Blog PakarHowTo

Berinformasi & Memotivasi
Subscribe

10 Tips Bagaimana Melatih Anak Cepat Bercakap

October 12, 2011 By: PakarHowTo Category: Panduan, Petua, Tips

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Share

Siapa kat sini ada baby @ anak yang masih kecil? Anak anda dah boleh bercakap?

Hari ni saya nak kongsi beberapa tips bagaimana untuk membuatkan anak anda cepat bercakap. Anak saya sekarang baru 1 tahun 5 bulan. Alhamdulillah, dia dah mula belajar bercakap sekarang.

komunikasi dengan baby

Setakat ni. Dia baru boleh sebut beberapa perkataan seperti umi, mama (pengasuh dia), sedap, nombor 1,2,3, ABC dan beberapa perkataan lain.

Bagaimana caranya untuk melatih anak anda supaya cepat bercakap?

Berikut ini ada beberapa tips ;

bercakap dengan bayi anda

1. Anda hendaklah selalu bercakap dengan anak anda. Walaupun mungkin anak langsung tak memperdulikan anda dan seronok bermain saja, tapi anda jangan putus asa. Teruskan berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak anda. Ucapkan sesuatu perkataang itu berkali-kali depan dia. InsyaAllah dalam beberapa ketika saja, anak anda akan mampu meniru apa yang anda ucapkan. Masa tu, TUHAN sajalah yang tahu betapa gembiranya hati anda apabila anak anda sudah pandai meniru percakapan anda. Saya sudah merasainya. DEMI ALLAH, ia sangat membahagiakan.

2. Gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak anda, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda berpeluang memberi maklum atau tindak balas.

3. Mimik muka anda semasa bercakap amat penting. Ia mestilah bersesuaian apabila menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat

4. Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak

5. Dedahkan anak-anak anda kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini anda memberi peluang kepada mereka mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

6. Anda mesti menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta cuba memahami apa yang disampaikan oleh anak-anak anda. Jika apa yang disebutnya tidak jelas, anda mesti bantunya dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebutkan oleh anak anda.

7. Pasangkan lagu kanak-kanak yang mudah berulang kali sehingga anak anda mampu mengikutnya.

8. Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal. Perbanyakkan berbual dengan anak-anak, membacakan buku cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, dan cuba minta mereka bercakap.

9. Andainya anak-anak sudah mula bloeh bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Azman nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Azman nak main bola?”. Jadikan ianya suatu kebiasaan.

10. Jangan sesekali kali memaksa anak-anak bercakap dan jangan pamerkan kekecewaan anda kerana mereka masih belum mampu bercakap. Bahasa yang pertama sekali anak-anak belajar adalah bahasa emosi dan mimik muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.

berkomunikasi dengan baby

Sumber asal artikel : halaqah.net (*saya cuma buat sedikit pengolahan)

p/s- Anda ada tips lain? Share la kat ruangan komen di bawah tu yer.  TQ   ;)

nayyif senyum

PakarHowTo's Junior : Klik gambar ni dan tolong LIKE yer. TQ

Share
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

10 Comments to “10 Tips Bagaimana Melatih Anak Cepat Bercakap”


  1. wah tips yang sangat berguna khususnya pada parents yang umor anaknya meningkat setahun tidak terkecuali pada saya juga,anak saya dah 8bulan,gugurl yer..namenye nurul husna..skunk hanya pandai cakap emakkkkkkkk tp 2pon time nangis lah..teringin nak dengar die sebut perkataan papaaaaaa..huhu wish me luck dengan tips dari pakar mungkin impian terlaksana..mudahan..thanz lot pakar :)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    1
  2. thanks 4 the info
    anak saya dah setahun setengah yg dia boleh cakap…’ayah.’..semua dia akan panggil ayah..tp dia faham apa yg kita cakap / arahkan.
    mudah-mudahan dengan tips ni ada la perkembangan dari anak sy.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    nadi Reply:

