Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB**Sambil baca artikel, sambil dengar lagu ni, best wooo**
Salam Jumaat buat para sahabatku sekalian.
Post kali ini mungkin agak berlainan dari biasa sedikit. Tapi ia benar-benar menarik minat Suri untuk mengetengahkan kisah ini kepada anda semua. Sesungguhnya manusia itu sering lupa. Dan pada waktu yang sama juga kita juga dituntut untuk megejar kebahagiaan dunia apatahlagi persediaan untuk bekalan ke akhirat. Daku sering lalai maka acapkali daku lalai maka kejutkanlah daku..sedarkanlah daku segera agar dapat kukembali kepada dunia yang nyata ini dan sekaligus mengukir bait-bait doa buat yang telah pergi.
Apalagi yang harusku layarkan agar mereka gembira tika itu?? maka sudah tentunya doa seorang insan yang kerdil ku hadihkan buat mereka pada setiap malam Jumaat..Mungkin dengan cara begini hatinya akan berasa tidak sabar menanti hari yang penuh kebahagiaan ini.

Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing.
Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih.
Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan.
Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.
Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.
Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.
Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya. “Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa?” tanya Salih Al Mazy. “Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?” tanya pemuda itu. “Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu ?” tanya Al Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar.
Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru. Akibatnya dia lupa untuk bersedsekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya.
Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu sip pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya.

Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah. Kemudian ia berkata :”wahai salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku.
Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya.” Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.
“Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu.” kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu. Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. “Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup.”
Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.
Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulnya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira. Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata :
“Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu.

” “Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat.” katanya lagi. “Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?” tanya Al Maizy.
“Ya, Tahu.” “Apa tandanya ?” “Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata “Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat.”
Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya. Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.
Jadi renung-renungkanlah sejenak..
Petikan dari pengalaman Salih Al Mazi



















Terima kasih atas cerita yg menarik ni..
hm..rugi dan kesihan nya kepada sesiapa yg telah meninggl tapi tak ada orang yang mengingatinya. Jadi semasa hidup, berbuat baiklah kepada org len supaya apabila kita mati, org mengingati kita & sentiasa mendoakan kita.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 19th, 2010 at 4:42 pm
@mr.eims @ perfume,
salam.begitulah kehidupan..
kita jaganlah lupa kepada mereka2 ni ya..sesekali hulurkanlah amalan tu untuk mrka semoga tidak merasa sedih lagi..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
thanks for sharing…
Workplace Romance????
Datang Kerja Kul 10 Pagi????
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 19th, 2010 at 4:43 pm
@sharinginfoz,
salam sahabat..
sama-sama kembali.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam ziarah….
meski pun arwah pernah menghina saya,membawa dendam kesumat dan kebenciannya hingga ke mati,namun sbg seorg islam,saya tetap sedekahkan al-fatihan dan selalu mendoakan kebaikan untuknya setiap kali lepas solat.
Semoga Allah merahmati rohnya serta di tempatkan di kalangan orang beriman , bertakwa dan beramal soleh. Al-fatihah..aminn
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 22nd, 2010 at 10:23 pm
@ema,
salam..
yang pergi tetap akan pergi..maka perkara yang lalu biarkanlah berlalu..usah dikenag pada yang sudah tiada..
lampirkanlah doa pada “dia” agar kesejahteraan akan membukan ruang dia utk bertemu dg Tuhan lebih dipermudahkan lagi..Amin
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
assalamualaikum
cete yg menarik dan menginsafkan daku.
Juga bykkan membaca surah Al Ikhlas dan selawat ke Rasulullah SAW pd hari jumaat serta surah Yasin,sedekah kpd ibu kita,semoga kita beroleh kebaikkan dunia dan akhirat.InsyaAllah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
March 7th, 2010 at 12:11 pm
@salmi, Alhamdulillah.Suri pun amalkan juga salmi.paling kurang pun dapat seminggu sekali itu sudah memadai.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
teringat kata2 seorang sahabat saya pada boyfriend dia suatu masa dulu, buat amal malam jumaat, pahalanya berganda-ganda.. kalau buat jahat, dosanya pun berganda jugak..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 23rd, 2010 at 3:59 pm
@ct maliha,
salam..
bear tu, jadi kita haruslah bijak dalam menghatgai usia kita dgn amalan yang bermanfaat..jauhkan perkara yang mungkar dekatkan pada kebaikan..insyallah bekalan yang dibawa pasti akan mendatangkan kebahagaian
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
info yang sgt2 berguna..hmm kalu kita mengaji then niatkan pahala utk si mati adakah dibolehkan dan apa plak gnjaran yang akan kita dapat..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 23rd, 2010 at 4:03 pm
@najihah,
sudah tentu boleh..kena itulah kita digalakkan membaca surah yasin dan sebagainya..
teringat akan kata ustazah..jika kita membaca 1 huruf pun sudah dikira pahala..apatah lagi dengan membaca ayat Bismillah..itu pun sudah dikira pahala.. pastikan sebutan semasa pembacaan tersebut adalah betul ya..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
najihah Reply:
February 23rd, 2010 at 8:13 pm
betul tu…1 huruf dh dpt pahala apatah lg jika dibaca 1 surah..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
March 7th, 2010 at 12:12 pm
@najihah, pandai pun adik manis najihah ni
itulah untungnya tika kita menimba ilmu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
najihah Reply:
March 7th, 2010 at 10:25 pm
xdk la manis sangat k.suri..sket2 jer..nk lebih manis kne tambah gula..huhu..pepun tq..sentiasa perkasakan diri dengan ilmu yang bermanfaat..insyaallah..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Sy pernah terima email kisah ni dr seorang kwn pd thn 2004. Semenjak itu sy perbetulkan tajwid bacaan saya..kemudian saya ajar adik2 dgn harapan apabila saya meninggal kelak akan ada org yg blh hadiahkan saya bacaan Al-Quran.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 23rd, 2010 at 4:05 pm
@Leyna,
hai, leyna..
semoga usaha anda akan mendatangkan kebaikan buat mereka..mendekatkan diri padaNya bermakna kita bersyukur keatas nikmat yang telah Dia limpahkan pada kita..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
terharu jgk apabila membaca artikel ni….kdgkala kehidupan di dunia melalaikan kita drpd mengingati mereka yg pergi dulu meninggalkan kita …insyaAllah akan ku sedekahkan doa buat mereka yg tlh mati agar roh mereka ditempatkan dikalangan org2 yg soleh..mudah2an..amin
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
March 7th, 2010 at 12:13 pm
@Nani, Alhamdulillah jika begitumarilah kita teruskannya selalu dan paling kurang pun seminggu sekali..2 minggu sekali pun ia sudah cukup baik skli.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam…best citer nih..
(^_^) suka..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Cerita ini selalu ustaz sebut dalam ceramahnya supaya kita jangan lupa sedekah fatihah setiap kali lepas solat kepada ibubapa yang telah kembali kerahmatullah dan jangan kedekut doakan juga atau sedekahkan kepada kaum muslimin dan muslimat yang telah pergi dulu daripada kita supaya apabila kita telah tiada nanti ada pula umat lain yang mendoakan kita. Dan tiap kali kita membaca Al Quran jangan lupa kita sedekahkan pahalanya kepada yang tiada supaya kita dapat kongsi bersama pahala yang Allah bagi kepada umatnya.InsyAllah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]