di Seksyen 21, Shah Alam sekitar jam 3.00 petang. Ayahku sendiri yang membuat tazkirah dan doa selepas selesai upacara pengkebumian. Kami sekeluarga pulang, pasrah kepada ketentuan Ilahi bahawa Kakak telah pergi buat selama-lamanya menemui allah rabbuljalil.
Ramai teman bertanya bagaimana aku boleh begitu “cool” menghadapi saat-saat kematian puteri sulong tercinta. Jawapannya mudah, kerana kekuatan yang Allah beri kepada ku. Kakak pergi dalam keadaan yang paling baik yang boleh kita minta. Ia anak yang sentiasa patuh kepada ibubapa, berakhlak mulia, sentiasa menjaga kehormatan diri dan ibadat. Malah ketika berbaring, lidahnya tidak lekang membaca Al-Qur’an dan berwirid. Kakak adalah insan yang mudah bertolak ansur dalam bab keduniaan. Jawapannya sentiasa,”Ikut suka hati ayah …..”. Walaubagaimanapun, Kakak begitu tegas dalam bab agama. Berapa kali bapa saudaranya ditegur kerana masih merokok. Kakak diberi pendidikan agama sejak kecil sehingga di Universiti, samada di sekolah atau di rumah. Kakak seorang yang rajin di dalm kerja-kerja jamaah dan memang memiliki jiwa pemimpin. Kehadiran ramai temannya dari UIA membuktikan hakikat ini. Di samping itu Kakak sangat cemerlang di dalam pelajarannya. Beberapa hari selepas meninggal dunia, kami menerima sepucuk surat daripada UIA memaklumkan Kakak tersenarai di dalam Senarai Dekan kerana kecemerlangan akademiknya. Saya menyaksikan sendiri banyak tanda-tanda kurniaan Allah kepada Kakak. Bilik tempat Kakak meninggal dunia harum semerbak bau bunga-bungaan (sehingga ke hari ini) walaupun kita tak pernah bawa masuk sekuntum bunga pun ke dalam rumah. Waktu dimandi jenazahnya oleh maknya tak ada sedikit najis apa pun keluar darinya. Wajahnya puteh berseri-seri, lembut ayu dan tersenyum seolah-olah seperti sedang tidur. Kombinasi semua ini dan banyak lagi memberikan seribu alasan untuk kami lebih gembira daripada bersedih di atas pemergiannya. Namun sebagai ayah, kehilangan Kakak tetap dirasai dan dirindui. Kakak telah membawa bersama secebis hati ayah yang tak mungkin dapat ayah perolehi kembali di dunia ini. Ayah sayang kepada Kakak dunia hingga ke akhirat ……..
Anak Bapa: Moga Allah cucuri ruh Kakak dan ditempatkan di kalangan orang yang solihin …….
Sumber : http://anakbapa.blogspot.com



















semoga allah mencucuri rahmat ke atas roh kakak & semoga keluarga kakak tabah hadapi ujian dari-Nya.Amin…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sabban Reply:
March 13th, 2010 at 4:41 pm
@aishah,
alhamdulilah…., allah telah memilih insan insannya dibumi ini. justur itu
saya ucapkan takziah kepada kakak walau pun ia sudah lama pergi.
mati adalah satu kepastian, mahu pun mati itu baik atau sebaliknya.
semoga kita yang hidup ini janganlah leka diatas muka bumi ini.
hargailah masa dengan memuji allah, (amin)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
amin.
semoga Allah redho padanya dan dapat masuk jannah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Sedih apabila m’baca cerita ini..
Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solehah yang beriman..
amin…semoga kita sama2 beringat bahawa..MAUT TIDAK MENGENAL USIA…BILA2 MASA KITA BOLEH MATI…oleh itu, sentiasalah ingat MATI…dan buat amal soleh banyak2…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
inilah kisah anak sedara saya..
Ya Allah xsangka tak kala saya terbaca kisah ni rupa2nya ini kisah keluarga saya sendiri..
kisah ni mmg btl..
dia mmg terlalu baik..
xda ayat mngambarkan kebaikan kakak..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
miss sha Reply:
September 5th, 2009 at 11:01 am
@miss, semoga awk n seisi keluarga awk tabah…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
semoga allah mencucuri rahmat keatas roh kakak……amin
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
MENGINGATI KEMATIAN ADA PAHALANYA..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Al-Fatihah……semoga setiap ibu dan bapa diatas dunia ini dikurniakan anak sebaik kakak…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
al fatihah
saya juga baru kehilangan ayahanda tercinta pada 11/7
sama -sama lah berdoa semoga mereka di tempatkan bersama2 org yg beriman dan soleh / solehah
amin
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
July 29th, 2009 at 12:35 am
@fie,
amin insyaAllah.
semoga Allah mengampunkan segala dosa ayah awak.
dan menempatkan rohnya bersama2 dengan roh
orang2 yang soleh.
salam takziah
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Semoga semua ayah di dunia ini tabah dan semoga kakak di cucuri rahmat..Amin…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
takziah buat keluarga penulis… menitis airmata pacik menghayati kisah betapa mulianya insan yg dikasihi Allah.. tiada kebahagiaan yg lebih tinggi bagi seorang ayah melainkan dapat mendidik anaknya dengan sempurna dari segi ilmiaah dan duniawi
al-fatihah
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya faham perasaan penulis…setahun yg lepas sy juga kehilangan ayah tersayang….kehilangan masih terasa sehingga saat ini…tp tuhan lebih sayangkannya…ketika disahkan ayah telah tiada, mak cukup tabah mengharungi segala keadaan tanpa menitis air mata…hanya sepatah ucapan mak…ayah tunggu kat sana…hanya doa mengiringi ayah yg telah kembali…semoga mereka ditempatkan bersama-sama orang beriman…amin
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sungguh menyentuh perasaan dan hati…teringat aku pada anak-anak kat rumah yang di jaga oleh mak waktu aku bekerja..kasih sayang ummi pada kalian dunia akhirat..pada mak juga dan abah yang tak putus putus kasih sayangnya terhadap aku walaupun aku sudah dewasa..buat suami tercinta semoga berkekalan cinta kerna Allah dunia akhirat
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
seedih la cite ni tetapi memberi pengajaran kpd kita semua.ajal maut pertmuan semua d tgn Allah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam takziah kpd Kluarga arwah…
smoga rohnya di rahmati ilahi..amin..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam,
Satu kisah dan pengajaran yg amat berguna terutama kpd gadis2 sekarang agar tetap menjaga maruah, keimanan dan amal salleh agar selamat di dunia & akhirat. takziah kpd kaum keluarga..Al fatihah..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
alhamdulilahh untungla…kalau meningal dunia dalam keadaan beriman…..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]