    @shafiyah, promote blog bustamkamari.blogspot utk ilmu

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    2
  3. Salam.. Semua info di atas memang seperti yang saya buat. Bagaimanapun, daripada 10 info di atas, info no. 7 saya gantikan dengan saya yang menyanyi sendiri lagu kanak2 contohnya tentang haiwan. Anak saya yang pertama dah setahun sepuluh bulan. Yang kedua sudah tujuh bulan. Yang pertama dah pandai cakap banyak perkataan juga. Malah dia suka nyanyikan zikir2 nama Allah kepada adiknya kalau adiknya menangis.. Kalau dia nak makan pun dia terus angkat tangan untuk berdoa. Baca bismillah pun jelas.. Cuma doa makan belum dapat baca dengan lengkap. Siap sebut amenn bila selesai baca doa. Kepada anda yang lain ikutlah cara info di atas. Memang ada betulnya.
    wo shi seha´s last blog post ..Who is Cleverer? Teacher or Student??

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    nadi Reply:

    @wo shi seha, sy share ngan shi seha blog BK Early Childhood- Bustamkamari.blogspot- bnyk info berguna.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    3
  4. Salam.. Semua info di atas memang seperti yang saya buat. Bagaimanapun, daripada 10 info di atas, info no. 7 saya gantikan dengan saya yang menyanyi sendiri lagu kanak2 contohnya tentang haiwan. Anak saya yang pertama dah setahun sepuluh bulan. Yang kedua sudah tujuh bulan. Yang pertama dah pandai cakap banyak perkataan juga. Malah dia suka nyanyikan zikir2 nama Allah kepada adiknya kalau adiknya menangis.. Kalau dia nak makan pun dia terus angkat tangan untuk berdoa. Baca bismillah pun jelas.. Cuma doa makan belum dapat baca dengan lengkap. Siap sebut amenn bila selesai baca doa. Kepada anda yang lain ikutlah cara info di atas. Memang ada betulnya.
    wo shi seha´s last blog post ..Who is Cleverer? Teacher or Student??

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    4
  5. sukanye… my bby baru 5 bulan ( anak pertama). tak sabar nak dengar perkataan pertama dia sebut…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @sa,
    memang bahagia giler dengar perkataan pertama baby nanti ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    5
  6. betul 2. anak saya masa 10 bulan dah pandai sebut mama dan papa dengan jelas.sekarang byk jg la perkataan yg dia tahu sebut spt nak, tak. tp perkataan yg pendek2 la.minggu depan genap umurnya 1 tahun. pun dah pandai berjalan. hari2 kita kena bercakap ngan anak2 supaya mereka cepat bercakap dan memahami apa yg kita cakapkan. saya pun ada belikan buku2 spt warna, buah2an, nombor dan kenderaan.alhamdulillah anak saya nie suka sgt pada buku2 ni. hari2 dia akan belek buku2 tu sambil mulutnya bising macam membaca sesuatu.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    6
  7. anak2 saya rata2 umo 2 tahun baru diorang nak bercakap.tak tahulah nape.anak yang ketiga lain sikit. umo 1 stgh, dia dah boleh bercakap tapi bukan yg jenis simple2 cam nak ke tak nak ke…dia suka cakap ya Allah, astarghfirullah, amin, bismillahirahmanirrahim,subhanallah tapi pelat2 la. bila meningkat umo 2 tahun baru dia nak panggil ummi, abah dan nahu arabnya bertambah solid bila dia mula membaca al fatihah, berzikir yang mudah mudah seperti ya latif fu ya latif masa dia leka bermain.yang agak lucu bila dia nak terjatuh ke, yang keluar dari mulutnya astaghfirullahhalazim. sejak lahir hingga umo dia 2 tahun, rancangan tv kegemarannya ialah zikir di astro oasis. pasang channel tu je dia akan senyap dan berhenti meragam.itula agaknya perkataan yang dia pandai sebut pun kebanyakannya bahasa arab.semoga bila dia dewasa, jadi ulama pula ;-p
    mula2 risau juga tgk dia lambat nak cakap cam biasa2, tapi bila rujuk dr, dia akan cakap bila dia dah sedia. sesetengah baby dia tahu tapi malas nak cakap. bila umo dia meningkat, secara automatis dia akan dapat bercakap .
    memang la saya setuju kita kena banyak bercakap dengan anak2 untuk mendorong dia petah bercakap.cuma saya agaknya jenis pendiam..-P

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    7


Leave a Reply

*
CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam


This page is copy protected
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site

Page 1 of 11