Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBBayangkanlah anak yang boleh dikatakan cermerlang dalam pelajaran akan tetapi kurang menunjukkan rasa kasihan, simpati ataupun kasih yang kena pada tempatnya. Ataupun anak itu terlalu sensitif, kurang keyakinan diri sebaliknya lebih bergantung pada orang lain.
Ini adalah tanda-tanda yang menunjukkan pembagunan jiwa si anak tidak berkembang dengan seimbang sejak dari kecil lagi. Hasilnya sebahagian nilai murni termasuk rasa kasih dan simpati tidak dapat disempurnakan dengan baik oleh si anak apabila ia telah meningkat dewasa. Tidak disedari berapa tahun daripada usia kecilnya yang kurang mendapat perhatian telah mengubah jalan hidupnya sama sekali.

Seorang ulama pernah mengungkapkan:
“Sesungguhnya roh itu tumbuh dengan pendidikan yang lembut dan penuh kasih sayang sebagaimana tubuh tumbuh dengan sumber pemakanan yang sihat. Dan sesungguhnya pertumbuhan tubuh mempunyai batas yang tak dapat dilewati, bahkan semakin menurun pada waktu tua, namun roh juga akan terus tumbuh dan berkembang hingga ajal menjelang.”
Demikianlah gambaran jasad batin si anak yang amat memerlukan asuhan serta pemerhatian yang seimbang daripada ibu dan bapanya. Asuhan yang penuh dengan kasih sayang dari kedua ibu bapa tersebut akan memberikan kesan yang besar kepada jiwa atau roh anak dan akan mula menjadikan anak itu juga ‘menjiwai’ sifat kasih sayang dalam diri mereka.
Kasih sayang tidak berbelah bahagi yang ditunjukkan menjadi alat penting membina perasaan serta jiwa anak-anak. Anak yang mepunyai jiwa yang tenteram, optimis dan penuh rasa kasih lebih terdorong dan lebih bersemangat di dalam pelajaran. Tambahan dalam ia saat-saat menghadapi ujian peperiksaan, jiwa mereka akan lebih tenang, apatah lagi bila mana ‘roh’nya yang telah dibajai dengan nilai-nilai yang mulia, akan memudahkannya mendekatkan diri dengan Yang Maha Pencipta.
Ditunjukkan oleh Rasulullah s.aw. seperti diriwayat Bukhari dan Muslim, bahawa baginda mengakui menciumi anak-anak baginda,. kepada orang badawi yang tidak pernah mereka melakukannya kepada anak-anak mereka. Lantaran Rasulullah s.aw. bersabda,
“Saya tidak berdaya apa-apa seandainya Allah telah mencabut rasa kasih sayang dari hatimu”.
Pernah Sayidatina Aisyah r,ha, suatu hari menerima tetamu seorang perempuan bersama dua orang anak-anaknya lalu diberikan olehnya tiga biji buah kurma. Lalu perempuan itu membahagikan dua bijik daripadanya kepada kedua-dua anaknya. Manakala setelah habis di makan, kurma bahagiannya lalu dibelah dua dan diserahkan pula kepada mereka. Saat itu pulang Rasulullah lalu diceritakan Aisyah akan peristiwa tersebut. Maka Rasulullah bersabda, “Apakah yang menghairankan dari hal tersebut. Ketahuilah bahawa sesunggunya Allah telah mengasihi perempuan itu sebagaimana dia telah mengasihi kedua-dua orang anaknya.”
Anjuran menunjukkan kasih sayang akan menjadi didikan semula bagi memupuk keperibadian yang menepati kehendak Allah s.w.t.
Rasulullah sering bergurau, bermain dan melayan karenah Sayidina Hasan dan Husin cucu baginda tanpa mengira darjat baginda sebagai seorang Rasul juga sebagai seorang pemimpin umah. Bahkan baginda juga pernah berlakon ibarat seekor kuda di hadapan mereka sebagai meluahkan perasaan kasih sayangnya dengan seikhlas hati kepada cucu-cucunya.

