Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB
Sering kali kita dinasihatkan untuk lakukan apa yang kita minat.
Lakukan apa yang kita ghairah (passion)! Tetapi, mengapa? Mengapa
kita perlu lakukan apa yang kita minat? Mengapa kita perlu lakukan
karier yang kita amat-amat sangat minat?
Apa kata kita lihat dari sudut lain pula. Mengapa pula kita hendak
lakukan sesuatu yang kita tidak minat?
Dalam mencapai kekayaan dan kebahagian dalam hidup, ianya amat
penting untuk kita lakukan apa yang kita minat. Mulakan perniagaan
yang kita mempunyai keghairahan dalam bidang tersebut.
Untuk berjaya dengan cemerlang, jarang sekali kita akan jumpa
seseorang yang melakukan apa yang mereka tidak minat. Pastinya
usahawan jutawan yang kita kenali, semua mempunyai keghairahan
dalam perniagaan masing masing.
Teringat saya kisah Bill Gates, salah seorang manusia paling kaya
di dunia pernah berkata bahawa: “Kalau saya tidak mendapat walaupun
satu sen, saya masih lagi akan mencipta perisian komuputer!”.
Menunjukkan betapa ghairahnya Bill Gates dalam bidang mencipta
perisian komputer.

Kemudian, kita boleh lihat pengasas Dell Computers pula, Michael
Dell yang menjadi bllionaire pada umur 30-an. Dell pernah
menceritakan bahawa “Ketika saya di sekolah menengah, saya membina
komputer untuk rakan-rakan secara percuma. Kerana membina komputer
adalah minat saya!”. Tidak dapat di nafikan lagi, keghairahan dan
minat Michael Dell juga membawanya kepada status billionaire
seperti Bill Gates.
Dan, pastinya semua mengenali Donald Trump, yang sememangnya
mempunyai minat dan keghairahan pada bangunan-bangunan indah sejak
kecil lagi. Kini, menjadi tycoon hartanah dengan berbagai-bagai
banggunan mewah serata dunia dalam portfolionya!
Sering saya nasihatkan pelajar-pelajar universiti dan lepasan
universiti untuk memulakan kerier dalam bidang yang mereka minat.
Atau lebih baik lagi, menjadikan perniagaan yang mereka minat
sebagai kerier pilihan.
Ada juga yang melakukan kerja yang mereka tidak minat, tetapi
terpaksa. Apa pula nasihat saya?
Tidak seperti kebanyakan nasihat di luar sana, yang menagatakan
“Jangan memilih kerja”, nasihat saya pastinya berbunyi “Pilih kerja
dengan tepat!” lakukan sesuatu yang didalam ruang minat kita sendiri.
Apa yang akan terjadi sekiranya kita tidak memilih kerja dan
“dipaksa” melakukan kerja yang kita tidak minat, kita sendiri akan
terperangkap dalam keadaan tersebut untuk tahun-tahun yang akan
datang.
Terutamanya bagi muda-mudi, masih terdapat banyak ruang dan masa
untuk memastikan karier yang dipilih adalah mengikut minat.
Sekiranya terperangkap dalam kerier yang kita tidak minat,
bahangnya akan terasa bertahun-tahun yang akan datang. Mungkin 3
tahun, mungkin 5 tahun… atau mungkin 10 tahun akan datang dan dalam
keadaan itu, akan terasa pula perasaan “rugi” kalau berhenti dan
melakukan sesuatu yang lain.
Apa yang kita tidak mahu terjadi adalah apa yang bakal berlaku
dalam tahun-tahun yang akan datang. Pastinya kita tidak mahu diri
kita terperangkap dalam keadaan kita siang dan malam melakukan
sesuatu yang kita tidak minat!

Bagaimana kita hendak tahu sesuatu itu, sama ada kerier bekerja
makan kagi, atau karier sebagai usahawan menjadi keghairahan kita?
Berikut adalah checklist untuk anda:
* Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita tidak sedar
betapa cepatnya masa berlalu!
* Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita rasa seronok
dan gembira melakukannya!
* Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita tidak akan
merasa bosan melakukannya!
* Apabila seseorang bertanya tentang perkara mengenai minat kita,
kita akan mendapat sejenis tenaga dan dengan penuh keghairahan
menjawab soalan-soalan yang ditanya!
* Apabila seseorang mengutuk atau mengeji perkara yang kita minat
dan ghairah, kita akan rasa marah dan kita akan mempertahankannya
bermati-matian!
Ketika saya mengendalikan program radio saya menemubual
usahawan-usahawan yang berjaya, saya pasti mendapat jawapan yang
panjang lebar apabila saya bertanya satu soalan yang pendek.
Adakalanya, satu soalan pendek yang ditanya seperti “Mengapa anda
memilih industri pengangkutan sebagai perniagaan?”, jawapan yang
diberi tetamu sehingga memakan masa 10 minit! Menandakan betapa
ghairahnya tetamu saya tersebut dalam bidang perniagaan pengangkutan.
Sememangnya tiada jalan lain, untuk mencapai kejayaan dalam
kewangan dan juga kebahagiaan hidup, kita mesti melakukan apa yang
kita minat dan ghairah. Ada juga yang melakukan apa yang mereka
tidak minat, tapi masih lagi memperolehi pendapatan yang lumayan.
Tetapi, persoalannya adalah, adakah mereka bahagia dan seronok
kerana terpaksa melakukan perkara yang tidak minat? Maka, kewangan
berjaya, tetapi, kebahagiaan gagal.
Semoga, kita tidak terperangkap dalam melakukan sesuatu yang kita
tidak minat untuk seumur hidup kita. Lakukan keghairahan kita. Jadi
usahawan yang ghairah. Jadilah jutawan ghairah!
Oleh: Irfan Khairi (www.IrfanKhairi.com)




















