Aduan Masalah
Rekemen Page Ni Pada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBKorang ada masalah? Pening? Buntu? Keliru? Kusut? Tak tahu nak buat apa? Tak tahu nak luah @ mengadu pada siapa?

Berita baik!
Kami sedia menjadi tempat aduan @ mendengar luahan hati korang. Kami akui, kami ni bukanlah pakar kaunseling yang dapat menyelesaikan masalah korang.
Tapi, kalau korang dah tak tahu mengadu masalah kepada siapa lagi, bolehlah kontek kami. Kalau nak luah perasaan pun, dipersilakan. Kami sedia untuk mendengar luahan hati korang.
InsyaAllah, setakat yang kami mampu, kami akan cuba menjawab @ memberikan respon bagi setiap permasalahan yang diajukan.
Cuma ada 2 syarat :
- Kalau korang nak mengadu, sila gunakan Bahasa Melayu yang lengkap yer. Maksudnya, ayat mesti ditaip penuh. Jangan gunakan singkatan. Susah kami nak baca @ faham nanti. Kalau tak, kami tak akan layan… minta maaf.
- Semua aduan masalah yang kami jawab, kami akan kongsikan di blog ini untuk iktibar dan pengajaran bagi pembaca yang lain. Ia bukanlah bertujuan untuk mengaibkan sesiapa, tetapi untuk manfaat bersama.
OK baiklah, saya setuju dengan kedua-dua syarat diatas. Tapi macammana nak kontek PakarHowTo ni?
Mudah saja. Sila guna borang dibawah… Terima kasih. 















January 15th, 2012 at 10:00 am
please help me
Suka Hijau / TakSuka Merah :
2
0
[Balas Di Sini]
February 9th, 2012 at 9:57 pm
Assalamu’alaikum. boleh x PakarHowTo bg sofware utk dload page or blog or web? sbb ssh la nk save smua page dekat blog yg kite minat kn.. so nk dload smua link dia, masa x online pn blh bkk… n ulg kaji..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
2
0
[Balas Di Sini]
February 17th, 2012 at 5:04 pm
salam
sya adalah seorang gadis yang menghadapi masalah percintaan. saya dan teman lelaki saya sudah kenal dalam masa 5 tahun. dia seorang yang penyanyang dan sabar berbeza dengan saya yang kurang sabar ini. percintaan tanpa diduga ini telah mendatangkan kasih pada saya untuk dia. kepada smua kawn2 sekalian….dia merupakan student di sebuah ipta dan saya adalah pkerja kedai di ipta berkenaan. kesederhanaan dan tangungjawab menyebabkan saya tidak ragu-ragu memilih dia walaupun dia banyak kekurangan. bagi saya setiap kekurangan itu bukanlah penghalang untuk kita meneruskan sebuah percintaan yang benar-benar ikhlas. sya amat kasihkan dia walaupun dia hanya seorang anak penoreh getah di kelantan.kedaifan keluarga dia tidak saya pandang kerana bagi saya ini adalah ujian pada saya sama ada saya ikhlas menerimanya atau tidak.
Kepada pembaca semua…percintaan yang berlangsung ini mendapat restu dari kedua-dua belah pihak..alhamdulilah. Namun kami telah terlanjur kerana kami merasakan kami tidak dapat hidup antara satu sama lain kerana waktu tersebut saya telah menyambung pelajran ke ipta di Sabah. Kala susah dan senang kami sentiasa mengharunginya dan kami berjanji akan tetap bersama walaupun apa dugaan terjadi.
Apabila saya tamat belajar dan pulang ke kampung, hubungan kami bertambah jauh…pada pembaca semua selama 5 tahun ini pun kami bercinta jarak jauh. atas dasar percaya antara satu sama lain kami dapt bertahan. Setelah sekian lama bergelumang dengan dosa..kami bercadang untuk memperbaiki untuk mengubah apa yang kami lakukan…kami berjanji akan cuba memperbaiki kesilapan kami itu. pernah kami merancang untuk berkahwin namun atas desakan keluarga yang mahu kami berjaya dalam pelajaran kami diamkan sahaja.
Pembaca semua…selama 5 tahun ini kami tidak pernah seperti pasangan yang lain…menyambut hari jadi, hari ulang tahun bersama-sama…sebab masalah kewangan. saya memahami dirinya sebagai pelajar dan tidak mampu untuk berbuat demikian…berjumpa pun kadangkala 6 bulan sekali…tapi kami tetap berhubung melalui telefon…
Pembaca semua…dia dapat menyambung pelajaran ke ipts namun ada masalah dari segi pinjaman kewangan yang menyebabkan hubungan kami sedikit tegang kerana dia penin memikirkan masalah yang menimpanya. sebagai kekasih apa yang dilakukan memberi dorongan dan kata-kata semangat…saya tahu dia kuat semangat…namun langit yang dianggap cerah akhirnya hujan juga….kami bergaduh kerana sifat terburu-buru saya…pembaca semua sudah banyak kali kami memutuskan hubungan namun kembali semula kerana masih sayang. Ya allah …hanya yang maha berkuasa sahaja tahu betapa ikhlasnya saya terhadap dia…namun sikap cepat melenting menyebabkan kami perang besar dan akhirnya menuntut kami memutuskan hubungan…atas dasar kasih sayang…saya menghubungi nya semuala untuk menyatukan kembali perasaan kami itu namun jawapan diberikan sungguh mengecewakan saya sebagai perempuan…dia menyatakan dia tawar hati dengan saya dan saya harus beri dia masa untuk cuba kembali pada yang asal… ya allah hampir pitam saya mendengarnya…saya mengakui kesalahan saya dan memujuknya namun respon diberikan cukup mematahkan semangat saya….kepada pembaca semua bantulah saya…kerana saya percaya dia adalah jodoh saya…saya mengharapkan dia menjadi iman serta ketuam keluarga pada keluarga saya kelak…saya akui sifat saya itu dan saya sedia berubah deminya….bagaimana saya harus memujuknya kerana saya tahu ego nya sangat tinggi…adakah dia akan melupakan sejarah cinta kami yang banyak pengorbanan ni selamanya…bantulah saya kerana saya ikhlas mencintai dan menyanyaginya walaupun banyak kekurangan….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]