Ya, kasih sayang tidak dapat di curahkan sepenuhnya seandainya masih wujud halangan untuk ibu bapa merendahkan diri ketika melayan si anak.
Ketika Abu Sufyan menziarahi anaknya Muawiyah, terlihat olehnya seorang anak kecil iaitu cucunya sendiri sedang berbicara di atas badan Muawiyah yang sedang lena. Muawiyah menjelaskan bahawa dia mendengar ketika Rasulullah bersabda:
“Sesiapa memiliki anak berlakulah sebagai anak pula ketika berhadapan dan bercanda denganya.”
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. juga menganjurkan pemberian hadiah sebagai salah satu cara memindahkan rasa kasih dan sayang ibu bapa kepada anak.
Mungkin kita tidak menyedari usapan ataupun belaian ke kepala anak akan memberi kesan yang mendalam di jiwa serta perasaan mereka. Pengarang Muhd Nur Hafizh dalam bukunya Mendidik Anak Bersama Rasulullah (terjemahan Arab) mengatakan:
“Pada usapan tersebut anak akan dapat merasakan sesuatu yang mententeramkan hatinya dan akan timbul satu perasaan yang khusus ketika ia berasa dirinya diperhatikan, di belai, dilindungi dan dicintai oleh orang tuanya sendiri.”
Perhatian yang diberikan sangat penting untuk membuka hati anak agar si anak tersebut akan mudah menerima didikan daripada ibu bapa mereka kelak.
Cara kita menyambut dan meraikan anak-anak dengan layanan baik akan memberikan satu kesan yang besar dalam usaha ini. Contoh apabila ibu atau bapa kembali dari perjalanan ataupun bertemu setelah berjauhan untuk beberapa waktu. Demikianlah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. takala baginda pulang dari perjalanan iaitu dengan bertemu anak-anak dari kalangan ahlul bait (keluarga baginda) dengan sambutan yang mesra.

Rasa kasih dan sayang ibu bapa terbit daripada pertalian darah dengan anak-anak. Maka ia akan menjadi satu fitrah yang kekal dan kuat untuk disuburkan bersama. Namun rasa ini juga akan luntur seandai diabaikan dan tidak di beri perhatian dengan sebaik yang mampu kita lakukan sebenarnya.
Kepincangan lebih terasa apabila anak-anak mulai dewasa dalam zaman yang penuh dengan pancaroba. Bekalan kasih sayang yang di semai sejak dari kecil akan dapat mempersiapkan emosi anak-anak untuk mereka meneroka gelombang cabaran dengan lebih positif dan bersedia lagi.
Sesungguhnya, pada dia jua sumber kasih sejati lagi kekal abadi, yang sentiasa menerima hamba-hambaNYA yang meminta.
Oleh Ahmad Ridhauddin diubah sedikit ayat oleh Suri.
p/s: Hargailah cahaya mata anda kerana dia berhak untuk mendapatkannya dari anda. Bentuk dan lakarkanlah ia dengan nilai warna-warna yang indah agar suatu hari nanti si anak akan menjadi insan yang penuh dengan kasih sayang, nilai diri yang tinggi dalam kehidupannya kelak.



















selalu tengok ‘nanny 911′ kat ntv7… mana yang positive tu boleh le di aplikasikan dalam mendidik anak2. dan mesti juga diserapkan unsur2 islam dalam kehidupan seharian..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
June 2nd, 2010 at 10:20 pm
@ct maliha, hurm rajin tegok tvlah juga ct maliha ni yer..hehe
benar tu masa anak2 kecilah kita perlu terapkan nilai tersebut dlm diri mrka supaya mrka akan jadi anak yang soleh dan soleha.amin
.-= surihati_ku´s last blog ..Senarai Kabinet Malaysia 2010 (Kemaskini 2-Jun-2010) =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ct maliha Reply:
June 3rd, 2010 at 10:36 am
@surihati_ku, tak de la rajin sangat suri, ct ni tengok rancangan yang ada faedah buat ct je.. ct ni lebih suka membaca sebenarnya..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Memang sukar untuk mendidik anak2 dalam zaman sekarang nie. Tambahan lagi saya merupakan ibu tiri kepada 1 anak lelaki dan 2 anak perempuan yang sedang meniti zaman remaja. Tersilap langkah, mahu terjatuh kesemuanya…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
June 2nd, 2010 at 10:21 pm
@maz, salam..jagan mudah berputus asa kawan..selalulah berdoa moga2 kita sentiasa berada di dlm jalan yg lurus..
.-= surihati_ku´s last blog ..Senarai Kabinet Malaysia 2010 (Kemaskini 2-Jun-2010) =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
joyah Reply:
June 9th, 2010 at 5:28 pm
@maz,
Salam…
jariasabri@yahoo.com.my
Maz, boleh kita bertukar2 fikiran. Hubungi saya seperti email di atas.
joyah
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Bestla artikel ni, sy punya impian mau jd mcm muma sy. Ingat lg msa kecik2 dlu, bla kami buang tabiat keras kepala dia akan merayu sampai kami ‘cair ‘ dengan rayuan dia sebab kami anggap dia kalah kerana terpaksa merayu. Tapi bila sdh dewasa bila ingat balik baru kami tau rupanya dia menang! Menang dalam menjiwai perasaan dan membentuk peribadi anak2. Ini pendapat syla, budak2 ni kalau kita biasa merayu minta belas kasihan dengan diorang dari diorang kecil lagi insyaaallah bila diorang besar diorang pandai tu kasihan dengan kita. Lepas tu bila bermain dengan diorang anggaplah kita adalah kawan diorang dan bukan parent jadi diorang akan lebih senang berinteraksi. Lagi satu, amalkan makan sepiring dan minum segelas dengan diorang jadi diorang akan terbiasa hidup berkongsi apa2 ja dengan kita. Susah senang sama-sama.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]