saya nak jadi dermawan…:)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Betul tu,, Nani sokong 100% lakukan ape yg kita minat agar hasil nya nanti memberi kepuasan kepada kita. Pekerjaan yg dilakukan tanpa minat seolah memaksa diri melakukan sesuatu..dan kita mudah bosan andaikata tidak dpt menyelesaikan masalah yg dihadapi.Sebaliknya kerja yg dilakukan berdasarkan minat wpun susah bkn sahaja memberi kepusan kepada kita malah memberi hasil yg terbaik. Mungkin jugak dgn mengamalkan sikap ini ia boleh menjurus kepada insan yg berjaya seterusnya ke tahap jutawan..walahuaklam..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
yang penting ikhlas mesti ade je rezeki…dulu ade seorg cikgu yg saya kenal pada ketika itu die hanya ade RM 50 je. Then ade seorg meminta derma lalu die memberikn shj RM 50 tu kpd org tu sbb die tiada duit pecah. Ape yg berlaku selepas itu, dgn izin Allah rezeki die brtambah bnyk. Esoknye, die dpt duit yg bnyak. Sbb tu kite x bolh pntingkan segalanya yg kita ade. Mungkin org yg mnta derma tu malaikat. x siapa yg tahu melainkan Allah..semua yg ade kat dunia hnyalah ujian malah org yg bersyukur sentiasa cukup. Diceritakan 2 golongan yg pling bnyak di neraka nnt adalah wanita n org miskin. Wanita, sbb x jg mulut n aurat manakala org miskin sbb mrk x bersyukur.. so sama2lah ambil pelajaran dn jd org yg bersyukur.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ya…saya nak jadi jutawan..tapi jika saya tidak mempunyai kepakaran susah juga….harap artikel ini akan membantu saya..mula2 saya kena pikirapa yang saya minat
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mula-mula memang minat jadi cikgu….lama-lama dah tak minat..naik muak tengok perangai pelajar-pelajar yang bukan setakat degil tapi kurang ajar. nak tukar kerja lain, ntahlah..tak tau apa yang mampu dibuat..saya suka mengajar..tapi tak suka ajar budak yang tak nak belajar..stress tu…Bila masuk je kelas diaorang, bukan nak sibuk dengan soalan dan sebagainya tapi sibuk nak kawal kelas jangan bising sangat…huhuhu….kenapalah zaman sekarang ni teruk sangat..habis doa dah saya baca sebelum masuk kelas-kelas ‘hardcore’ ni…..tolong ye ibu bapa di luar sana..pantau anak-anak kalian. ibu bapa yang mencorakkan kehidupan anak, bukan sebab diri sendiri tak sanggup jaga anak, tak ada masa nak tengok anak, paksa WAJIB pergi sekolah..target saya nak ajar dengan jayanya pun susah…nak manipulate 42 otak dalam satu kelas yang tak faham bahasa melayu..Allah saja yang tahu…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
haha…kesian cikgu Zehan…samalah kita ni..menghadapi masalah yang serupa..apa boleh buat kena terima hakikat lah.. lain padang lain belalang..lain kelas lainlah cara nak mengajar.. seorang guru mestilah kreatif untuk menjadikan sesi pengajaran menarik..cuba renung2 kembali masa kita kecik2 dulu..apa yang kita suka dan tak suka dengan cikgu.. walau apa cara sekalipun,yang penting ikhlas dan jujur dalam menjalankan tugas..pasti happy selalu..huhu..AKU seronok jadi cikgu..walaupun anak2murid ku nakal…cabaran inimenguji keimanan kita..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ya,ya setuju cikgu Cool..mesti murid sayang kat sekolah.. aku respect dgn cikgu yg ngajarku dulu..best giler..tanpa dia sipalah aku sekarang..jom join juta ria…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Habis kalau minat melepak aje takkan nak ikut minat tu? Badigol punya tips.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]